Quantcast
Channel: Sihir – Perawat Islam Dot Com
Viewing all 53 articles
Browse latest View live

Bagaimana Mengatasi & Membuang Barang-Barang Sihir?

$
0
0

Pernahkah berlaku di tempat kerja anda ada individu-individu yang tidak dikenali meletakkan barang-barang yang bertujuan untuk menghantar sihir? Contohnya kemenyan, kain pelbagai warna, beras kunyit dan sebagainya. Bila keadaan seperti ini berlaku, sudah tentu akan mengundang ketakutan kepada kita kalau-kalau mungkin ada yang berniat jahat nak menyihir.

Melalui pengalaman rawatan, memang menjadi tabiat masyarakat kita jika ada rakan sekerja yang dinaikkan pangkat atas kecemerlangan prestasinya dalam melakukan tugas, pasti ada yang iri hati. Apabila iri hati, mulalah nak melakukan sesuatu yang dilarang agama, contohnya sihir.

Tetapi dalam artikel ini, saya nak menjelaskan beberapa perkara berkaitan sihir. Ada satu perkara yang perlu difahami tentang sihir ialah ianya dilakukan secara tersembunyi supaya tiada siapa yang mengetahui kerja sihir tersebut.

Kita ambil contoh di atas. Katakanlah memang benar anda selalu terjumpa barang-barang sihir samada di meja tempat anda kerja, ataupun di depan pintu bilik bos anda, atau di depan pintu rumah sekalipun, adakah tentu ianya perbuatan sihir. Mungkinkah ianya hanya ‘perang psikologi’ untuk menyerang anda?

Mengapa saya katakan demikian? Seperti yang saya terangkan di atas, bahawa perbuatan sihir adalah perbuatan yang dilakukan secara tersembunyi agar perbuatan tersebut tidak diketahui oleh orang lain. Biasanya barang-barang sihir akan ditanam, samada di dalam tanah, di dalam konkrit, diletakkan di atas siling. Ianya tidak akan diletakkan secara terang-terangan serta mudah dilihat orang.

Sihir dilakukan dengan menggunakan jampi mentera, kerana dengan jampi tersebut sipenghantar sihir akan dapat berhubung dengan makhluk halus yang dijadikan perantara untuk menjalankan kerja jahat mereka. Kesimpulannya, sihir merupakan suatu perbuatan yang tidak diketahui, tersembunyi dan ianya tiba-tiba berlaku di alam nyata.

Benda yang dapat dilihat dengan mata sebegitu, tentulah bukan sihir. Ianya perbuatan nakal untuk memerangi psikologi orang yang berkenaan.

Saya nasihatkan, janganlah dihebohkan perkara sebegini kerana ia bukan sihir.

Kita perlu mengatasinya dengan menyebarkan ajaran Islam yang sebenar, bahawa kerja-kerja berinsusiasi dengan amalan sihir adalah suatu dosa besar, padah besar yang mengundang kecelakaan dunia sampai kepada akhirat.

Keduanya, mengajak manusia bertanggungjawab atas amalan mereka. Sekiranya amalan jahat dilakukan, hari ini mungkin untuk orang lain, tetapi hal yang sama mungkin akan dilakukan ke atas dirinya pula. Maka kerja seburuk ini hendaklah dihentikan serta merta.

Ketiga, atasilah masalah yang berlaku dalam kehidupan kita secara gentleman dengan tidak membabitkan kerja-kerja yang membawa kepada kekecohan atau buruk sangka sesama rakan sekerja.

Keempat, jadikanlah panduan Islam itu sebagai suatu pegangan. Perkara yang melanggar hukum Islam dijauhi, khasnya perkara syirik yang merupakan perkara fitnah dalam masyarakat.

Kelima, fitnah memfitnah mengundang padah. Buruk sangka sama-sama di pejabat mengundang kecelaruan dan menjauhkan kita daripada ketenangan.

Maka oleh kerana itu, kita hendaklah melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT supaya dihindarkan kita daripada kecelakaan sihir dan sebagainya. Wallahua’lam.

Sumber rujukan: Darus Syifa

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download


Adakah Sihir Boleh Dikeluarkan & Bagaimana Cara Mengeluarkannya?

$
0
0

Sihir adalah satu amalan yang telah diamalkan dari zaman dahulu hingga sekarang. Islam sangat melarang umatnya mengamalkan sihir ini ataupun meminta pertolongan dari ahli sihir. Oleh kerana itulah Islam meletakkan pengamal sihir dan pelakunya sebagai kategori mereka yang melakukan kekufuran. Firman Allah di dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 102:

“Sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan : “Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya………”

Dalam ayat di atas, kedua-dua Malaikat iaitu Harut dan Marut mengingatkan kepada Bani Israel bahawa mereka adalah cubaan kepada Bani Israel. Dan kedua Malaikat tersebut memperingatkan kepada mereka janganlah menjadi kafir dengan mempelajari ilmu sihir. Selain itu, kesan buruk dari sihir juga sangat memberikan mudharat kepada mereka yang disihir.

Dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda, apakah sihir itu boleh dikeluarkan dan bagaimana cara untuk mengeluarkannya?

Untuk membahaskan persoalan ini, saya bawakan di sini satu hadis yang agak panjang.

Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Muhammad dia berkata; saya mendengar Ibnu ‘Uyainah berkata; orang yang pertama kali menceritakan kepada kami adalah Ibnu Juraij, dia berkata; telah menceritakan kepadaku keluarga ‘Urwah dari ‘Urwah, lalu aku bertanya kepada Hisyam tentang haditsnya, maka dia menceritakannya kepada kami dari Ayahnya dari ‘Aisyah radliallahu ‘anha dia berkata; bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah disihir hingga beliau berasa beliau telah mendatangi para isterinya, padahal beliau tidak mendatanginya, -Sufyan mengatakan; “Ini adalah keadaan yang paling teruk dalam sihir itu apabila ia berlaku demikian (Inilah kesan yang paling teruk berlaku kepada Nabi SAW) – kemudian beliau bersabda: “Nabi telah bangun dari tidur dan bersabda: Wahai Aisyah, tahukah engkau bahwa Allah telah memberikan jawapan kepada soalan yang telah aku tanyakan kepadaNya? Dua orang laki-laki telah datang kepadaku, salah seorang dari keduanya duduk dekat kepalaku dan satunya lagi di kakiku. Kemudian seorang yang berada di kepalaku berkata kepada yang satunya; “Kenapa laki-laki ini?” temannya menjawab; “Terkena sihir.’ Berkata yang pertama; “Siapakah yang menyihirnya?” yang kedua menjawab; “Lubid bin Al A’sham, laki-laki dari Bani Zuraiq, seorang munafik dan menjadi sekutu orang-orang Yahudi.” Salah seorang darinya bertanya; “Dengan benda apakah dia menyihir?” temannya menjawab; “Dengan sikat dan benang yang terkeluar dari tempat tenung.” Salah seorang darinya bertanya; “Di manakah benda itu diletakkan?” temannya menjawab; “Di mayang kurma jantan yang diletakkan di bawah batu dalam sumur Dzarwan.” Aisyah berkata; “Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendatangi sumur tersebut hingga beliau dapat mengeluarkan barang tersebut, lalu beliau bersabda: “Ini adalah sumur yang diperlihatkan padaku, seakan-akan airnya berubah bagaikan rendaman daun inai dan seakan-akan pohon kurma yang berada ditepi telaga itu bagaikan kepala-kepala syetan.” Abu Hisyam berkata; “apakah beliau meminta barangnya dikeluarkan?” Aisyah berkata; Lalu aku bertanya; “Kenapa anda tidak hantar balik/tidak buka/sebarkan?” beliau bersabda: “, sesungguhnya Allah telah menyembuhkanku dan aku tidak suka memberikan kesan buruk kepada mana mana orang dari peristiwa itu.” (Hadis ini anda boleh baca di dalam Sahih Bukhari, Kitab Perubatan Bab Adakah Sihir Boleh Dikeluarkan. Hadis nombor 5323)

Hadis di atas menceritakan peristiwa di mana Nabi telah disihir dengan cara menggunakan sikat dan benang dan ditanam di dalam perigi. Setelah Nabi mengetahui tempat barang-barang sihir itu ditanam, Baginda pergi mengeluarkannya. Ini memberikan isyarat kepada kita bahawa sihir itu boleh diikhtiarkan untuk mengeluarkannya.

Berdasarkan pengalaman saya, mereka yang disihir biasanya jin yang dihantar untuk menyihir akan masuk juga ke dalam tubuh badan mangsa dengan tujuan untuk mendatangkan mudharat kepada mangsa. Dengan sebab itulah kita dapat lihat ada sesetengah kes sihir boleh menyebabkan perubahan samada pada sikap atau tubuh badan pesakit secara tiba-tiba dan tanpa diketahui puncanya.

Contohnya macam seorang isteri yang asalnya sangat menyayangi suaminya, tiba-tiba berubah menjadi benci dan taknak melihat muka suami. Itu contoh perubahan sikap. Kalau perubahan pada tubuh badan pula, mangsa sihir yang pada asalnya sihat walafiat tanpa sebarang penyakit, tiba-tiba diserang penyakit. Dan apabila dilakukan pemeriksaan kesihatan, tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik.

Semua yang saya sebutkan di atas menunjukkan tanda-tanda adanya jin di dalam tubuh badan mangsa sihir dengan tujuan untuk melaksanakan apa yang dikehendaki oleh pelaku sihir.

Cara Mengeluarkan Sihir

Biasanya sihir yang dihantar kepada seseorang pasti ada menggunakan barang-barang tertentu yang diikuti oleh jampi serapah. Ini bertujuan untuk memanggil jin sihir yang dijadikan pembantu (khadam) oleh tukang sihir (bomoh). Kemudian jin sihir ini pula akan memasuki tubuh badan mangsa bertujuan untuk melakukan kemudharatan seperti yang dikehendaki oleh tukang sihir.

Jadi, apabila seseorang itu disihir, biasanya tukang sihir pasti menyimpan sesuatu barang yang merupakan milik mangsa, paling mudah ialah gambar. Tujuannya untuk dilakukan pemujaan. Selain itu, ada juga kaedah di mana barang-barang sihir yang ditanam di sesuatu tempat, biasanya di kawasan kediaman mangsa.

Oleh kerana itu, mereka yang telah terkena sihir, kalau boleh usahakan agar dapat dicari kalau-kalau ada barang sihir yang ditanam. Anda boleh membaca artikel saya tentang tip mencari barang sihir. Dan selanjutnya, minta bantuan dari mana-mana pusat rawatan Islam atau pun individu yang mempelajari dan terlibat dalam bidang rawatan Islam untuk merawat mangsa sihir tadi.

Atau untuk lebih memudahkan anda, anda juga boleh mendapatkan khidmat rawatan ke rumah anda yang saya tawarkan. Untuk maklumat lanjut tentang rawatan yang saya sediakan, sila klik di sini.

Kesimpulan

Ingatlah bahawa Iblis telah berjanji di hadapan Allah bahawa akan menyesatkan seramai mungkin keturunan Adam bertujuan untuk menjadi temannya di dalam neraka nanti. Dan salah satu caranya Iblis akan menggunakan nafsu manusia sebagai alat untuk menyesatkan mereka.

Sihir biasanya adalah tindakan dari tuntutan hawa nafsu yang mendorong seseorang melakukan perbuatan tersebut. Contohnya, apabila melihat kejayaan orang lain, timbul dalam hati rasa isi hati. Dan ketika inilah, Iblis dan kuncu-kuncunya akan menggunakan peluang sebaik mungkin untuk menghasut kita agar menurut keinginan nafsu dengan menyuruh melakukan sihir.

Iblis juga akan memberikan janji-janji manis dan palsu kononnya dengan melakukan sihir akan dapat membantu seseorang mencapai hajatnya, tidak kiralah hajat apa sekalipun. Jadi, berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda mendapat manfaat selepas membaca artikel ini, apa kata anda kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan sosial anda dengan klik butang di bawah.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

Bagaimana Mengenali Tanda Sihir Masyrub Serta Rawatannya?

$
0
0

Saya yakin semua orang dah tahu dan mempercayai kewujudan sihir. Ini kerana seperti yang saya kongsikan dalam artikel-artikel saya sebelum ini, jelas di dalam al-Quran ayat-ayat yang menjadi dalil kewujudan amalan sihir ini. Untuk memudahkan anda, saya sertakan sekali dalam artikel kali ini ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan sihir.

1) Surah al-Baqarah ayat 102:

“Artinya : Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), akan tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang Malaikat di negri Babil, yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan, Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir. Maka, mereka mempelajari dari kedua Malaikat itu apa yang dengan sihir itu mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan istrinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepada mereka dan tidak memberi manfaat. Sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barang siapa yang menukarnya (Kitabullah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan diakhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya sendiri dengan sihir, kalau mereka mengetahui”.

2) Surah Yunus ayat 77:

“Artinya : Musa berkata, Apakah kamu mengatakan terhadap kebenaran waktu ia datang kepadamu, sihirkah ini padahal ahli-ahli sihir itu tidaklah mendapat kemenangan”.

3) Surah Yunus ayat 81 & 82:

“Artinya : Maka setelah mereka melemparkan, Musa berkata kepada mereka, Apa yang kamu lakukan itu, itulah sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-orang yang membuat kerusakan. Dan Allah akan mengokohkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukai(nya)”.

4) Surah Taha ayat 67 hingga 69:

“Artinya : Maka musa merasa takut dalam hatinya. Kami berkata, Janganlah kamu takut, sesungguhnya kamulah yang paling unggul (menang). Dan lemparkanlah apa yang ada ditangan kananmu, niscaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka) Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang”.

5) Surah al-A’raf ayat 117 hingga 122:

“Artinya : Dan Kami wahyukan kepada Musa, Lemparkanlah tongkatmu. Maka sekonyong-konyong tongkat itu menelan apa yang mereka sulapkan. Karena itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan. Maka mereka kalah ditempat itu dan jadilah mereka orang-orang yang hina. Dan ahli-ahli sihir itu serta merta meniarapkan diri dengan bersujud, Mereka berkata, Kami beriman kepada Rabb semesta alam (yaitu) Rabb Musa dan Harun”.

Melalui dalil-dali al-Quran di atas, benarlah bahawa sihir itu wujud. Dan kesan dari sihir itu juga merupakan satu hakikat yang benar-benar berlaku, bukan sekadar fantasi.

Di dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan pula bagaimana anda nak mengenali tanda-tanda orang-orang yang disihir dengan sihir masyruq, dan kaedah rawatannya.

Apakah Sihir Masyrub?

Sihir ini adalah sihir yang diminumkan kepada mangsa di mana tujuannya adalah untuk mengalirkan sihir ke tubuh mangsa. Sihir jenis ini juga sering digunakan ketika ingin menghantar sihir mahabbah (percintaan) dan juga sihir tafriq (pemisah).

Tanda-tanda seseorang yang disihir dengan kaedah sihir masyrub ialah:

  1. Rasa panas membara di dada.
  2. Hilang keinginan syahwat ketika bersama pasangan ataupun sebaliknya mempunyai keinginan syahwat yang terlalu tinggi. Ianya bergantung pada kemahuan tukang sihir.
  3. Rasa panas yang datang dari dalam perut. Kebiasaannya rasa begini akan muncul selepas asar atau ketika nak dekat-dekat waktu maghrib. Dan akan berlarutan sehingga ke waktu pagi.
  4. Setelah sihir dalam badan mula bertindakbalas, mangsa sihir akan membenci terhadap sesetengah minuman walaupun sebelum ini dia sangat menyukai minuman tersebut.
  5. Berlaku sebaliknya pula di mana mangsa sihir menyukai satu-satu minuman walaupun sebelumnya dia tidak menyukai minuman itu.
  6. Menjadi sangat benci terhadap susu.
  7. Rasa panas bila membuang air kencing tanpa mempunyai sebab-sebab perubatan yang pasti.
  8. Terasa seperti ada seseorang yang mencekik di leher.
  9. Selalu muntah yang berterusan, terutamanya ketika bangun dari tidur.

Kaedah Rawatan Sihir Masyrub

Cara merawat sihir ini adalah dengan diberikan pesakit minum susu kambing. Ini kerana susu sangat membantu untuk meneutralkan kembali sihir yang ada di dalam perut.

Atau boleh juga diberikan pesakit mengamalkan memakan kurma Ajwa. Selain diberikan minum susu kambing ataupun makan kurma Ajwa, pesakit juga mestilah dilakukan rawatan terapi Ruqyah Syar’iyyah. Sekiranya anda menginginkan rawatan Ruqyah Syar’iyyah dari saya, inshaa Allah saya boleh membantu anda. Sila hubungi saya untuk kita aturkan temujanji.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda mendapat manfaat selepas membaca artikel ini, apa kata anda kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan sosial anda dengan klik butang di bawah.

 

Sumber rujukan: Ruqyah Krian

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

 

Kenali 5 Jenis Santau & Bagaimana Merawatnya.

$
0
0

Santau adalah satu dari cabang sihir di mana amalan ini menggunakan bahan-bahan santau disamping ianya disertai dengan jampi serapah untuk memanggil jin berdamping dengan bahan-bahan santau tersebut.

Dalam beberapa kes santau, ada yang boleh membawa kepada maut. Sebelum menemui ajal (dengan izin Allah), mangsa akan menderita akibat kesakitan fizikal tahap kronik seperti batuk berpanjangan, sakit kepala yang kuat, kerosakan jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, dan juga gangguan emosi.

Keadaan kronik ini akan dihadapi oleh mangsa dalam tempoh yang panjang yang boleh membawa sampai bertahun-tahun. Satu perkara yang perlu anda tahu tentang santau ialah ianya boleh ‘dilepaskan’ secara terbuka di tempat-tempat terbuka, contohnya seperti di kedai-kedai makan.

Kalau dilepaskan cara begini, sesiapa sahaja berisiko untuk terkena santau tersebut.

JENIS-JENIS SANTAU

1) Santau makan & minum

Ramuan santau yang telah disiapkan akan dimasukkan secara zahir, samada oleh manusia atau secara ghaib dengan menggunakan bantuan jin (khadam)yang berkhidmat dengan tukang sihir, ke dalam makanan atau minuman. Mereka yang mengambil makanan atau minuman tersebut akan terkena racun santau yang telah dimasukkan tadi.

2) Santau angin

Untuk santau jenis ini, ramuannya akan ‘ditujukan’ kepada mangsa hanya dari jarak jauh. Ianya dituju menggunakan khidmat jin santau ataupun dengan menggunakan teknik pandangan mata (‘ain) dengan hanya memerhatikan mangsa dari jarak jauh. Dan untuk santau jenis ini, biasanya ia tidak memerlukan penggunaan makanan atau minuman. Ramuan santau tadi akan dimasukkan secara ghaib terus ke dalam tubuh badan mangsa tanpa disedari. Santau tadi akan dituju terus ke bahagian perut atau dada dengan bantuan jin angin.

3) Santau Tuju

Santau jenis ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta. Ataupun sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa. Contohnya seperti muntah darah dengan serta-merta. Santau tuju biasanya dilakukan selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

4) Santau Langkah

Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaitan di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

5) Santau Batuk

Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden) kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaitan berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.

Bahan-bahan Membuat Santau

  1. Bahan Bisa – boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
  2. Bahan Miang/Gatal – di antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
  3. Bahan Pedih (melukakan) – yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Simptom-simptom Terkena Santau

Dalam kebanyakan kes, serangan santau ke atas mangsa berlaku secara perlahan-lahan dan secara berperingkat yang mungkin mula menyerang sistem badan mangsa selepas 7 hari, 21 hari, 30 hari, 40 hari, 100 hari, atau mungkin beberapa bulan; selepas hari mangsa terkena santau (mengikut jenis dan tahap amalan sihir).

Simptom-simptom awal seseorang itu terkena santau ialah seperti berikut (tidak semestinya semua):

1)   Batuk yang berpanjangan (kering atau berlendir).

2)   Sakit kepala berpanjangan (seperti migraine).

3)   Demam dan/atau selsema.

4)   Hilang selera makan atau tiada rasa lapar (kerosakan deria di perut).

5)   Pedih atau mungkin senak di dalam perut (seperti gastrik).

6)   Sukar untuk bernafas, sakit dada dan/atau selalu berdebar tanpa sebab.

7)   Cepat penat, lesu atau tidak bermaya.

8)   Sakit di bahagian sendi-sendi badan seperti pinggang, tengkuk, bahu, belikat, lutut dan sebagainya.

9)   Tekak selalu rasa pahit dan/atau nafas berbau hanyir.

10) Sukar tidur malam.

11) Kerap kebas tangan dan/atau kaki.

Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera, mangsa santau berkemungkinan akan mengalami salah satu (atau lebih)simptom-simptom yang lebih serius sebagaimana berikut:

1)  Batuk berdarah.

2)  Gangguan emosi, panas baran atau kemurungan – sehingga boleh menjadi gila.

3)  Badan menjadi kurus, kulit pucat dan semakin lemah.

4)  Hilang daya tumpuan dan ingatan.

5)  Penyakit kulit seperti gatal, ruam dan kudis.

6)  Mata menjadi kuning serta jari tangan dan kaki kehitaman.

7)  Sukar untuk berjalan atau mungkin jadi lumpuh dari pinggang ke bawah.

8)  Kerosakan organ dalaman seperti jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, rahim dan sebagainya yang akan menjadi semakin kronik (seperti radang, ketumbuhan atau kanser) dan akhirnya membawa maut.

Merawat Pesakit Santau

1) Mangsa yang terkena santau hendaklah dirawat secara berterusan (istiqomah) sehingga sembuh sepenuhnya (dengan izin Allah) kerana ramuan santau yang telah masuk ke dalam badan akan kembali ‘membiak’ sekiranya tidak dirawat selalu.

2) Rawatan hendaklah berdasarkan Perubatan Islam yang diyakini menggunakan ayat-ayat suci Quran (Ruqyah Syar’iyah) serta bahan-bahan rawatan tidak bertentangan dengan Syariat Islam dan Hukum Syarak DAN tidak memudaratkan Pesakit (bertepatan dengan kondisi Pesakit).

3) Pesakit santau perlu berpantang makanan-makanan berikut serta merta sehingga benar-benar sembuh atau sehingga bila-bila: semua jenis limau, cendawan, rebung, serai, nenas, cuka, pulut, organ-organ dalaman haiwan seperti perut, hati, paru-paru, limpa, kaki ayam, tengkuk ayam, durian, nangka, cempedak, makanan yang masam, berjeruk, terlampau masin, ikan berduri dan sebagainya. Juga, kurangkan makanan bercili dan minuman berais. Gagal berpantang makanan-makanan tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih parah.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda mendapat manfaat selepas membaca artikel ini, apa kata anda kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan sosial anda dengan klik butang di bawah.

 

Sumber Artikel: Pusat Rawatan al-Qayyum

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

 

Bagaimana Untuk Elak Disihir Melalui Makanan?

$
0
0

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Apa khabar? Saya doakan anda sihat semuanya. Sedar tak sedar, masa berlalu dengan sangat cepat. Dah beberapa hari kita selesai menyambut Hari Raya Aidiladha.

Kalau anda terlibat sebagai penyumbang binatang-binatang korban tahun ini, saya doakan semoga Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal dengan amalk kebajikan yang anda lakukan.

IBLIS MEMUSUHI MANUSIA

Di dalam al-Quran Allah s.w.t telah banyak kali memperingatkan kita tentang permusuhan Iblis dan kuncu-kuncunya ke atas Nabi Adam a.s dan keturunannya. Antara ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang permusuhan Iblis ini ialah:

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”. Allah berfirman: “Ini adalah jalan yang lurus; kewajiban Aku-lah (menjaganya). Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang sesat. (QS,Al Hijr , 15 : 39-42)

Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka. (Q. Shaad 38 : 82-83)

Iblis berkata: Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (QS al-A’raaf :16-17)

Berkata iblis: “Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan”. Allah berfirman: ” maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, (QS. Al Hijr 15 : 36-37)

Allah berfirman : Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh setan kepada mereka melainkan tipuan belaka. (QS. Al Israa’ 17 : 64).

Ayat-ayat yang saya kongsikan di atas adalah adalah bukti Allah nak ingatkan kita tentang betapa bencinya Iblis kepada umat manusia. Sehinggakan Iblis berjanji akan sesatkan kita semuanya.

Dan Iblis tidak pernah berputus asa dari jalan ini.

SIHIR ADALAH JALAN IBLIS

Salah satu cara yang berkesan ialah melalui cara memperdayakan manusia melakukan sihir. Manusia diperdaya oleh Iblis dengan janji-janji palsu dan dusta tentang sihir.

Sihir ni pula ada bermacam-macam. Ada yang dilakukan dengan menggunakan makanan dan minuman. Ada yang dihantar melalui pandangan, dan macam-macam lagi.

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan macam mana anda boleh elakkan dari terkena sihir yang dihantar melalui makanan.

Sebelum anda nak mula makan atau minum, selepas membaca doa makan, bacalah doa di bawah sebanyak 7 kali.

doa sihir

Maksud ayat di atas ialah:

“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui”

Berkenaan dengan doa di atas, antara hadis yang berkaitan dengan fadhilat mengamalkannya.

“Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya”

( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan)

Satu perkara penting untuk saya jelaskan di sini ialah, doa sihir di atas sepatutnya dijadikan amalan harian, bukan dibaca hanya ketika sakit. Sebab berdasarkan pengalaman saya, lebih lama sesuatu ayat atau doa itu diamalkan, semakin kuat kesannya, inshaa Allah.

Akhir kata, semoga kita semua dapat mengamalkan ayat di atas secara istiqamah. Dan semoga Allah melindungi kita semua dari kejahatan gangguan sihir, inshaa Allah.

Apakah Susuk & Bagaimana Mengeluarkannya?

$
0
0

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Apa khabar? Saya doakan anda semua sihat bersama keluarga. Saya alhamdulillah sihat-sihat je. Takde ke mana-mana ke dengan keluarga?

Di Ipoh, khususnya Manjoi ni, jerebu agak kuat. Jadi saya dan keluarga tidaklah ke mana-mana. Takut pulak nanti menjejaskan kesihatan diri dan anak-anak terutamanya. Jadi saya ambil kesempatan siapkan artikel.

Lagipun agak lama dah saya tak update blog ni dengan artikel baru. Mungkin ada pembaca yang tertunggu-tunggu perkongsian terbaru dari saya.

Beberapa hari yang lepas, ada pesakit yang datang berjumpa saya dan bertanyakan tentang susuk. Jadi, dalam artikel kali ni saya nak kongsikan dengan anda tentang susuk. Tapi artikel yang saya nak kongsikan tentang susuk ni bukan berkaitan dengan jamu susuk dara tu ye 🙂

APAKAH SUSUK?

Susuk ni adalah amalan turun-temurun yang diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya. Di dalam bangsa lain, saya tak pasti apakah ada atau tidak mereka mengamalkan pemakaian susuk.

Susuk ialah suatu amalan di mana pemakainya akan memasukkan bahan asing ke dalam badan, contohnya di muka dengan tujuan untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan tertentu.

Antara bahan-bahan susuk yang digunakan ialah:

  • emas
  • perak
  • intan
  • berlian
  • permata
  • sayap binatang
  • tulang haiwan
  • tulang manusia
  • besi baja dan lain-lain

KEGUNAAN SUSUK

Jika dilihat pada bahan-bahan yang digunakan di atas, kita boleh agak yang susuk ni digunakan atas tujuan-tujuan tertentu. Antaranya ialah:

  • untuk menambahkan kecantikan
  • untuk awet muda
  • untuk kebal
  • dan untuk menjaga rumah dari segala kejahatan

HUKUM SUSUK

Hukum menggunakan susuk adalah haram dan tidak boleh diamalkan oleh orang-orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah. Sebab-sebab diharamkan ialah:

1) Pemakaian susuk ni biasanya dikaitkan dengan sihir. Dan sihir pula biasanya pasti menggunakan jin. Ini disebabkan dengan bantuan dari jinlah (hakikatnya dengan izin Allah), pemakai susuk mampu mencapai apa yang diinginkannya.

Berkenaan dengan sihir, banyak ayat-ayat al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w yang menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan sihir sebenarnya telah kufur dengan Allah. Contohnya dalam ayat di bawah:

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), akan tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang Malaikat di negeri Babil, yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan, Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir. Maka, mereka mempelajari dari kedua Malaikat itu apa yang dengan sihir itu mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan istrinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepada mereka dan tidak memberi manfaat. Sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barang siapa yang menukarnya (Kitabullah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan diakhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya sendiri dengan sihir, kalau mereka mengetahui”. (Surah al-Baqarah: ayat 102)

2) Pengamal susuk biasanya memakai susuk adalah atas tujuan tertentu. Contohnya seperti untuk kelihatan cantik dan menarik atau pun untuk menjadi kebal.

3) Biasanya orang yang memakai susuk ini mereka yakin sangat pada susuk. Mereka rasa susuk itu lah yang memberikan sebesar-besar pertolongan hingga tercapai tujuan yang mereka inginkan. Perbuatan begitu dah jadikan pengamal susuk ni termasuk dalam golongan orang-orang yang mensyirikkan Allah.

CARA MENGELUARKAN SUSUK DARI TUBUH

Di sini saya juga ingin kongsikan dengan anda cara mengeluarkan susuk dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran (ruqyah). Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Caranya ialah:

Baca surah di bawah:

  • al-Fatihah
  • surah al-Baqarah, ayat  1-5, 163-164, 255-257, 284-286.

Setelah baca ayat-ayat tu, perhatikan tindakbalas orang yang pakai susuk tu, ada apa-apa yang berlaku atau tidak. Tindakbalas orang yang diruqyah tu ada dua keadaan seperti di bawah:

  1. Tindakbalas kuat (pesakit akan meracau (histeria), tubuh akan bergetar, muntah.)
  2. Tindakbalas biasa (pesakit akan rasa mengantuk, berdebar-debar, tubuh terasa panas dan terasa ada benda bergerak-gerak)

Untuk tindakbalas yang kedua, biasanya hanya pesakit sahaja yang akan tahu benda tu. Sebab itulah, jika anda merawat mereka yang memakai susuk, jika tiada tindakbalas yang pertama, sila tanyakan kepada mereka ada tak alami tindakbalas yang kedua.

Contohnya rasa panas dan lain-lain, dan tanyakan di mana rasa macam tu. Kalau pesakit rasa panas di tempat yang bukan aurat, pegang tempat tersebut, dan kemudian sambung baca ayat-ayat di bawah:

  • Ali Imran 18-19
  • Al A’raf 54-56 & 117-122,
  • Yunus 81-82
  • Al Mu’minun 115-118
  • Thaha 65-70
  • Ash Shaffat 1-10
  • Al Ahqaf 29-32
  • Ar Rahman 33-36
  • Al Hasr 23-24
  • Al jin 1-9,
  • Al Ikhlas
  • Al Falaq,
  • An Naas

Kalau dah dibaca ayat-ayat di atas, tetapi tidak ada sebarang tindakbalas, inshaa Allah itu tandanya susuk di dalam badan sudah tidak ada.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

4 Perkara Membezakan Antara Mukjizat, Karamah & Sihir

$
0
0

Assalamualaikum pembaca yang dihormati sekalian,

Apa khabar? Terima kasih kerana anda masih setia untuk terus membaca artikel-artikel yang saya kongsikan di blog ini.

Sepanjang saya merawat pesakit-pesakit gangguan jin dengan menggunakan al-Quran, saya sering diajukan persoalan seperti di bawah:

“Ustaz, betulke ada orang boleh tahu siapa yang hantar sihir kat kita?”

“Ustaz, saya berubat kat satu tempat ni, keluar paku, kaca dan macam-macam benda dari badan saya. Betulke rawatan macam tu ustaz?”

Itu dua contoh soalan yang saya selalu kena jawab. Tetapi saya taknak jawab secara terus soalan di atas. Saya taknak kata rawatan tu tak betul. Terserah pada kita samada nak percaya apakah rawatan sebegitu benar-benar bertepatan dengan syarak atau tidak.

Tapi, dalam artikel kali ini saya nak kongsikan empat perkara paling asas, bagaimana nak membezakan dintara mukjizat, karamah dan juga sihir.

Selepas dah habis anda baca, saya harap pandangan anda lebih jelas lagi jika soalan-soalan seperti di atas pernah terlintas difikiran anda.

Satu perkara yang anda perlu tahu ialah, tukang sihir, bomoh atau seumpama dengan mereka ini, suka dan selalu mempamerkan kehebatan mereka untuk tatapan umum.

Contohnya:

  • kebal dari bakaran api.
  • kebal dari tikaman senjata tajam.
  • tidur atas paku tajam.
  • makan serpihan kaca
  • dan sebagainya lagi.

Media sekarang, terutamanya television pula selalu memaparkan acara-acara begitu, Sampai ada yang dijadikan rancangan untuk ditayangkan kepada penonton.

Benda macam itu dianggap sebagai budaya dan kesenian sesuatu kaum atau bangsa. Bagi kita orang Islam yang tengok adegan-adegan begitu pula, merasa kagum dengan kehebatan mereka. 

Kita merasa kagum kerana kehebatan mereka sama seperti mukjizat Nabi Ibrahim di mana baginda tak terbakar apabila dilempar ke dalam api.

Kerana kekaguman itu juga kita mungkin terpukau hingga tak dapat membezakan antara mukjizat dan sihir. Oleh kerana mukjizat dan sihir sama, di mana kedua-duanya menyalahi adat, jadi kita kena tahu bagaimana membezakan keduanya.

Perkara penting yang menjadi kaedah untuk membezakan mukjizat dan sihir ialah. 

1) Mukjizat itu datangnya dari Allah sebagai membenarkan dakwah Rasul dan menunjukkan kemuliaannya. Sedangkan sihir itu adalah datangnya dari amalan-amalan syaitan.Ini kerana tukang-tukang sihir dan bomoh tidak akan dapat menzahirkan kehebatan-kehebatan yang mengkagumkan melainkan selepas mereka melakukan persembahan tertentu kepada jin, contohnya:

  • menyembelih untuk jin.
  • memberi makan atau menjamu.
  • dan sebagainya (kebiasaannya amalan-amalan yang berbentuk dosa dan kesyirikan).

Sebab itulah di dalam al-Quran Allah menyatakan dengan jelas bahawa tukang sihir atau bomoh ini melakukan kekufuran kepada Allah.

Allah berfirman di dalam al-Quran, yang bermaksud:

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut…”(hingga akhir ayat) – Surah al-Baqarah, ayat 102.

2) Perbezaan kedua diantara mukjizat dan sihir ialah mukjizat mengandungi tentangan yang bersifat umum kepada golongan yang menentang Rasul tersebut.

Maksudnya, sesiapa sahaja yang merasakan dia mampu untuk melawan mukjizat yang ditunjukkan oleh Rasul tersebut, mereka dialu-alukan untuk melakukannya. Allah berfirman di dalam al-Quran, surah al-Isra, ayat 88, yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri” 

Berbeza dengan sihir, tukang sihir tidak akan berani untuk membuka tentangan secara terbuka. Ini kerana mereka sedar, akan ada orang lain mempunyai sihir yang lebih kuat yang mampu untuk kalahkan mereka. Tambah pula kalau yang menentang mereka itu menggunakan ayat suci al-Quran dan juga zikir.

3) Mukjizat dikurniakan tanpa perlu melalui proses pembelajaran atau latihan kaedah-kaedah tertentu. Lihat mukjizat Nabi Musa di mana tongkat baginda bertukar menjadi ular dan membelah Laut Merah. Adakah baginda belajar untuk berbuat demikian?

Jawapannya tidak. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah s.w.t kerana ianya adalah mukjizat. Begitulah juga mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi-Nabi lain.

Berbeza dengan sihir di mana ianya ada kaedah-kaedah tertentu yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Syaratnya, asalkan mereka sanggup untuk menjual agamanya. Allah berfirman di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 102:

“…akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.”

4) Sihir boleh dikalahkan, samada dengan sihir yang lebih kuat atau pun dengan bacaan ayat-ayat al-Quran. Tetapi berbeza dengan mukjizat. Ianya tidak akan mampu dikalahkan sama sekali. 

Allah merakamkan peristiwa kekalahan ahli sihir Firaun di zaman Nabi Musa. Kisah tersebut Allah sebut dalam al-Quran, surah al-A’raf, ayat 117 hingga 119.

“Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Campakkanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.”

Ok, saya dah kongsikan empat perkara pokok yang boleh kita gunakan untuk membezakan antara mukjizat dan sihir. Jadi, lepas ni kalau anda pergi buat rawatan, tukang rawat tu bagitahu yang bukan-bukan, saya harap anda dah tau nak percaya atau tidak.

KARAMAH PULAK MACAM MANA?

Karamah ni apa? Karamah adalah kejadian-kejadian luar biasa yang dimiliki oleh orang-orang soleh, biasanya dikalangan wali-wali Allah.

Satu persamaan diantara mukjizat dengan karamah ialah kedua-duanya datangnya dari Allah. Cuma ada sedikit perbezaan. Contoh perbezaannya ialah karamah yang dimiliki oleh para wali Allah ini tidaklah diiringi dengan pengakuan kenabian.

Contoh karamah yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang soleh ialah Ashabul Kahfi. Kisah Ashabul Kahfi ada diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran, iaitu surah al-Kahfi, ayat 25. Mereka adalah segolongan pemuda yang lari untuk menyelamatkan aqidah mereka dari pemerintah yang zalim.

Akhirnya mereka ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun. Maksud ayat 25 dari surah al-Kahfi:

“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)”

Inshaa Allah tentang karamah ini saya akan kongsikan lebih lanjut lagi dalam artikel saya yang akan datang. Bila tu tak tahu lagi 🙂

Doakan saya diberikan kelapangan oleh Allah untuk terus menulis dan berkongsi dengan anda di blog ini.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

9 Jenis Sihir & Bagaimana Mengenalinya?

$
0
0

Tahukah anda bahawa sihir ada macam-macam jenis?

Jenis-jenis sihir ini bergantung kepada apakah tujuan sihir itu dihantar. Contohnya, jika orang yang menghantar sihir itu nak pastikan seseorang lelaki atau perempuan terhalang jodohnya, maka sihir yang dihantar itu dikenali sebagai sihir penghalang jodoh.

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda 9 jenis sihir yang biasa dituju dengan tujuan untuk memusnahkan kerjaya atau kehidupan mangsa.

1) Sihir Pemisah Suami Isteri

Sihir jenis ini memang dah terang-terang wujudnya berdasarkan dalil al-Quran. Allah menerangkan di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 102, yang bermaksud:

“…Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…”

Selain ayat di atas, sihir jenis ini ada juga disebut di dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi:

“Dari Jabir r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Iblis telah meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian dia mengutuskan tenteranya. Maka yang paling dekat kedudukannya diantara mereka kepadanya (Iblis) ialah yang paling besar fitnahnya. Salah seorang daripada mereka datang seraya berkata: Aku telah berbuat begini dan begini. Lalu Iblis menjawab: Kamu belum berbuat apa-apa. Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian salah seorang dari mereka datang seraya berkata: Aku tidak meninggalkannya hingga aku telah menceraikannya daripada isterinya. Kemudian Iblis mendekatkannya kepadanya seraya berkata: Ya kamu (baik). al-A’masy (perawi) berkata. Aku melihat Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian dia menjadi pembantu setianya” (Hadis riwayat Muslim: 5032)

Antara tanda-tanda jika seseorang itu terkena sihir jenis ini ialah:

  1. Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
  2. Berlaku keraguan antara suami dan isteri.
  3. Enggan meminta maaf.
  4. Membesarkan perselisihan faham walaupun penyebabnya kecil.
  5. Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. Sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh. walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan. Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakukan oleh isterinya atau suaminya. Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.

2) Sihir Guna-Guna (Sihir Percintaan)

Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):

  1. Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.
  2. Sukar mengawal cintanya.
  3. Rindu bayang yang berlebihan.
  4. Patuh secara membuta-tuli.

3) Sihir Memperdayakan Pandangan

Tanda-tanda jika seseorang telah terkena sihir jenis ini ialah:

  1. Mereka melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
  2. Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
  3. Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.

4) Sihir Membuat Seseorang Menjadi Gila

Tanda-tanda jika seseorang telah terkena sihir ini ialah:

  1. Jadi bingung/bodoh dan pelupa.
  2. Cakap merapu.
  3. Mata layu.
  4. Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini.Tidak boleh diam setempat.
  5. Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.
  6. Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.
  7. Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.

5) Sihir Membuatkan Seseorang Tidak Bermaya

Tanda-tanda mereka yang telah terkena sihir ini ialah:

  1. Suka berseorangan.
  2. Menutup/memencilkan diri sepenuhnya.
  3. Diam berterusan.
  4. Tidak suka bertemu orang.
  5. Fikiran melayang.
  6. Selalu pening.
  7. Lesu dan tidak bermaya

6) Sihir Panggilan

Tanda-tanda jika seseorang itu terkena sihir jenis ini pula ialah:

  1. Selalu mengalami mimpi ngeri.
  2. Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orangnya.
  3. Selalu was-was.
  4. Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.
  5. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
  6. Mimpi melihat haiwan mengejarnya.

7) Sihir Membuat Penyakit

Untuk sihir ini pula, mangsa yang disihir akan menderita penyakit tertentu. Contohnya jika disihir menjadi lumpuh, maka orang yang terkena sihir benar-benar lumpuh. Sehinggakan doktor binggung kerana mengikut ilmu perubatan moden, tidak ada sebarang simptom yang menyebabkannya lumpuh.

Tanda-tanda seseorang yang menjadi mangsa sihir ini ialah:

  1. Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  2. Saraf tersumbat.
  3. Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  4. Lumpuh menyeluruh.
  5. Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

8) Sihir Pendarahan

Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

“Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah”

Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.

Tandanya mudah. Seorang perempuan yang terkena sihir ini akan mengalami masalah kedatangan haid yang tidak berhenti-henti, ataupun tempohnya lebih panjang dari kebiasaan. Dan sebelum-sebelum ini masalah haid begini tidak pernah berlaku kepada dirinya.

9) Sihir Menahan Pernikahan

Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:

  1. Takut yang bersangatan.
  2. Marah yang tidak terkawal.
  3. Lalai berlebihan.
  4. Di puncak gelora nafsu syahwat.

Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:

  1. Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.
  2. Atau jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir ‘menipu penglihatan’ dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberapa hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.

Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:

  1. Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
  2. Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.
  3. Melihat pelamar bermuka hodoh.
  4. Banyak berfikir (fikiran melayang).
  5. Selalu gelisah waktu tidur.
  6. Selalu rasa sakit di perut.
  7. Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Bagaimana Nak Merawat Sihir-Sihir Di Atas?

Tidak kiralah apa sahaja jenis sihir yang dialami, sebabnya satu. Sebabnya ialah jin yang ditugaskan untuk menyihir telah masuk ke dalam badan orang itu.

Jadi, tidak ada jalan lain untuk merawat melainkan dengan melakukan terapi ruqyah syar’iyyah. 

Atau jika anda sibuk dengan tugasan dan tiada masa lagi untuk membuat rawatan di mana-mana pusat rawatan, ataupun kediaman anda jauh dari pusat rawatan, mungkin anda berminat untuk mengetahui satu kaedah mudah bagaimana anda boleh mendinding diri anda dari sihir dan juga gangguan jin yang lain. 

Kredit artikel rujukan: Klik di sini.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 


7 Jenis Sihir Melibatkan Suami Isteri & Ketahui Tanda-Tandanya

$
0
0

Di dalam Al-Quran, secara jelas Allah s.w.t ada menerangkan tentang satu sihir di mana ia dapat memisahkan, atau mencerai-beraikan hubungan antara suami dan juga isterinya. Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 102 yang bermaksud:

“……Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah……” (Al-Baqarah: 102)

Selain sihir pemisah yang bertujuan supaya hubungan suami isteri menjadi keruh lalu bercerai, terdapat beberapa jenis sihir lain yang dihantar kepada suami sahaja ataupun isteri sahaja ataupun kedua-duanya atas tujuan tertentu. Hubungan suami isteri yang dimaksudkan di sini adalah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Sihir jenis ini dinamakan sihir jerutan/sihir pengikat oleh Syeikh Abdul Wahid Salam Bali.

Dalam artikel kali ini, saya kongsikan dengan anda 7 jenis sihir yang dimaksudkan untuk menghalang hubungan kelamin diantara suami dan isteri. 

1) MATI PUCUK

Mati Pucuk adalah sihir yang dihantar menyebabkan secara fizikalnya suami gagal menunaikan nafkah batin kepada isteri. Suami tidak mampu mendapat ereksi yang secukupnya ataupun tidak mampu mencapai ereksi langsung sehingga menyebabkan persetubuhan tidak dapat dilakukan.

2) EJAKULASI PRAMATANG

Ejakulasi Pramatang adalah satu keadaan di mana suami yang mampu mencapai ereksi yang sempurna tetapi apabila persetubuhan mahu dilakukan, suami dengan secara tidak sengaja mengalami ejakulasi sebelum persetubuhan seterusnya menggagalkan hubungan seks mereka.

3) NAFSU TERKUNCI

Suami Atau Isteri Terkunci Nafsu. Dalam keadaan ini, suami berasa seolah-olah tidak ada nafsu ghairah kepada isteri-isterinya yang sah. keadaan ini biasanya berlaku dalam perkahwinan poligami, apabila salah seoarang isteri menyihir suaminya supaya hanya bernafsu kepadanya. Perkara sama boleh berlaku kepada isteri.

4) SIHIR PANDANGAN

Sihir ini akan menyebabkan pasangan kelihatan buruk ataupun berwajah hodoh ketika nak melakukan hubungan kelamin. Perkara ini juga biasa berlaku kepada pasangan yang disihir. Perhubungan komunikasi berlaku seperti biasa tetapi pada ketika perhubungan kelamin mahu dilakukan, suami melihat isteri dengan berwajah hantu, hodoh dan menakutkan sehingga suami berasa takut ataupun tidak lagi berselera meneruskan hubungan intim mereka. Perkara yang sama juga berlaku kepada isteri apabila beliau melihat suaminya dengan wajah yang menakutkan ataupun hodoh.

5) DIGANGGU MAKHLUK SEPERTI PASANGAN

Sihir begini disebabkan oleh suami ataupun isteri diganggu oleh makhluk yang menyerupai suami ataupun isteri. Keadaan ini kerap berlaku apabila suami ataupun isteri diganggu makhluk yang menyerupai pasangannya ketika berada di rumah, walaupun pasangannya berada di luar rumah pada masa itu. Terdapat kes jin-jin yang mengganggu dengan menyerupai pasangan itu ia mengadakan hubungan kelamin dengan pasangan yang disihir.

6) KEMAMPUAN TERHALANG

Sihir jenis ini berupaya menyebabkan paha isteri terkepit tanpa dapat dikawal sehingga menghalang persetubuhan berlaku secara normal. Contoh yang lain pula adalah suami berasa sukar menembusi alat kelamin isterinya ataupun terasa ada ketulan daging di dalam alat kelamin isterinya.

7) JIN MEROSAKKAN BENIH

Jin jahat yang dihantar melalui sihir juga berupaya merosakkan sperma lelaki ataupun ovum perempuan. Pasangan suami isteri yang mengalami masalah ini biasanya sukar mencapai peringkat kehamilan.

Sihir-sihir seperti yang dinyatakan sebelum ini dihantar atas alasan mahu membalas dendam ataupun bertujuan memisahkan pasangan suami isteri yang menjadi mangsa. Sihir-sihir ini adalah perbuatan yang kejam kerana merosakkan institusi rumahtangga yang menjadi asas kepada pembentukan keluarga muslim yang bahagia.

Daripada sudut perubatan moden, terdapat penyakit mati pucuk yang disebabkan oleh penyakit fizikal seperti kencing manis ataupun kesan sampingan daripada ubat-ubatan moden seperti Beta Blocker. Penyakit seperti ini mudah dikesan kerana biasanya dapat dibuktikan melalui kajian makmal klinikal. Sekiranya pesakit atau mangsa sihir mengalami tanda-tanda fizikal disertai pula oleh tanda-tanda gangguan sihir, maka itu bukannya penyakit fizikal yang dapat dirawat atau diubati melalui kaedah perubatan moden.

Jika anda ada mengalami keadaan yang saya sebutkan di atas, segeralah berjumpa dengan mana-mana perawat Islam untuk diruqyah. Ini kerana jika anda tidak diruqyah agak sukar untuk membezakan apakah anda disihir atau tidak kerana pengalaman saya menunjukkan ada juga tanda-tanda sihir ini yang sama dengan tanda-tanda penyakit fizikal.

Sumber rujukan: Klik di sini

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

Bahaya Sihir Pandangan & Bagaimana Mencegahnya?

$
0
0

Pernah tak anda mendengar tentang sihir pandangan? Atau dikenali dengan ‘Ain. Ibnu Qoyyim rohimahullah dalam kitab Tafsir Surat Muawwadzatain berkata:

“Bahaya dari pandangan mata dapat terjadi ketika seseorang yang berhadapan langsung dengan sasarannya. Sasaran tukang pandang kadang-kala boleh mengenai sesuatu yang tidak patut didengki, seperti benda, haiwan, tanaman, dan harta. Dan kadang-kala pandangan matanya dapat mengenai sasaran hanya dengan pandangan yang tajam dan pandangan kekaguman.”

Pengaruh daripada bahaya pandangan mata pun hampir mengenai Rasulullah s.a.w. sebagaimana firman-Nya:,

“Sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar al Qur’an dan mereka mengatakan “Sesungguhnya dia (Muhammad) benar-benar gila.” (Al Qalam (68): 51)

Terdapat pula hadis dari Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Pengaruh ‘ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, ‘ainlah yang dapat melakukannya.” (HR. Muslim)

Subhanallah, lihatlah bagaimana bahaya ‘ain telah dijelaskan dalam Al-Qur’an dan As Sunnah. Dan terdapat pula contoh-contoh pengaruh buruk ‘ain yang terjadi pada masa sahabat. Salah satunya adalah yang terjadi pada Sahl bin Hunaif yang terkena ‘ain bukan kerana rasa dengki namun kerana rasa takjub.

Sebagaimana dalam hadis: Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif menyebutkan bahawa Amir bin Rabi’ah pernah melihat Sahl bin Hunaif mandi lalu berkatalah Amir, “Demi Allah, Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini.” Berkata Abu Umamah, “Maka terpelantinglah Sahl.”

Kemudian Rasulullah s.a.w mendatangi Amir. Dengan marah beliau berkata, “Atas dasar apa kalian mau membunuh saudaranya? Mengapa engkau tidak memohonkan keberkahan (kepada yang kau lihat)? Mandilah untuknya!”. Maksudnya Nabi menyuruh Amir berwudhu kemudian diambil bekas air wudhunya untuk disiramkan kepada Sahl dan ini adalah salah satu cara pengubatan orang yang tertimpa ‘ain bila diketahui pelaku ‘ain tersebut (*). Maka Amir mandi dengan menggunakan satu bekas air. Dia mencuci wajah, kedua tangan, kedua siku, kedua lutut, hujung-hujung kakinya dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia sedar dan berlalulah bersama manusia.” -(HR. Malik dalam al Muwaththa 2/938, Ibnu Majah 3509, dishahihkan oleh Ibnu Hibban 1424. sanadnya shahih, para perawinya terpercaya, lihat Zaadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al Arnauth dan Abdul Qadir al Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H. Lihat majalah Al Furqon).

(*) Kata mandi yang ada di sini maksudnya adalah berwudhu sebagaimana disebutkan Imam Malik dalam kitab Al Muwattho. Wallahu a’lam.

TANDA-TANDA TERKENA ‘AIN

Tanda-tanda anak yang terkena ‘ain di antaranya adalah menangis secara tidak wajar (bukan kerana lapar, sakit ), kejang-kejang tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu pada ibunya tanpa sebab, atau keadaan tubuh si anak kurus kering dan tanda-tanda yang tidak wajar lainnya.

Sebagaimana dalam hadis dari Amrah dari ‘Aisyah r.a., ia berkata, “Pada suatu ketika Nabi s.a.w. masuk rumah. Tiba-tiba beliau mendengar anak kecil menangis, lalu beliau berkata, “Kenapa anak kecilmu ini menangis? Tidakkah kamu mencari orang yang boleh mengubati dia daripada penyakit ‘ain?” -(HR. Ahmad, Baqi Musnadil Anshar. 33304).

Begitu pula hadis Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Asma’ binti Umais, “Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma menjawab, “Tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘ain”. Beliau berkata, “Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka!” -(HR. Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

BERLINDUNG DARI BAHAYA ‘AIN

Sesungguhnya syari’at Islam adalah sempurna. Setiap hal yang mendatangkan bahaya bagi umatnya, maka Rasulullah s.a.w. tentu telah menjelaskan tentang perkara tersebut dan cara-cara mengatasinya. Begitu pula dengan bahaya ‘ain ini.

1. Bagi Seseorang yang Memungkinkan Memberi Pengaruh ‘Ain

Berdasarkan hadis Abu Umamah di atas, maka hendaklah seseorang yang mengagumi sesuatu dari saudaranya, maka yang baik adalah mendoakan keberkahan baginya. Dan berdasarkan surat Al Kahfi ayat 39, maka ketika takjub akan sesuatu kita juga dapat mengucapkan doa:

zikir

Ertinya:

“Sungguh atas kehendak Allah-lah semua ini terwujud.”

2. Bagi yang Memungkinkan Terkena ‘Ain

Sesungguhnya ‘ain terjadi kerana ada pandangan. Maka hendaknya orang tua tidak berlebihan dalam membanggakan anaknya kerana dapat menimbulkan dengki ataupun kekaguman pada yang mendengar dan kemudian memandang si anak. Adapun jika memang kenikmatan itu adalah sesuatu yang memang telah nampak baik dari kepintaran si anak, fiziknya yang “masyaAllah”, maka hendaknya orang tua mendoakan dengan doa-doa, dzikir dan ta’awudz yang telah diajarkan Nabi s.a.w., diantaranya adalah surah Muawadzatain (surah An-Nas dan Al-Falaq). Ada pula do’a yang biasa diucapkan Nabi s.a.w. untuk meminta perlindungan untuk Hasan dan Husain, Iaitu:

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari godaan syaitan, binatang beracun dan dari pengaruh ‘ain yang buruk.”(HR. al-Bukhari dalam kitab Ahaditsul Anbiya’: 3120)

Atau dengan doa,

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari kejahatan makhluk-Nya.” (HR. Muslim 6818).

Kemudian, terdapat pula do’a yang dibacakan oleh malaikat Jibril alaihissalam ketika Nabi s.a.w. mendapat gangguan syaitan, iaitu:

“Dengan menyebut nama Allah, aku membacakan ruqyah untukmu dari segala sesuatu yang menganggumu dari kejahatan setiap jiwa dan pengaruh ‘ain. Semoga Allah menyembuhkanmu.”

Dan terdapat doa-doa lain yang dapat dibacakan kepada si anak untuk menjaganya dari bahaya ‘ain ataupun menyembuhkannya ketika telah terkena ‘ain. (lihat Hisnul Muslim oleh DR. Sa’id bin Ali bin Wahf Al Qahthani atau Ad Du’a min Al Kitab wa As Sunnah yang telah diterjemahkan dengan judul Doa-doa Dan Ruqyah dari Al-Qur’an dan Sunnah oleh DR. Sa’id bin Ali bin Wahf Al Qahthani)

KESALAHAN-KESALAHAN DALAM PENJAGAAN DARI BAHAYA ‘AIN ATAU SEJENISNYA

Memang bayi selalu terdedah kepada bahaya ‘ain ataupun gangguan syaitan lainnya.

Terdapat beberapa kesalahan yang biasa terjadi dalam menjaga anak dari gangguan tersebut kerana tidak berdasarkan pada nas syari’at. Diantara kesalahan-kesalahan tersebut adalah:

1.Meletakkan gunting di bawah bantal si bayi dengan keyakinan itu akan menjaganya. Sungguh ini termasuk kesyirikan kerana menggantungkan sesuatu pada yang tidak dapat memberi manfaat atau menolak bahaya.

2.Mengalungkan anak dengan azimat, tangkal dan sebagainya. Ini juga termasuk perbuatan syirik dan hanya akan melemahkan si anak dan orang tua kerana berlindung pada sesuatu selain Allah SWT.

Perlulah kita selalu mengingat, bahawa sekalipun kita mengetahui bahaya ‘ain memiliki pengaruh besar dan berbahaya, namun tidaklah semua dapat terjadi kecuali dengan izin Allah SWT. Dan kita sebagai orang Islam tidaklah berlebihan dalam segala sesuatu.

Termasuk dalam masalah ‘ain ini, maka seseorang tidak boleh berlebihan dengan menganggap semua kejadian buruk berasal dari ‘ain, dan juga tidak boleh seseorang menganggap remeh dengan tidak mempercayai adanya pengaruh ‘ain sama sekali dengan menganggapnya tidak masuk akal. Ini termasuk pengingkaran terhadap hadis-hadis shahih Nabi s.a.w.

Sikap yang terbaik bagi seorang muslim adalah berada di pertengahan, iaitu mempercayai pengaruh buruk ‘ain dengan tidak berlebihan sesuai dengan apa yang dikhabarkan Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu a’lam.

Sumber rujukan: Klik di sini

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Mengenalpasti Bentuk-Bentuk & Tanda-Tanda Sihir

$
0
0

Hubungan manusia dan sihir merupakan hubungan yang cukup lama, ia terbentuk sewaktu awal kejadian manusia diatas muka bumi ini sehinggalah hari ini. Berpunca dari perasaan dengki, cemburu, cinta dan kasih dan sebagainya mewujudkan ilmu sihir ini. Untuk membicarakan pengertian sihir secara terperinci adalah terlalu sukar, ini memandangkan sihir terlalu seni untuk dibicarakan.

a) Berkata Ibnu Manzur: “Tukang sihir menampakkan sesuatu yang bathil itu benar dan mengubah sesuatu daripada hakikatnya.Sesungguhnya tukang sihir telah mengubah sesuatu daripada bentuknya yang asal”

b) Ibnu Qayyim: “Sihir ialah berpunca daripada kesan campurtangan ruh-ruh yang jahat (jin&syaitan).”

c) Abu Laits berkata : “Sihir adalah suatu perbuatan yang di lakukan dalam rangka mendekatkan diri pada syaitan dengan bantuan syaitan tersebut.”

Taarif Sihir

Al-Qurtubi dalam mentakrifkan sihir menyebut bahawa sebahagian dari jenis sihir memiliki pengaruh terhadap hati seseorang seperti: perasaan cinta, benci, mendapatkan kebaikan dan musibah, disamping itu mampu terkesan kepada sakit badan atau sebuah ungkapan tentang perkara yang tidak nampak pada pandangan kasar manusia tetapi mampu dimiliki bagi mereka yang berusaha untuk menyakiti orang lain seperti menganggu kesihatan, harta kekayaan atau hubungan antara manusia dengan menggunakan mentera dan alat alat khusus.

Dalil al-Quran

Terdapat hujah yang kukuh terhadap sihir ini antaranya dalam surah Al Baqarah ayat 102 (terjemahan). (Tafsir Al-Qurtubi 2/55)

“Dan mereka mengikuti apa2 yang dibaca oleh syaitan-syaitan3 pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (Tidak mengerjakan sihir), Hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat4 di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami Hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya5. dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, Sesungguhnya mereka Telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (Kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka Mengetahui.”

Dalil Hadis

Rasulullah s.a.w menerangkan permasalahan sihir ini di beberapa keadaan antaranya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Bajalah bin ‘Abdah meriwayatkan bahwa Umar bin Al-Khaththab -Radhiallahu ‘anhu telah menetapkan perintah, yaitu: “Bunuhlah tukang sihir laki-laki maupun perempuan.” Kata Bajalah selanjutnya: “Maka kami pun melaksanakan hukuman mati terhadap tiga tukang sihir perempuan.”

Dalil Sirah

Pada tahun ke 7 hijriah selepas balik dari Hudaibiyah, seorang penyihir Yahudi yang terkenal telah menyihir Rasulullah s.a.w sehingga Rasulullah merasakan seolah-olah telah bersama dengan isterinya selama enam bulan sedangkan ia tidak bersama. Sehinggalah Rasulullah didatangi oleh malaikat jibril dan mikail berada di kepala Rasulullah dan di hujung kaki Rasulullah lalu di beritahu yang Rasulullah s.a.w telah disihir dan sihir tersebut di letak di dalam telaga Zarwan sehinggalah Rasulullah mengambil bahan tersebut dan ditanam bahan tersebut.

Sifat Yang Ada Pada Penyihir

  1. Mempersembahkan hidup dan matinya untuk syaitan serta semua milik harta dan keturunan untuk syaitan.
  2. Harus bersedia untuk mendurhaka kepada Allah.
  3. Harus menjadi keras hatinya dari perasan kasihan kepada mangsa.
  4. Tidak takut dan gentar ketika datangnya jin atau iblis walaupun dalam keadaan yang menakutkan.
  5. Tidak ada perasaan penyesalan apabila ia melakukan khianat dan tidak dibantu oleh iblis dalam kerja terkutuknya dan seharusnya ia sentiasa merintih kepada iblis dalam setiap kerjanya.
  6. Harus ada keyakinan dengan mantap kepada kekuatan syaitan dan harus baginya memusuhi agama Islam.
  7. Seboleh mungkin memencilkan diri dari orang ramai kecuali apabila menjadi satu tuntutan dalam ilmu sihirnya dengan tujuan untuk mendatangkan mudharat kepada manusia.

Bagaimana Cara Penyihir Menimbulkan Kesan Kepada Badan

Terjadinya hubungan bahan-bahan ini dengan orang yang disihir dengan cara:

  1. Melalui makanan atau minuman. Orang yang akan disihir harus memakan atau meminumnya agar pengaruh sihir masuk kedalam badan.
  2. Melalui perantaraan tanah yang ditabur di jalan yang akan di lalui oleh orang yang akan di sihir. Jika orang tersebut melangkahinya maka terkena sihir ini.
  3. Melalui rambut, kuku, baju yang ada peluh orang yang akan disihir, ini termasuk bahan yang boleh di tampal di tanam , ditusuk di balikkan patung, ditanam atau di masukkan kedalam sungai atau laut. Jin hamba kepada tukang sihir mengenali orang yang akan disihir dengan bau peluhnya.
  4. Melalui angin yang diseru dan di panggil nama orang yang akan di sihir.

Jenis-Jenis Sihir

  1. Sihir pemisah (perceraian). Berubah keadaan dari cinta menjadi benci, semakin banyak keraguan yang timbul antara suami isteri, saling bertengkar walaupun perkara yang remeh temeh dan sukar memaafkan, berubah bentuk isteri di mata suami dan sebaliknya, orang yang di sihir membenci semua perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain, orang yang terkena sihir benci tempat yang di duduki oleh pihak lain, di luar rumah merasa tenang dan apabila pulang kerumah merasa bosan. Bahan yang di gunakan seperti tahi besi yang di tabur di jalan yang di lalui oleh mangsa atau di tanam di mana-mana kawasan rumah.
  2. Sihir Percintaan (penunduk). Puncak cinta dan keadaan nafsu yang berlebihan, hasrat yang kuat untuk selalu bersama, tidak ada kesabaran untuk berhubungan badan, kerinduan yang sangat dan selalu ingin bertemu, ketaatan yang buta terhadap pasangan.
  3. Sihir membatal atau menunda perkahwinan. Biasanya melalui 2 cara jin merosakkan:
    a) Jin masuk dan menutupkan keinginan perempuan terhadap orang yang mahu meminang atau menikahinya.
    b) Jin tidak dapat masuk tetapi menyihirnya dengan memberi khayalan dari luar, ia memberi khayalan kepada pasangan bahawa ia saling buruk. Dengan demikian maka setiap lelaki yang meminangakan mengundur diri tanpa sebab padahal sebelumnya sudah saling setuju.
  4. Sihir yang mengikat lelaki dan perempuan.
    A) Kepada lelaki
    1) sebelum kahwin alat kelamin berfungsi dengan baik tetapi selepas kahwin maka alat kelamin tidak mampu berfungsi.
    2) alat kelamin berfungsi dengan baik di luar rumah akan tetapi apabila mendatangi isteri alat kelaminnya hilang fungsi.
    3) Alat kelamin berfungsi dengan isteri ketika bergurau senda tetapi apabila bersama hilang fungsi.
    B) Kepada perempuan
    1) Ada penghalang di dalam alat kelamin isteri berupa daging yang menutupi lubang vagina isteri.
    2) Ketika ingin mengauli isteri, isteri merapatkan paha agar suami tidak dapat bersama kerana halangan perasaan atau kesakitan.
    3) Adanya pendarahan apabila disetubuhi, tetapi apabila menjauhi isteri maka darah tersebut berhenti.
  5. Sihir dimandulkan. Pasangan samada suami atau isteri tidak dapat zuriat walau pun disahkan oleh doktor pakar bahawa ia tidak mempunyai masalah.
  6. Sihir pukau.
    1) Menyebabkan sesorang itu kaku, kelu dan tak mampu bertindak balas samada melalui pandangan, pendengaran atau anggota badan yang lain. Ia sudah berada di bawah penguasaan pemukau tersebut dan bertindak mengikut arahan yang diberi oleh pemukau tersebut.
    2) Menyebabkan mangsa tidur lena tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekelilingnya. Bagaimana terjadi pukau?
    a) pandangan mata yang tajam yang mengandungi racun syaitan (member salam dan mengarahkan).
    b) Melalui sentuhan dengan berjabat tangan atau menepuk belakang mangsa. Rasululullah menyebut :
    “Pandangan mata itu merupakan panahan dari panahan iblis yang boleh terkena kepada hati mukmin.”
  7. Sihir Gila. Mangsa menjadi sasau, meracau, bertempik, kebingungan, pelupa, kadang kadang tidak sedar diri, mata mangsa terbeliak dan melilau, ditahap yang kritikal berjalan yang tidak ada arah tuju dan tidur tidak menentu dan mula ingin berada pada tempat yang gelap.
  8. Sihir Sakit anggota badan. Tandanya mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan, kerap kali di serang sawan, mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh, melumpuhkan semangat dalam melakukan aktiviti seharian.
  9. Sihir Pendarahan (Darah istihaadah). Tandanya darah yang tidak berhenti pendarahan walaupun sudah melalui tahap masa kebiasanya. Menurut ibn Al athir darah isthihadah ialah darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana biasa. Jin yang bergerak di dalam saluran darah orang yang disihir tersebut. Biasanya jin akan menendang rahim sekuat hatinya dan darah keluar dari saluran tersebut. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di zaman Rasulullah Hamnah binti Jahsy lalu Rasulullah menyebut :
    “Sesungguhnya darah itu hasil sepakan syaitan, syaitanlah yang menendangnya”
  10. Sihir Santau. Santau dapatlah di bahagikan kepada dua bahagian.
    1) santau menggunakan bahan yang gatal dan miang lalu di jampi serapahnya untuk di tujukan kepada seseorang.
    2) Santau yang menggunakan bahan miang, bisa terdiri dari lipan bara, bisa ular, ubur-ubur, ulat mati berangan dan sebagainya. Di gaul dan di peram beberapa bulan dihantar kepada yang ingin dituju tanpa dibaca. Tanda-tandanya ialah gatal, batuk berdarah dan miang seluruh tubuh badan terutama menjelang senja dan batuk berdarah serta kulit membengkak pecah dan berair disertai rasa bisa. Biasanya kalau sekiranya tahap yang kritikal seseorang tersebut akan Nampak kebiruan dan kehitaman pada jari jemarinya.
  11. Sihir Penutup. Biasanya di kenakan kepada peniaga. Antara tandanya, bau hanyir di tempat perniagaan, lesu untuk datang bekerja, pertengkaran sesama anggota kerja yang tak berkesudahan walaupun perkara kecil, seringkali orang melihat tempat kerja tertutup sedangkan kedai di buka.

Tanda-Tanda Umum Jika Anda Disihir

  1. Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja
  2. Mimpi yang menakutkan
  3. Sakit dada dan resah menjelang senja
  4. Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.
  5. Mula nampak alam ghaib
  6. Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya
  7. Berlaku sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor
  8. Terdengar suara-suara yang memanggil namanya
  9. Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.

Penutup

Saya berharap semoga dengan perkongsian artikel ini berjaya membuka sedikit ruang ilmu agar menambahkan lagi amalan kita di sisi Allah agar kita terjauh dari perbuatan mensyirikkan Allah.

Perhatian: Sumber artikel ini telah diambil di sini sebagai rujukan.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1) 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

10 Penangkal Sihir

$
0
0

Create your own banner at mybannermaker.com!

Apabila berbicara tentang sihir, kita semua takut terkena bahayanya. Tak dinafikan, pengalaman saya dalam bidang perubatan Islam, banyak kes-kes akibat sihir yang saya rawat. Dan macam-macam akibat yang saya tengok.

Ada kes suami isteri bercerai. Ada sihir yang sebabkan kemaluan suami tak berfungsi bila nak bersama dengan isteri. Ada sihir yang mampu menjahanamkan sesuatu perniagaan. Dan macam-macam lagi mudharat yang boleh berlaku diakibatkan oleh sihir.

Disebabkan itulah ramai sangat orang nak tahu bagaimana caranya nak mempertahankan diri dari terkena bahaya sihir. Saya yakin, anda yang sedang membaca artikel ini pun nak tahukan. Jadi, dalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan anda 10 perkara yang boleh anda lakukan dalam usaha untuk elakkan diri dari terkena sihir.

Semoga dapat diamalkan dan dikongsikan untuk manfaat bersama, inshaaAllah.

1. BERLINDUNG DENGAN ALLAH DARI KEJAHATAN MAKHLUKNYA

Allah telah berfirman di dalam al-Quran, surah al-Falaq yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya. / (5)”

Meminta perlindungan kepada Allah adalah merupakan isi penting yang nak ditekankan di dalam ayat ini. Ini kerana Allah taala Maha Mendengar setiap bisikan hamba-Nya yang memohon perlindungan kepada-Nya, dan Ia juga Maha Mengetahui akan hamba itu memohon berlindung dari kejahatan apa.

Maksud dari kata ‘mendengar’ di sini ialah Allah bukan sahaja mendengar bahkan memakbulkan dan bukan sekadar mendengar. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w:

“Allah mendengar (memperkenankan) doa orang yang memuji-Nya.”

Demikian juga perkataan Nabi Ibrahim a.s yang digelar sebagai Al-Khalil:

“Sesungguhnya Tuhanku benar-benar mendengar (memperkenankan) doa” (QS. Ibrahim: 39)

Kadang kala Allah mengaitkan sifat men­dengar dengan sifat mengetahui dan kadang ka­la mengaitkannya dengan sifat melihat. Hal ini sesuai dengan tuntutan keadaan orang yang berlindung kepada-Nya. Tatkala seorang ham­ba minta perlindungan atas musuh yang dia ta­hu bahawa Allah melihatnya dan tahu akan kejahatan dan tipu dayanya, maka Allah mengabar­kan kepada hamba tersebut bahawa Ia mende­ngar permintaannya, yakni memperkenankannya, dan Ia tahu akan tipu daya musuhnya, Ia melihat dan mengawasinya, sehingga besarlah harapan si hamba akan perlindungan Allah dan hatinya pun tergerak untuk bermunajat kepa­da-Nya.

Cuba anda renungkan keindahan bahasa Al-Qur’an ketika menceritakan tentang bagai­mana meminta perlindungan dari syaithan yang kita yakini keberadaannya namun kita tak dapat melihat kewujudannya, dengan menggunakan lafaz: السََّمِيعُ العَلِيم yang berarti: ‘Yang Maha Mende­ngar lagi Maha Mengetahui’, sebagaimana yang terdapat dalam surat Al A’raf dan As Sajdah.

Namun ketika menceritakan tentang bagai­mana meminta perlindungan dari kejahatan ma­nusia yang terlihat dengan mata, ia mengguna­kan lafaz: السََّمِيعُ البَصِيرُ yang berarti: ‘Yang Ma­ha Mendengar lagi Maha Melihat’, sebagaimana dalam surat Al Mu’min (Ghafir). Allah ber­firman:

“Sesungguhnya orang-orang yang memperdebat­kan tentang ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka tidak ada dalam dada mereka melainkan (keinginan akan) kebesaran yang mereka sekali-kali tiada akan mencapainya, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. Ghafir:56).

Hal ini karena perbuatan manusia adalah perbuatan yang dapat dilihat dengan mata, sedangkan ganggu­an syaithan merupakan angan-angan dan bisi­kan yang dicampakkan ke dalam hati manusia, dan ini berkaitan dengan sifat ‘mengetahui’. Maka dalam hal ini Allah memerintahkan un­tuk meminta perlindungan kepada Dzat Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Ada­pun untuk sesuatu yang dapat dilihat dengan mata, Allah memerintahkan untuk meminta perlindungan kepada Dzat Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Begitulah indah dan cantiknya susunan bahasa ayat-ayat al-Quran.

2. BERTAQWA KEPADA ALLAH

Iaitu dengan menjaga perintah Allah dan menghindari larangan-Nya. Kerana barangsiapa bertakwa kepada Allah, maka Allah sen­dirilah yang akan menjadi penjaga dan pelin­dungnya, dan Ia tidak akan menyerahkannya kepada selain-Nya.

Allah berfirman:

“Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan bagimu.” (QS. Ali Imran: 120)

Nabi s.a.w berkata kepada Abdullah bin Abbas :

“Jagalah Allah, niscaya Allah akan menjagamu. Ja­galah Allah, niscaya engkau akan mendapatkan-Nya dihadapanmu.”

Maka barangsiapa menjaga (perintah dan la­rangan) Allah, maka Allah akan menjaganya dan ia akan mendapati Allah dihadapannya ke mana saja ia menghadap. Jika Allah telah men­jadi pelindung dan penjaganya maka siapa lagi yang ia takuti dan ia cemaskan?

3. BERSABAR ATAS MUSUHNYA

Iaitu dengan berusaha untuk tidak mela­wan atau mengeluhkannya, bahkan tidak terde­tik sedikitpun di hatinya untuk berusaha mengu­sik musuhnya ini. Karena ia tak akan dapat me­ngalahkan musuh dan orang yang hasad ke­padanya dengan senjata yang lebih ampuh selain daripada kesabaran dan tawakkal kepada Allah.

Janganlah ia menganggap lama dan besar akan kezaliman musuhnya, kerana setiap kali si mu­suh menzaliminya, kezaliman tersebut akan menjadi pasukan dan kekuatan bagi orang yang dizalimi, yang dengannya orang yang zalim ter­sebut memerangi dirinya sendiri tanpa ia sada­ri.

Kezalimannya ibarat anak panah yang ia lemparkan menuju dirinya sendiri. Seandainya hal ini dapat dilihat oleh orang yang dizalimi itu niscaya ia akan senang dengan kezaliman ter­sebut. Akan tetapi kerana lemahnya penglihatannya, ia tidak melihat kecuali kesan dari kezaliman tersebut, tanpa mampu melihat akibat dan hasil akhirnya.

Padahal Allah berfirman:

“Dan barangsiapa membalas dengan setimpal penganiayaan yang pernah ia terima kemudian ia dianiaya (lagi), pasti Allah akan menolongnya” (QS. Al Hajj: 60)

Bila Allah telah menjamin pertolongan atas­nya padahal ia pernah membalas sebelumnya, maka bagaimana halnya dengan orang yang di­aniaya namun sabar dan tidak membalas sedikitpun? Padahal tidak ada dosa yang le­bih disegerakan balasannya dari pada dosa kezaliman dan memutuskan tali silaturahm.

Sudah menjadi sunnatullah (ketetapan Allah) bahwa jikalau ada sebuah gunung yang berla­ku zalim terhadap gunung yang lain maka Allah akan menjadikannya hancur berkeping-keping.

4 BERTAWAKAL KEPADA ALLAH

Barangsiapa bertawakkal kepada Allah nes­caya Allah akan mencukupkan keperluannya. Tawakkal merupakan cara paling ampuh bagi se­seorang untuk menolak apa-apa yang tak mam­pu ditolaknya, seperti penganiayaan, kezaliman dan permusuhan. Tawakkal merupakan cara terampuh untuk menghadapi segala bentuk kejahatan, kerana dengan sifat tawakal Allah akan mencu­kupkannya, dan barangsiapa yang Allah telah mencukupkan dan menjadi penjaganya maka tak ada lagi musuh yang mampu melakukan kezaliman kepadanya.

Orang tersebut tidak akan mendapat gang­guan sedikitpun dari musuhnya kecuali berupa gangguan yang tidak boleh tidak dia harus me­rasakannya, seperti kepanasan, kedinginan, ke­laparan dan dahaga. Adapun gangguan-gang­guan yang dapat menghantarkan orang tersebut kepada keadaan yang diinginkan musuhnya maka hal tersebut tak akan pernah terjadi.

Adalah berbeza antara gangguan yang se­cara zahir merupakan gangguan namun haki­katnya merupakan kebaikan atas orang yang diganggu dan penganiayaan atas diri sendiri, dengan gangguan yang betul-betul dapat mele­gakan hati si pengganggu tersebut.

Sebagian salaf mengatakan: “Allah telah menjadikan bagi setiap perbuatan, balasan yang setimpal dari jenisnya, dan Ia menjadikan ba­lasan untuk orang-orang yang bertawakkal berupa kecukupan dari-Nya atas orang yang bertawakkal tersebut.”

Allah berfirman:

“Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3)

Allah tidak mengatakan: “…nescaya Kami akan memberinya pahala ini dan itu,..” sebagai­mana yang Dia sebutkan untuk amal soleh lain­nya, namun Ia menjadikan diri-Nya sendiri yang akan mencukupkan hamba-Nya yang berta­wakkal tersebut. Allah sendiri yang akan menjaga dan melindunginya.

Seandainya seorang hamba bertawakkal ke­pada Allah dengan tawakkal yang sebenar-be­narnya lalu langit dan bumi beserta penghu­ninya bersatu untuk membuat makar atasnya niscaya Allah akan menjadikan jalan keluar baginya, mencukupi dan menolongnya.

5. MENGOSONGKAN HATI DENGAN TIDAK MEMIKIRKANNYA

Hendaknya seseorang berusaha melupakan­nya setiap kali fikiran tersebut muncul di be­naknya. Jangan sampai ia menakut dan men­cemaskannya, apalagi sampai menyibukkan ha­ti dengan memikirkan perkara tersebut, yakni kejahatan orang yang hasad, bahaya sihir dan sihir ‘ain (pandangan).

Ini merupakan ubat paling mujarab dan cara paling ampuh yang dapat menolong se­seorang untuk menolak bahaya-bahaya ter­sebut. Ibarat orang yang dikejar-kejar musuh untuk ditangkap dan disiksa, namun tiba-tiba musuh tersebut tidak jadi untuk mengapa-apakannya, keduanya pun tidak saling bersentuhan, bah­kan musuh itu pun menyingkir dan tak kuasa mengganggunya.

Namun jika keduanya bersentuhan diantara satu sama lain barulah bahaya tersebut terjadi.

Demikianlah, keadaan ruh (alam fikiran) pun juga seperti itu. Jikalau ruhnya masih terikat dengan fikiran-fikiran tersebut kemudian alam fikiran musuhnya pun bertautan dengan alam fikirannya baik ketika sadar maupun terlelap tanpa berpisah darinya, padahal inilah sesungguhnya yang dikehendaki oleh yang ha­sad tersebut, maka saat itulah hatinya menjadi gelisah dan merasakan bahawa bahaya tersebut se­lalu mengintainya hingga salah satu dari keduanya binasa.

Namun jika ia segera menarik ruh (alam fikirannya dari musuhnya kemudian menjaga­nya dengan tidak memikirkan atau mengingat­nya, bahkan tatkala fikiran tersebut terlintas di benaknya segera ia lupakan lalu ia menyibuk­kan fikirannya dengan hal-hal yang lebih pen­ting dan bermanfaat, niscaya musuh itupun akan tinggal sendirian tanpa lawan sehingga lambat laun ia ‘menerkam’ dirinya sendiri. Kerana ke­dengkian (hasad) itu ibarat api, tatkala api ter­sebut tidak lagi mendapati apa yang bisa diba­karnya maka ia akan membakar dirinya sendiri.

Ini merupakan pintu keluar besar yang ti­dak diberikan kecuali kepada jiwa-jiwa yang mulia dan tinggi. Adapun jiwa pendendam yang hanya ingin melampiaskan dendamnya dan merasa lega dari musuhnya, maka jiwa sema­cam ini jauh dari pintu tersebut.

Alangkah jauhnya perbezaan antara orang yang arif dan bijak dengan orang semacam ini. Seseorang tidak mungkin dapat mengetahui kemampuan dirinya sebelum merasai ‘manis’ dan ‘nikmat’nya ujian ini. Seakan ia melihat bahawa siksaan batin yang terbesar ialah dengan sibuk memikirkan musuhnya serta merasa terikat dengannya. Tak ada yang lebih menyiksa hatinya daripada itu.

Yang dapat membenarkan hal ini hanyalah jiwa-jiwa yang tenang dan lembut yang telah ridha Allah menjadi wakilnya, dan tahu bahwa pembelaan Allah atasnya adalah lebih baik dari pada pembelaan dirinya sendiri atau orang lain. Ia beriman kepada Allah dan merasa tenang berada bersama-Nya, ia yakin bahawa jaminan Allah itu haq dan janji-Nya adalah benar, tak ada yang lebih menepati janji dari Allah dan tak ada yang lebih benar perkataannya selain Dia.

Ia sedar bahawa pertolongan Allah atasnya le­bih kuat, mantap dan bermanfaat da­ripada pertolongannya sendiri atau orang lain.

6. BERTAQARRUB DAN MENGIKHLASKAN DIRI KEPADA ALLAH

Iaitu dengan menjadikan rasa mahabbatullah (cinta kepada Allah), berharap akan redha-Nya dan inabah (kembali kepada-Nya) sentiasa mengisi hatinya dan menjadi cita-cita yang ber­jalan bersama hatinya sedikit demi sedikit se­hingga dapat mengalahkan pengaruh buruk orang yang hasad kepadanya dan mengikisnya per­lahan-lahan hingga hilang sama sekali.

Dengan demikian yang tinggal di hatinya hanyalah cita-citanya mendapatkan kecintaan Allah, bertaqarrub kepada-Nya, mencari ridha-Nya, mendapat belas kasih-Nya dan selalu ingat ke­pada-Nya seperti seseorang yang selalu ingat akan kekasihnya yang sentiasa berbuat baik kepadanya. Hatinya dipenuhi kerinduan ke­padanya sehingga tak sekejap pun ia dapat me­lupakannya dan tak akan kosong hatinya dari kecintaannya tersebut

Jikalau hati telah seperti itu keadaannya, maka bagaimana mungkin ia akan rela mengisi kembali hati dan alam fikirannya dengan me­mikirkan kejahatan orang yang hasad kepada­nya? Hal itu tak akan pernah terfikirkan ke­cuali oleh hati yang rosak yang tak pernah me­nerima sentuhan mahabbatullah dan Kemuliaan-Nya serta mengharapkan keridhaannya!

Bahkan ketika sedikit dari fikiran  ter­sebut melewati ‘gerbang’ hatinya, seketika itu pula para ‘penjaga gerbang’ tersebut meneriaki­nya: “Hati-hati kamu, jangan coba-coba men­dekati wilayah kekuasaan ‘raja’ kami! Enyahlah kamu ke ‘tempat-tempat penginapan’ yang mau menerima siapa saja yang singgah kepada­nya… kamu tidak ada urusan dengan ‘benteng kerajaan’ yang telah terjaga ketat ini…!”

Allah berfirman ketika mengisahkan tentang Iblis musuh-Nya yang berkata:

“Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis diantara mereka” (QS. Shaad: 82 – 83)

Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekua­saan bagimu terhadap mereka, (QS. Hijr: 42)

Dia pun menjawab:

“Sesungguhnya syaithan itu tidak ada kekuasaan baginya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekua­saan syaitan itu hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah” (QS. An Nahl: 99-100).

Allah menceritakan di dalam al-Quran tentang Nabi Yusuf a.s:

“Demikianlah agar Kami memalingkan daripa­danya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba Kami yang terpilih.” (QS. Yusuf: 24).

Alangkah bahagianya orang yang masuk ke dalam golongan tersebut, ia telah bertahan da­lam benteng yang kukuh, siapa saja yang berta­han di dalamnya maka ia tidak akan takut dan terlantar, dan musuh pun tak berselera mende­katinya.

“Demikianlah kurnia Allah, diberikannya kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mem­punyai kurnia yang besar” (QS. AlJumu’ah : 4). “

7. MEMURNIKAN TAUBAT UNTUK ALLAH

Iaitu dengan mengkhususkan taubat kepa­da Allah atas dosa-dosa yang menyebabkan mu­suh mampu menguasainya. Sebagaimana fir­man Allah:

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri” (QS. Asy Syura:30).

Allah berfirman kepada generasi terbaik, iaitu para sahabat Rasulullah bukan yang lainnya:

“Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menim­pakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-mu­suhmu (pada peperangan Badar) kamu mengatakan: “Dari manakah datangnya (kekalahan) ini?” Ka­takanlah: “Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri” (QS. Ali Imran:165).

Tidaklah seorang hamba dapat dikuasai oleh musuhnya kecuali karena dosa yang di­perbuatnya, baik yang dia ketahui maupun yang tidak diketahuinya. Sedangkan dosa-dosa yang tak diketahuinya jauh lebih banyak-dari pada yang ia ketahui. Dosa-dosa yang telah dilupa­kannya pun jauh lebih banyak dari pada dosa-dosa yang masih dia ingat.

Dalam sebuah doa yang masyhur dise­butkan:

“Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari berbuat syirik kepada-Mu sedangkan aku mengetahuinya, dan aku minta ampun kepada-Mu atas apa-apa yang tidak aku ketahui.”(HR. Ahmad dan Lainnya, lihat Shahihul Jami’ 3/233, dan Shahihut Targhrib wat Tarhib oleh Al-Albani 1/19)

Jadi seorang hamba harus lebih banyak beristighfar atas dosa-dosa yang tidak diketahuinya, dibandingkan dosa-dosa yang dia ketahui.

Salah seorang salaf suatu ketika bertemu de­ngan seorang lelaki kemudian tiba-tiba lelaki itu berkata kasar dan mencaci-makinya. Maka dia pun berkata kepada lelaki tersebut: “Tunggulah sebentar hingga aku masuk ke rumah kemudi­an keluar lagi untuk menemuimu”, maka ia pun masuk ke rumahnya lalu sujud bersimpuh kepada Allah bertaubat dan kembali kepada-Nya. Kemudian ia keluar menemui lelaki tersebut, lelaki itu bertanya: “Apa yang kamu la­kukan?”, maka jawabnya: “Aku bertaubat ke­pada Allah dari dosa yang menjadikanmu da­pat merendahkanku.”

Insya Allah akan kami jelaskan bahawa di dunia ini sebenarnya tidak ada kejahatan me­lainkan dosa-dosa yang kita perbuat dan se­bagai akibatnya. Maka jika seorang hamba telah selamat dari dosa-dosa ia pun akan selamat da­ri akibat-akibatnya. Oleh karena itu tak ada yang lebih bermanfaat bagi seorang hamba tatkala ia di­aniaya dan dikuasai musuhnya kecuali taubat nasuha.

Tanda orang yang bahagia ialah ketika ia mulai melihat dirinya sendiri dan memuhasabah semua dosa dan kekurangannya lalu ia sibuk dengannya memperbaiki kekurangan tersebut dan memperbanyak taubat, sehingga tak ada lagi peluang baginya untuk memikirkan hal lain. Hatinya tergerak dengan sendirinya untuk bertaubat dan memerhatikan kesalahannya, kemu­dian Allah lah yang kelak akan menolong dan menjaganya serta menolak darinya dan ini ada­lah suatu keharusan.

Alangkah bahagianya hamba semacam ini, alangkah besar keberkahan yang diterimanya dan alangkah baik pengaruh keberkahan itu pa­da dirinya. Akan tetapi hidayah dan taufik itu hanyalah di tangan Allah, tak ada seorang pun yang dapat menolak pemberian-Nya dan tidak ada yang dapat memberi sesuatu yang ditolak-Nya.

Tidak setiap orang beruntung mendapatkan taufik untuk bertaubat, dan tidak setiap orang mengenal taubat itu kemudian tergerak hatinya untuk melaksanakannya. Tidak ada pengeta­huan, kehendak dan kemampuan hamba dan tiadalah daya dan upaya melainkan dari Allah.

8. BERSEDEKAH DAN BERBUAT KEBAJIKAN SEMAMPUNYA

Sedekah dan kebajikan memiliki kemam­puan yang luar biasa untuk menolak bala, men­cegah sihir ‘ain dan melenyapkan sifat hasad. Cukuplah apa yang dialami oleh umat-umat baik yang terdahulu maupun sekarang menjadi bukti akan hal ini.

Hampir tidak pernah kita dapati ada orang baik dan dermawan yang dimusuhi, sihir ‘ain, atau didengki orang. Seandainya pun ia menga­laminya maka ia akan hadapi orang tersebut dengan lemah lembut dan huluran tangan se­hingga kebaikan itu pun kembali kepadanya. Orang yang baik dan gemar bersedekah akan berada dalam penjagaan kebaikan dan sede­kahnya, ia akan mendapat ‘perisai’ dari Allah yang akan melindunginya.

Secara umum, mensyukuri nikmat Allah me­rupakan cara terbaik untuk menjaganya dari se­bab-sebab yang dapat menghilangkannya.

Di antara sebab yang paling utama dalam hal ini ialah hasad dan sihir ‘ain. Hal itu dise­babkan  orang yang hasad hatinya tidak akan puas dan lega hingga ia melihat kenik­matan itu lenyap dari orang yang didengkinya. Ketika itulah ‘rintihan’nya terhenti dan api kedengkiannya padam, semoga Allah tidak memadamkannya! .

Jadi seorang hamba tidak bisa menjaga nik­mat Allah dengan cara yang lebih baik daripa­da mensyukurinya. Dan tak ada cara yang lebih cepat untuk melenyapkan kenikmatan tersebut selain dengan mempergunakannya untuk ber­maksiat kepada Allah. Itulah kufur nikmat yang dapat menghantarkan pelakunya kepada ke­kafiran.

Orang yang baik dan dermawan ibarat sese­orang yang memiliki tentara dan pasukan yang siap berperang membelanya sedangkan ia tidur nyenyak di atas katil. Siapa yang memiliki musuh namun tidak punya pasukan maka ia se­perti orang yang hampir saja dikalahkan mu­suhnya, meski kekalahan tersebut terjadi be­lakangan, Wallahul musta’aan.

9. MEMADAMKAN KEDENGKIAN PERMUSUHAN & GANGGUAN ORANG DENGAN BERBUAT BAIK KEPADANYA

Ini merupakan cara yang paling berat bagi hawa nafsu, tak ada yang sanggup melaksana­kannya kecuali orang yang mendapat keberun­tungan yang besar dari Allah; yaitu memadam­kan kedengkian permusuhan dan gangguan orang lain dengan berbuat baik kepadanya. Setiap kali gangguan keburukan permusuhan dan kedengkian itu bertambah, bertambah pula kebaikannya kepada musuhnya. Ia justru semakin hiba dan kasihan kepada musuhnya, hatinya pun tergerak untuk menasihatinya.

Saya rasa Anda sulit mempercayainya apa­lagi mencobanya, maka renungkanlah firman Allah berikut:

“Dan tidaklah, sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah ia menjadi teman yang se­tia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan me­lainkan kepada orang-orang yang sabar, dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar. Dan jika syaithan mengganggumu dengan suatu gangguan maka mohonlah perlindungan kepada Allah, se­sungguhnya Ia Maha Mendengar lagi Maha Me­ngetahui.” (QS. Fushshilat: 34-36).

“Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kabaikan, dan sebagian dari apa yang kami rezkikan kepada mereka, mereka nafkahkan.” (QS. Al-Qashash: 54)

Perhatikanlah, bagaimana Nabi bercerita tentang dirinya tatkala ia dianiaya kaumnya hing­ga berdarah, lalu sembari beliau mengusap da­rah dari tubuhnya beliau berdoa:

“Ya Allah ampunilah kaumku karena sesungguhnya mereka tidak mengetahui!”

Lihatlah bagaimana beliau mengumpulkan dalam dua kalimat ini empat kebaikan yang de­ngannya beliau menghadapi kejahatan yang be­sar dari kaumnya;

Pertama: memaafkan mereka,

Kedua: memintakan ampunan untuk mere­ka,

Ketiga: memberikan udzur atas mereka bahwa mereka tidak mengetahui, dan

Keempat: simpati beliau kepada kaumnya dengan menisbatkan mereka kepada dirinya ketika mengatakan: “…ampunilah kaumku”. Seperti layaknya ketika seseorang hendak me­mintakan syafaat untuk orang lain maka ia akan mengatakan kepada orang yang dimintainya: “Ini puteraku atau anak buahku atau sahabat­ku, maka tolonglah dia demiku..”

Guna melunakkan dan melembutkan hati anda, perhatikanlah sekarang uraian berikut;

“Ketahuilah bahwa anda memiliki banyak dosa antara anda dengan Allah, anda takut akan siksa-Nya dan berharap akan ampunan maghfirah dan pemberian-Nya. Padahal Allah tidak akan sekedar mengampuni dan memaafkan sa­ja, Dia bahkan akan mencurahkan nikmat-Nya kepada anda, memuliakan anda, dan menda­tangkan kepada anda banyak manfaat dan ke­baikan di luar yang anda bayangkan.

Jika anda menghendaki cara yang demikian dari Allah ketika Ia ‘membalas’ dosa dan keje­lekan yang anda perbuat, maka alangkah afdhal-nya jika anda melakukan hal yang sama terha­dap hamba-Nya. Kejahatan mereka anda balas dengan kebaikan agar Allah membalas dosa anda dengan cara yang sama, karena sesungguhnya balasan itu sesuai dengan jenis perbuatan.

Sebagaimana anda membalas kejahatan orang lain kepada anda, seperti itulah Allah akan ‘membalas’ dosa-dosa anda sebagai balasan yang setimpal.

Jadi, anda boleh pilih; balas dendam atau maafkan… santuni atau biarkan! Karena barang siapa menyemai benih ia akan menuai hasil, dan sebagaimana anda memperlakukan hamba-hamba Allah demikian pulalah Allah akan memperlakukan anda.

Barangsiapa mampu menghayati makna di atas dan merenungkan dengan akal fikirannya, niscaya akan ringan baginya untuk berbuat baik terhadap orang yang jahat kepadanya. Apalagi jika di samping itu ia akan mendapatkan perto­longan Allah dan kebersamaan khusus dari-Nya (ma’iyyatullah), sebagaimana yang dikata­kan Nabi kepada orang yang mengeluhkan ten­tang kerabatnya yang senantiasa dia santuni namun mereka berlaku jahat kepadanya, kata beliau:

“Allah akan senantiasa menolong dan bersamamu selama kamu tetap seperti itu.”

Apalagi di samping itu ia juga akan men­dapat pujian manusia dan mereka akan bersatu memihaknya melawan musuhnya. Karena sia­pa saja yang mendengar tentang orang baik yang menyantuni orang yang jahat kepadanya pasti akan bersimpati kepadanya, membelanya dan mendoakannya… dan ini merupakan fitrah manusia yang diberikan Allah kepada para hamba-Nya.

Dengan kebaikannya ia seakan-akan memiliki bala tentara yang dia tidak mengenal mere­ka, dan mereka pun tak mengenalnya. Mereka siap membelanya tanpa imbalan sedikitpun darinya. Apalagi jika ia tahu bahwa keadaan­nya dengan orang yang hasad dan memusu­hinya tak lepas dari satu diantara dua hal;

Pertama: Ia dapat menguasai, ‘memperbudak’ dan menaklukkan musuhnya dengan ke­baikan. Bahkan musuh itu akan luluh di hada­pannya dan menjadi teman setianya, atau

Kedua: Ia dapat menjatuhkan mental mu­suhnya bahkan membinasakannya, jika si mu­suh terus-menerus dalam permusuhannya. Ka­rena dengan kebaikan tersebut pada hakikatnya ia telah menimpakan kekalahan yang berlipat ganda kepada musuhnya daripada kalau ia membalas dendam.

Siapa yang berani mencuba nescaya akan benar-benar merasakannya…

Allahlah yang memberi taufik dan perto­longan di tangan-Nya lah segala kebaikan. Tiada Tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya lah kita berharap agar Dia menggerakkan hati kita dan seluruh kaum muslimin untuk mewujudkan­nya dengan karunia dan kemuliaannya.

Singkatnya, amalan ini memiliki lebih dari seratus manfaat baik duniawi maupun ukhra­wi, insya Allah kami akan menjelaskannya di lain kesempatan.

10. MEMURNIKAN TAUHID UNTUK ALLAH

Ini merupakan penghulu dari apa-apa yang kita bahas sebelumnya dan padanya terletak keberhasilan setiap cara, iaitu memurnikan tauhid untuk Allah.

Kita akan beralih dari berfikir tentang sebab kepada Yang Menyebabkan, yaitu Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Perlu diketahui bahwa sebab-sebab tadi ibarat hembusan angin yang bergantung kepada Dzat yang menghembuskannya, Dialah pencipta angin tersebut. Angin tersebut tak akan ber­manfaat atau mencelakakan kecuali atas seizin-Nya.

Dialah satu-satunya yang menghembuskan angin tersebut kepada siapa saja yang Ia ke­hendaki dari hamba-Nya, dan memalingkannya dari siapa saja yang Ia kehendaki dari mereka. Tiada dzat lain selain-Nya.

Allah berfirman:

“Jika Allah menimpakan suatu kemudharatan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkan­nya kecuali Dia, dan jika Allah menghendaki ke­baikan bagi kamu maka tiada yang dapat menolak karunia-Nya” (QS. Yunus : 107).

Nabi berkata kepada Abdullah bin Abbas:

“Ketahuilah, seandainya seluruh umat ini bersatu padu untuk memberikan suatu manfaat kepadamu niscaya mereka tak akan mampu memberimu man­faat sedikit pun kecuali berupa apa yang telah Allah tentukan bagimu. Dan seandainya mereka bersatu padu untuk mencelakaimu niscaya mereka tak akan mampu mencelakaimu sedikit pun kecuali berupa apa yang telah Allah tentukan atasmu” (H.R. Tirmidzi).

Tatkala seorang hamba berhasil memurni­kan tauhid untuk Allah maka hatinya akan terbebas dari rasa takut kepada selain-Nya. Mu­suhnya pun menjadi tak seberapa menakutkan baginya dibanding rasa takutnya kepada Allah, bahkan hanya Allah lah yang ditakutinya. Maka Allah pun mengamankannya dari musuhnya hingga lenyaplah segala fikiran yang menghantuinya.

Rasa takutnya, cintanya, tawakkalnya, inabah-nya dan perbuatannya hanya ia peruntukkan bagi Allah saja.

Ia sedar bahawa sibuk memikirkan keadaan musuh dan takut kepadanya merupakan sesua­tu yang dapat menodai kemurnian tauhidnya, karena seandainya ia benar-benar memurnikan tauhidnya maka cukuplah hal itu menyibukkan dirinya dari hal lain. Kelak Allahlah yang akan bertugas menjaga dan membelanya karena Allah akan senantiasa menjadi pembela orang-orang yang beriman.

Jika ia termasuk orang yang beriman maka Allah pasti akan membelanya, dan pembelaan tersebut sesuai dengan kadar keimanannya. Jika imannya sempurna maka ia akan mendapat pem­belaan maksima dari Allah, dan jika imannya berkurangan maka pembelaan Allah pun akan mengendur. Begitu pula jika imannya mengala­mi ‘pasang-surut’ maka pembelaan Allah pun akan seperti itu.

Sebagaimana yang dikatakan oleh sebagian salaf: “Barangsiapa menghadap Allah sepenuh­nya maka Allah pun akan menyambut sepe­nuhnya, dan barangsiapa berpaling dari Allah sepenuhnya maka Allah pun akan berpaling se­penuhnya darinya. Dan barangsiapa sesekali menghadap dan sesekali berpaling maka Allah pun akan seperti itu terhadapnya.”

Singkatnya, tauhid merupakan benteng Allah yang paling kukuh, siapa saja yang memasuki­nya akan merasa aman.

Sebagian salaf mengatakan: “Barangsiapa takut kepada Allah maka segala sesuatu akan takut kepadanya, dan barangsiapa tidak takut kepada Allah maka segala sesuatu akan mena­kutkan baginya.”

Inilah sepuluh cara untuk menolak kejahat­an orang yang hasad, bahaya sihir dan sihir ‘ain. Tak ada cara yang lebih bermanfaat untuk ini melainkan dengan menghadap kepada Allah, tawakkal dan yakin kepada-Nya, serta tidak menyekutukan-Nya dalam rasa takut dengan se­lain-Nya, akan tetapi rasa takutnya hanya ke­pada Allah semata. Demikian juga dengan ti­dak berharap kepada selain Allah namun hanya berharap kepada-Nya.

Hendaknya ia tidak menggantungkan hati­nya kepada selain-Nya, tidak meminta kepada selain-Nya dan tidak berharap kecuali hanya kepada-Nya.

Ketika hati seseorang mulai bergantung ke­pada selain Allah, berharap dan takut kepada selain-Nya, seketika itulah ia akan dikuasakan’ kepada yang ditakutinya dan menjadi hina di hadapannya. Kerana barangsiapa takut kepada selain Allah maka ia akan dikuasakan kepada­nya dan barangsiapa yang berharap sesuatu ke­pada selain Allah ia akan hina dihadapannya dan terhalang dari kurnia Allah.

“Demikianlah sunnatullah (ketetapan) Allah atas hamba-Nya dan kamu tidak akan menda­pati perubahan dalam sunnatullah itu.”

Nota: Artikel ini telah diedit dari artikel asal. Untuk melihat rujukan asal, sila klik di sini.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1) 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

Bahaya Ain (Sihir Mata) Dan Cara Mencegahnya

$
0
0

Create your own banner at mybannermaker.com!

Ibnu Qoyyim rohimahullah dalam kitab Tafsir Surat Muawwadzatain berkata:

“Bahaya dari pandangan mata dapat terjadi ketika seseorang yang berhadapan langsung dengan sasarannya. Sasaran tukang pandang kadang-kala boleh mengenai sesuatu yang tidak patut didengki, seperti benda, haiwan, tanaman, dan harta. Dan kadang-kala pandangan matanya dapat mengenai sasaran hanya dengan pandangan yang tajam dan pandangan kekaguman.”

Pengaruh daripada bahaya pandangan mata pun hampir mengenai Rasulullah s.a.w. sebagaimana firman-Nya:,

“Sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar al Qur’an dan mereka mengatakan “Sesungguhnya dia (Muhammad) benar-benar gila.” (Al Qalam (68): 51)

Terdapat pula hadis dari Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Pengaruh ‘ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, ‘ainlah yang dapat melakukannya.” (HR. Muslim)

Subhanallah, lihatlah bagaimana bahaya ‘ain telah dijelaskan dalam Al-Qur’an dan As Sunnah. Dan terdapat pula contoh-contoh pengaruh buruk ‘ain yang terjadi pada masa sahabat. Salah satunya adalah yang terjadi pada Sahl bin Hunaif yang terkena ‘ain bukan kerana rasa dengki namun kerana rasa takjub.

Sebagaimana dalam hadis: Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif menyebutkan bahawa Amir bin Rabi’ah pernah melihat Sahl bin Hunaif mandi lalu berkatalah Amir, “Demi Allah, Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini.” Berkata Abu Umamamh, “Maka terpelantinglah Sahl.”

Kemudian Rasulullah s.a.w mendatangi Amir. Dengan marah beliau berkata, “Atas dasar apa kamu mahu membunuh saudaranya? Mengapa engkau tidak memohonkan keberkahan (kepada yang kau lihat)? Mandilah untuknya!” Maksudnya Nabi menyuruh Amir berwudhu kemudian diambil bekas air wudhunya untuk disiramkan kepada Sahl dan ini adalah salah satu cara pengubatan orang yang tertimpa ‘ain jika diketahui pelaku ‘ain tersebut (*).

Maka Amir mandi dengan menggunakan satu bekas air. Dia mencuci wajah, kedua tangan, kedua siku, kedua lutut, hujung-hujung kakinya dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia sedar dan berlalulah bersama manusia.” -(HR. Malik dalam al Muwaththa 2/938, Ibnu Majah 3509, dishahihkan oleh Ibnu Hibban 1424. sanadnya shahih, para perawinya terpercaya, lihat Zaadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al Arnauth dan Abdul Qadir al Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H. Lihat majalah Al Furqon).

(*) Kata mandi yang ada di sini maksudnya adalah berwudhu sebagaimana disebutkan Imam Malik dalam kitab Al Muwattho. Wallahu a’lam.

TANDA-TANDA TERKENA ‘AIN

Tanda-tanda anak yang terkena ‘ain di antaranya adalah menangis secara tidak wajar (bukan kerana lapar, sakit ), kejang-kejang tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu pada ibunya tanpa sebab, atau keadaan tubuh si anak kurus kering dan tanda-tanda yang tidak wajar lainnya.

Sebagaimana dalam hadis dari Amrah dari ‘Aisyah r.a., ia berkata, “Pada suatu ketika Nabi s.a.w. masuk rumah. Tiba-tiba beliau mendengar anak kecil menangis, lalu beliau berkata, “Kenapa anak kecilmu ini menangis? Tidakkah kamu mencari orang yang boleh mengubati dia daripada penyakit ‘ain?” -(HR. Ahmad, Baqi Musnadil Anshar. 33304).

Begitu pula hadis Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Asma’ binti Umais, “Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma menjawab, “Tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘ain”. Beliau berkata, “Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka!” -(HR. Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

BERLINDUNG DARI BAHAYA ‘AIN

Sesungguhnya syari’at Islam adalah sempurna. Setiap hal yang mendatangkan bahaya bagi umatnya, maka Rasulullah s.a.w. tentu telah menjelaskan tentang perkara tersebut dan cara-cara mengatasinya. Begitu pula dengan bahaya ‘ain ini.

1. BAGI SESEORANG YANG MEMUNGKINKAN MEMBERI PENGARUH ‘AIN

Berdasarkan hadis Abu Umamah di atas, maka hendaklah seseorang yang mengagumi sesuatu dari saudaranya, maka yang baik adalah mendoakan keberkahan baginya. Dan berdasarkan surat Al Kahfi ayat 39, maka ketika takjub akan sesuatu kita juga dapat mengucapkan doa:

Ertinya:
“Sungguh atas kehendak Allah-lah semua ini terwujud.”

2. BAGI YANG MEMUNGKINKAN TERKENA ‘AIN

Sesungguhnya ‘ain terjadi kerana ada pandangan. Maka hendaknya orang tua tidak berlebihan dalam membanggakan anaknya kerana dapat menimbulkan dengki ataupun kekaguman pada yang mendengar dan kemudian memandang si anak.

Adapun jika memang kenikmatan itu adalah sesuatu yang memang telah nampak samada dari segi kepintaran anak, fiziknya yang “masyaAllah”, maka hendaknya orang tua mendoakan dengan doa-doa, dzikir dan ta’awudz yang telah diajarkan Nabi s.a.w., diantaranya adalah surah Muawadzatain (surah An-Nas dan Al-Falaq). Ada pula do’a yang biasa diucapkan Nabi s.a.w. untuk meminta perlindungan untuk Hasan dan Husain, iaitu:

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari godaan syaitan, binatang beracun dan dari pengaruh ‘ain yang buruk.” (HR. al-Bukhari dalam kitab Ahaditsul Anbiya’: 3120)

Atau dengan doa,

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari kejahatan makhluk-Nya.” (HR. Muslim 6818).

Kemudian, terdapat pula do’a yang dibacakan oleh malaikat Jibril alaihissalam ketika Nabi s.a.w. mendapat gangguan syaitan, yaitu:

“Dengan menyebut nama Allah, aku membacakan ruqyah untukmu dari segala sesuatu yang menganggumu dari kejahatan setiap jiwa dan pengaruh ‘ain. Semoga Allah menyembuhkanmu.”

Artikel Berkaitan: 7 Doa Perlindungan Yang Mesti Anda Amalkan

Dan terdapat do’a-do’a lain yang dapat dibacakan kepada si anak untuk menjaganya dari bahaya ‘ain ataupun menyembuhkannya ketika telah terkena ‘ain. (lihat Hisnul Muslim oleh DR. Sa’id bin Ali bin Wahf Al Qahthani atau Ad Du’a min Al Kitab wa As Sunnah yang telah diterjemahkan dengan judul Doa-doa Dan Ruqyah dari Al-Qur’an dan Sunnah oleh DR. Sa’id bin Ali bin Wahf Al Qahthani)

KESALAHAN-KESALAHAN DALAM PENJAGAAN DARI BAHAYA ‘AIN ATAU SEJENISNYA

Memang bayi selalu terdedah kepada bahaya ‘ain ataupun gangguan syaitan lainnya.

Terdapat beberapa kesalahan yang biasa terjadi dalam menjaga anak dari gangguan tersebut kerana tidak berdasarkan pada nash syari’at. Diantara kesalahan-kesalahan tersebut adalah:

1) Meletakkan gunting di bawah bantal si bayi dengan keyakinan itu akan menjaganya. Sungguh ini termasuk kesyirikan kerana menggantungkan sesuatu pada yang tidak dapat memberi manfaat atau menolak bahaya.

2) Mengalungkan anak dengan azimat, tangkal dan sebagainya. Ini juga termasuk perbuatan syirik dan hanya akan melemahkan si anak dan orang tua kerana berlindung pada sesuatu selain Allah SWT.

Perlulah kita selalu mengingat, bahawa sekalipun kita mengetahui bahaya ‘ain memiliki pengaruh besar dan berbahaya, namun tidaklah semua dapat terjadi kecuali dengan izin Allah SWT. Dan kita sebagai orang Islam tidaklah berlebihan dalam segala sesuatu.

Termasuk dalam masalah ‘ain ini, maka seseorang tidak boleh berlebihan dengan menganggap semua kejadian buruk berasal dari ‘ain, dan juga tidak boleh seseorang menganggap remeh dengan tidak mempercayai adanya pengaruh ‘ain sama sekali dengan menganggapnya tidak masuk akal. Ini termasuk pengingkaran terhadap hadis-hadis shahih Nabi s.a.w.

Sikap yang terbaik bagi seorang muslim adalah berada di pertengahan, Iaitu mempercayai pengaruh buruk ‘ain dengan tidak berlebihan sesuai dengan apa yang dikhabarkan Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu a’lam.

Nota: Artikel ini telah diambil dari artikel asal. Sumber artikel asal boleh dibaca di sini.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1) 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

Bagaimana Mengembalikan Sihir?

$
0
0

Ramai yang bertanyakan pada saya bagaimana caranya kita nak kembalikan sihir kepada tukang sihir. Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda caranya.

Cara ini bagus digunakan oleh mereka yang selalu berulang kali disihir.

Sediakan air, paling sedikit satu cebok yang mana ianya sudah dicampur dengan satu genggam garam. Kemudian lakukan solat hajat dua rakaat, dan berdoa pada Allah dengan doa di bawah ini:

“Ya Allah, kami memohon kepada-Mu dengan wasilah air ini. Jika ada sihir yang hendak mengganggu kami, baik dari golongan jin atau racun sihir, kembalikanlah semuanya kepada sipenyihir dengan kekuatan berlipat kali ganda yang seketika diterima oleh mereka sehinggalah mereka mendapatkan azab Dari-Mu ya Allah”

Kemudian masukkan tangan kanan anda ke dalam air yang sudah dicampur dengan garam tadi. Sebelum memasukkan ke air, hendaklah diawali dengan membaca selawat dan Surah an-Nahl ayat 126 sebanyak mungkin sampai hati merasa cukup.

Setiap beberapa kali ulangan bacaan, tiupkan ke air tersebut lalu diselang-seli dengan doa di bawah ini:

“Dengan izin-Mu ya Allah, semua bentuk sihir yang hendak menyerang kami, baik dari bangsa jin atau racun sihir, semuanya berbalik kembali pada penyihirnya dengan kekuatan berlipat kali ganda yang seketika diterima mereka sampai hancur lebur”

Setelah itu, bacalah surah dan ayat di bawah ini:

  1. Surah al-Fatihah.
  2. Surah al-Mukminun ayat 115.
  3. Surah asy-Syuara ayat 130.
  4. Surah al-Anfaal ayat 17.
  5. Surah al-Hasyr ayat 21.
  6. Surah al-Ankabut ayat 57.
  7. Surah al-Ikhlas.
  8. Surah al-Falaq.
  9. Surah an-Nas.

Baca ayat-ayat di atas dengan khusyuk sambil beberapa ayat dihembuskan ke dalam air yang sudah dicampur garam tadi.

Setelah itu, kelilingi halaman rumah sambil membawa air tersebut dan dipercikkan secukupnya. Begitu juga bahagian di dalam rumah terutama di bahagian pintu dan tingkap.

Lakukan amalan ini setiap menjelang subuh dan selepas maghrib, paling kurang amalkan selama dua minggu. InshaaAllah sekiranya ada sesiapa yang menghantar sihir kepada anda, sihir tersebut akan dikembalikan kepada tukang sihir dengan izin Allah.

Selain itu, mereka yang menderita akibat sihir juga harus mandi dengan menggunakan air bercampur garam tadi yang sudah dibacakan ayat-ayat di atas. Mandinya adalah lebih utama dilakukan di luar bilik mandi.

Paling kurang mandi sehari sekali dengan air tersebut. Jadi, sebelum membacakan untuk penjagaan rumah, lebih baik siapkan air dan garam secukupnya untuk dipakai mandi oleh orang yang sedang menderita sihir tersebut.

Kredit artikel: kabarmakkah.com

Adakah Anda Sudah Lama Menderita Akibat Sihir?

Inginkah anda tahu rahsia bagaimana anda boleh merawat sihir dengan mudah, praktikal dan paling penting berkesan hanya dengan menggunakan wangian kasturi? Klik di sini untuk ketahui rahsianya!

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

30 Ciri-Ciri Anda Terkena Penyakit Ain

$
0
0

Bagaimanakah cara nak mengenalpasti seseorang yang terkena penyakit ain? Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda ciri-ciri orang yang terkena penyakit ain.

PADA ORANG DEWASA YANG SIHAT JASMANI

  1. Mengantuk dan selalu rasa nak tidur sahaja.
  2. Selalu rasa nak menggeliat, seperti orang yang bangun tidur. Walaupun orang tersebut bukannya baru bangun dari tidur.
  3. Rasa lemah dan berat di seluruh tubuh badan, ataupun disalah satu bahagian dari kedua betis.
  4. Banyak dan kerap berpeluh, terutamanya di bahagian kening dan punggung.
  5. Perut selalu rasa memulas yang berlarutan dan berlakunya cirit-birit tanpa sebab perubatan.
  6. Orang yang dipandang sering merasa mual dan akan muntah tanpa sebab.
  7. Banyak mengeluarkan air liur dan berkumpul di mulut.
  8. Kerap sendawa.
  9. Orang yang dipandang selalu akan berasa nak menangis tanpa sebab.
  10. Rasa dingin di bahagian hujung tubuh, terutamanya di bahagian tangan dan kaki.
  11. Rasa berdenyut-denyut di bahagian hujung tubuh tanpa sebab.
  12. Rasa gatal di seluruh tubuh atau sebahagian sahaja tanpa sebab perubatan.
  13. Denyutan jantung menjadi tidak teratur dan kadang-kadang berdegup dengan sangat kuat.
  14. Rasa panas di badan, seperti demam, dan kadang-kadang rasa panas tersebut hanya berlaku pada bahagian hujung tubuh sahaja.
  15. Mata berkelip dengan laju, sehingga tidak dapat tidur dalam jangka masa yang lama.
  16. Terasa seperti banyak mata yang sedang memerhatikannya, samada di dalam mimpi ataupun dalam keadaan sedar.
  17. Apabila mendengar ayat-ayat al-Quran, terutamanya ayat ruqyah, orang itu akan menguap dengan mengeluarkan air mata.
  18. Rasa sakit di bahagian bawah punggung dan rasa berat dikedua-dua bahu.
  19. Mudah rasa nak marah dan stress tanpa sebab.
  20. Sukar untuk memberikan tumpuan apabila melakukan sesuatu pekerjaan atau dalam pembelajaran.
  21. Hilang selera makan.
  22. Selalu rasa sakit kepala.
  23. Insomnia, atau mengalami masalah susah atau tidak dapat tidur malam.
  24. Kerap berpeluh walaupun ketika tidak melakukan sebarang aktiviti.
  25. Tidak dapat mendiamkan diri, dan kadang-kala kaki rasa seperti bergerak sendiri.
  26. Mempunyai perasaan takut yang berlebihan, rasa sempit dan sedih di bahagian dada.

Artikel Berkaitan: Bahaya Ain (Sihir Mata) Dan Cara Mencegahnya

PADA BAYI DAN KANAK-KANAK

  1. Kerap menangis dan sukar untuk berhenti menangis.Sayyidah Aishah r.aha berkata: “Suatu ketika Nabi masuk rumahnya kemudian mendengar seorang bayi sedang menangis. Baginda berkata: “Mengapa bayi anda menangis?”Mengapa kamu tidak bacakan ayat-ayat ruqyah supaya sembuh dari penyakit ain?” (Sahihul Jami’ 988 no 5662)
  2. Kejang-kejang tanpa sebab yang jelas.
  3. Tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.
  4. Keadaan tubuh yang kurus kering.

Dari Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Jaafar memakai bacaan ruqyah dari sengatan ular. Beliau berkata kepada Asma’ binti Umais, “Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma menjawab: “Tidak, akan tetapi mereka tertimpa penyakit ain.” Kata beliau: “Kalau begitu bacakan ruqyah kepada mereka” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

Adakah Anda Terkena Penyakit Ain?

Ketahui RAHSIA bagaimana atasi sihir dengan mudah, berkesan dan praktikal dalam masa 7 hari. Klik di sini untuk ketahui rahsianya.

Kredit: http://www.kabarmakkah.com

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 


Santau Angin & Bagaimana Rawatannya?

$
0
0

Diantara banyak-banyak santau, santau yang agak bahaya ialah santau angin. InshaaAllah dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda tentang santau angin. Sebelum saya kongsikan dengan lebih mendalam tentang santau angin ini, apakata mari kita mengenali terlebih perkara-perkara umum tentang santau.

Apa Itu Santau?

Santau ialah rangkaian dari 3 gabungan, iaitu ramuan, sihir dan makhluk halus. Apa maksudnya? Maksudnya boleh dikatakan hampir kesemua santau mempunyai 3 elemen yang saya sebutkan tadi. Iaitu ramuan-ramuan untuk menghantar santau. Kemudian ianya dijampi dengan mentera-mentera tertentu yang biasanya mengandungi unsur-unsur pemujaan dan mensyirikkan Allah.

Perlunya jampi-jampi yang mengandungi unsur pemujaan dan mensyirikkan Allah kerana bahan-bahan santau tadi akan dihantar kepada mangsa untuk tujuan menyihir dan ianya dihantar dengan perantaraan makhluk halus iaitu jin.

Baca artikel ini juga: Kenali 5 Jenis Santau & Bagaimana Merawatnya?

Tujuan Santau Diamalkan

Sebenarnya banyak sebab santau ini diamalkan dikalangan masyarakat kita, khususnya masyarakat Melayu. Antara sebab-sebabnya ialah:

1) Amalan Diri

  • Pengamal santau biasanya hendak mengetahui sejauh mana kehebatan ilmu santau mereka dan santau dihantar secara rambang ditempat awam. Boleh dikatakan ianya sebagai latihan praktikal. Keadaan begini biasanya pengamal menggunakan santau angin.

2) Mempertahankan Diri

  • Di zaman dahulu, aktiviti santau ini diamalkan demi untuk membalas dendam. Sebagai contoh, kalau sesuatu negeri itu kalah kepada lawannya, maka digunakanlah santau ini untuk membalas dendam. Dalam zaman sekarang pula, individu menggunakan santau ini dengan sebab untuk menjaga kepentingan diri sendiri.

3) Membalas dendam

  • Selain untuk membalas dendam, pengamal santau melakukannya dengan tujuan untuk mendapatkan penghormatan, sekaligus menjadikan orang lain takut dan tunduk kepadanya.

Santau Angin

Baiklah, sekarang saya akan kongsikan dengan anda tentang santau angin. Santau angin ini termasuk dalam kategori santau yang lebih bersifat mistik. Kerana untuk memastikan ianya berhasil, perlulah disertai dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah mangsa.

Bahan yang dihembuskan seperti miang buluh atau serbuk kaca akan memasuki paru-paru mangsa dan mangsa akan mengalami pendarahan dalaman (dalam paru-paru).

Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.

Antara tanda-tanda awal jika seseorang itu terkena santau angin ini ialah:

  • mulut berbau busuk
  • kuku menjadi hitam
  • batuk berpanjangan

Bagaimana Kaedah Rawatannya

Seperti yang dikongsikan dari pengalaman Ustaz Mohd Suhaimi, iaitu pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, limau nipis ialah penawar yang mujarab bagi mematahkan tindakbalas santau angin yang dikenakan kepada seseorang.

Menurut beliau juga, selain digunakan untuk tujuan memulihkan pesakit santau, limau nipis juga boleh digunakan untuk mengesan samada seseorang itu sudah terkena racun atau tidak. Berdasarkan pengalaman saya selama enam tahun dalam bidang perubatan Islam juga, sememangnya penggunaan limau nipis dalam rawatan sangat membantu.

Ini kerana bukan setakat baunya sahaja sudah mampu menyakitkan jin, malah gas asid yang ada dalam setiap perahan limau tersebut, mampu memberikan kecederaan kepada mereka. Kaedah yang saya gunakan dalam merawat pesakit santau ialah:

  • pesakit akan diruqyah oleh saya terlebih dahulu. Pada tahap ini, jika benar ada racun santau angin yang menggunakan perantaraan jin, inshaaAllah pesakit akan muntah apabila dibacakan ayat-ayat ruqyah.
  • Setelah dirawat, pesakit akan melakukan mandi limau nipis selama 7 hari berturut-turut.
  • Masanya selepas asar, sebelum maghrib.
  • Air perahan limau perlulah digunakan pada bilasan terakhir. Pada ketika ini, kemungkinan pesakit akan merasa sakit dan bisa seluruh badan disebabkan racun santau yang ada di dalam badan.

Satu lagi kaedah rawatan yang boleh digunakan di dalam merawat pesakit santau angin ialah dengan menggunakan wangian kasturi. Ini kerana, naluri jin tidak sukakan wangian apatahlagi kasturi di mana Nabi mengatakan ianya adalah sebaik-baik wangian.

Sumber rujukan artikel:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Santau#cite_ref-1
http://puterinilamsari.blogspot.my/2011/03/santau-angin-rawatan-panduan.html
http://darussyifabbst.blogspot.my/2012/04/disediakan-oleh-shahila-tahir.html

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana Cara Elakkan Sihir Pemisah?

$
0
0

Sebelum saya menulis dengan lebih panjang tentang sihir dan tanda tanda sihir, paling penting di sini ialah saya perlu tanamkan di dalam pemikiran anda, tentang kebenaran wujudnya perbuatan sihir dan bahayanya.

Sebab dari pengalaman saya dalam bidang perubatan Islam, ada sesetengah orang yang masih belum betul-betul mempercayai akan kewujudan sihir itu. Tidak keterlaluan untuk saya nyatakan di dalam tulisan ini bahawa seseorang yang mengingkari benarnya sihir itu boleh terbatal imannya.

Mengapa?

Ini kerana, sihir adalah satu amalan yang telah dijelaskan dalam banyak ayat-ayat al-Quran. Jadi, jika ada orang yang mengingkari wujudnya sihir, samalah seperti dia mengingkari hukum di dalam al-Quran.

Perbandingannya samalah seperti orang-orang yang mendustai kedatangan hari kiamat, sedangkan hari kiamat juga sudah mempunyai dalil-dalil yang jelas. Di sini saya kongsikan dengan anda beberapa ayat yang berkaitan dengan amalan sihir ini.

1) Surah al-Baqarah ayat 102

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui”

2) Surah Yunus ayat 77

“(Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya”

3) Surah Yunus ayat 81-82

“Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (81) Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”

4) Surah Taha ayat 67-69

“Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. (67) Kami berfirman kepadanya: Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. (68) Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja dia berada”

Saya rasa tidak perlulah untuk saya letakkan lebih banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang sihir. Empat ayat di atas sudah memadai bagi mereka yang ingin mempercayainya.

Persoalan seterusnya, mengapa ada yang tidak mempercayai sihir?

Pada pandangan saya, antara faktor yang paling utama ialah kerana sihir ini adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar kita. Apatahlagi, kalau dilakukan pemeriksaan dengan menggunakan alat-alat canggih, masih tidak mampu mengesan sihir.

Ini kerana sihir tidak akan berlaku melainkan dengan menggunakan dan meminta pertolongan dari jin. Tetapi, saya jelaskan di sini, walaupun sihir tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar, tetapi kita masih dapat mengesan dengan jelas tanda tanda sihir yang ada pada diri mangsa sihir.

Dalam artikel saya kali ini, saya tidak bercadang untuk menulis tentang tanda tanda sihir ini. Ini kerana banyak tulisan-tulisan lepas yang saya kongsikan tentang tanda tanda sihir ini. Anda boleh klik tajuk-tajuk artikel di bawah:

Mengenalpasti bentuk-bentuk dan tanda sihir

Bagaimana mengenali tanda sihir masyrub?

Bagaimana mengenalpasti tanda sihir, kerasukan atau penyakit ain?

Dah baca artikel di atas?

Jadi, dalam artikel kali ini saya nak fokuskan penulisan saya tentang sihir pemisah. Ini kerana, dalam banyak-banyak kes yang saya handle, kebanyakannya adalah berkaitan dengan sihir pemisah.

Apakah sihir pemisah?

Secara ringkasnya sihir pemisah adalah sihir yang digunakan dengan niat jahat untuk meruntuhkan rumahtangga seseorang. Ia juga dikenali dengan nama sihir tafriq. Pada pandangan saya, sihir ini adalah sihir yang paling jahat sekali, kerana kesannya sangat besar.

Sebab itulah di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 102 (terjemahan ayatnya di atas), Allah secara khusus menyebut tentang sihir ini.

Di mana Bani Israel, telah mempelajari ilmu sihir yang mana dengan ilmu tersebut mereka telah melakukan kejahatan apabila menjadikan suami menceraikan isterinya tanpa sebab-sebab yang jelas.

Bagaimana cara mengelakkannya?

Jika anda baca artikel-artikel yang ditulis di dalam blog-blog atau laman web lain yang berkaitan dengan sihir, mereka akan menyarankan agar anda mengamalkan ayat-ayat dari al-Quran, ataupun doa-doa dari Nabi s.a.w.

Saya tidak mengatakan bahawa ianya salah. Memang saya juga menyarankan perkara tersebut. Cuma kali ini saya nak kongsikan dengan anda sesuatu yang berbeza sikit.

Tahukah anda, kadang-kadang sebab seseorang itu terkena sihir pemisah adalah berpunca dari dirinya sendiri. Apa yang dilakukan olehnya telah menimbulkan perasaan dengki dan iri hati seseorang. Dan akhirnya, dengan godaan dan hasutan syaitan, hati si pendengki itu telah terpedaya untuk melakukan perbuatan sihir.

Di bawah ini adalah perkara-perkara yang patut anda elakkan:

Pertama: Jangan Terlalu Menonjolkan Kebahagiaan Rumahtangga Anda

Ya, di dalam zaman kegilaan media sosial ini, masyarakat menjadi seolah-olah hilang pertimbangan apabila berkongsikan sesuatu di media sosial. Tidak salah jika anda nak kongsikan kebahagiaan, tetapi biarlah bersederhana.

Ini tidak, kalau boleh semuanya nak dikongsikan. Akibatnya, timbul perasaan dengki dalam hati mereka yang melihat kebahagiaan anda. Nasihat saya, ubah tabiat anda ini jika anda selalu kongsikan kebahagiaan rumahtangga.

Adalah lebih bermanfaat, jika anda kongsikan tip-tip untuk mengecapi kebahagiaan rumahtangga di mana dengan perkongsian ini, mereka juga mungkin akan dapat nikmat kebahagiaan yang sama.

Kedua: Elakkan Berkawan Dengan Ramai Kenalan Berlainan Jantina

Ini biasanya berlaku kepada mereka yang bekerja di dalam satu tempat kerja di mana bercampur antara lelaki dan wanita.

Apabila anda bekerja dalam suasana begini, elakkan dari melakukan tugas berdua sahaja dengan rakan sekerja yang berlainan jantina. Selain daripada boleh menimbulkan fitnah, jika terlalu kerap dikhuatiri rakan sekerja anda boleh jatuh hati.

Apabila perasaan ini semakin menebal, dan apabila diluahkan kepada anda, anda menolaknya, dikhuatiri akan menimbulkan perasaan dendam dan akhirnya boleh menyebabkan perbuatan sihir.

Ketiga: Jangan Terlalu Baik Dengan Rakan Yang Berlainan Jantina

Anda tentu pernah dengar pepatah yang mengatakan:

“Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali”

Pepatah ini ada benarnya. Apa yang saya nak maksudkan di sini, elakkan daripada terlalu banyak memberikan pertolongan terutamanya kepada mereka yang berlainan jantina. Bukan apa, dikhuatiri dengan kebaikan yang anda lakukan akan disalah erti.

Tiga perkara yang perlu anda elakkan di atas, adalah pengalaman yang saya dapat setelah hampir tujuh tahun di dalam bidang perubatan Islam.

Anda jangan salah sangka dengan artikel saya ini. Saya tidak menyuruh anda tidak berkawan sehingga menjadi seperti katak bawah tempurung, atau menjadi seorang kedekut untuk menghulurkan bantuan, tetapi apa yang saya nak tekankan di sini ialah berhati-hatilah dalam setiap tindakan yang anda lakukan.

Ingat, sihir bukanlah hanya disebabkan anda melakukan kesalahan kepada orang lain, tetapi ia juga boleh berlaku akibat anda terlalu baik dengan semua orang.

Walaupun mungkin anda adalah seorang yang istiqamah mengamalkan ayat-ayat pendinding dari sihir, tetapi itu tidak bermaksud anda tidak berisiko untuk menjadi mangsanya. Menjauhi puncanya sebaik mungkin adalah salah satu daripada ikhtiar yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan diri anda.

Anda ada tip lagi yang ingin ditambah? Kongsikannya melalui ruangan komen di bawah. Mana tahu perkongsian anda itu akan dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca lain.

Anda nak tahu rahsia menghilangkan sihir dalam 30 hari? Klik di sini sekarang!

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Kisah Nabi Muhammad Disihir & Pengajarannya

$
0
0

Pernahkah anda membaca riwayat kisah nabi Muhammad s.a.w telah disihir? Apa pandangan anda tentang kisah tersebut? Mungkin ada beberapa persoalan yang muncul dalam pemikiran anda, betul tak?

Mungkin anda terfikir, bukankah nabi Muhammad s.a.w maksum, iaitu terpelihara dari segala kejahatan manusia? Jika persoalan di atas yang bermain di dalam fikiran anda, inshaaAllah artikel yang akan anda baca ini akan memberikan jawapannya.

Selain itu, antara yang akan dibahaskan juga di dalam artikel ini ialah apakah hikmah dan pengajaran yang dapat kita sama-sama ambil dari kisah nabi Muhammad disihir ini.

Bagaimana Permulaan Kisahnya

Sebelum kita melihat apakah hikmah dan pengajaran disebalik kisah nabi Muhammad disihir ini, adalah lebih baik jika kita mengetahui bagaimana kisahnya.

Peristiwa disihirnya Rasulullah s.a.w berlaku tatkala Baginda pulang dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun ketujuh hijrah. Selain itu, ketika berlakunya peristiwa ini jugalah diturunkan dua surah yang disebut sebagai al-Mu’awwizatain, iaitu surah al-Falaq dan surah an-Nas.

Setelah selesai perang khaibar, maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu dengan seorang tukang sihir Yahudi yang bernama Labid bin al-A’sam dari Bani Zuraiq. Tujuan mereka datang berjumpa dengan tukang sihir tersebut adalah untuk melakukan sihir ke atas diri Rasulullah s.a.w.

Dengan bantuan dari seorang budak Yahudi yang juga merupakan khadam Nabi, mereka dapat mencuri sikat rambut Nabi bersama-sama dengan rambut yang ada pada gigi-gigi sikat Rasulullah.

Bersama-sama dengan bahan-bahan tersebut, maka dibuatlah patung berupa Rasulullah s.a.w daripada lilin. Lalu lilin tersebut telah ditikam dengan sebelas bilah jarum, dan disimpul dengan sebelas ikatan. Maka ditakdirkan, Rasulullah s.a.w pun terkena sihir selama 40 hari.

Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w sedang tidur, datanglah dua orang Malaikat di dalam mimpi baginda. Seorang berada dikepala dan seorang lagi dikaki Rasulullah.

Kisah ini banyak disebut di dalam hadis-hadis sahih, seperti riwayat daripada Ibnu Abbas, Ibnu Majjah, Muslim, An-Nasa’i dan lain-lain. Hadis yang menceritakan kisah tersebut ialah:

Diriwayatkan daripada Siti Aisyah RA, telah berkata:

“Rasulullah SAW telah disihir oleh seorang lelaki dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin al-A‘sam sehingga baginda berasa khayal melakukan sesuatu perkara, padahal baginda tidak melakukannya. Hinggalah pada suatu hari atau suatu malam ketika berada di sisiku baginda berdoa dan terus berdoa. Kemudian Nabi SAW: “Wahai ‘Aishah, apakah engkau merasakan bahawa Allah SWT telah mendatangkan fatwa ketika aku benar-benar memerlukannya? Telah datang kepadaku dua orang lelaki, lalu salah seorang daripadanya duduk berhampiran kepalaku, dan seorang lagi berhampiran kakiku”. Berkata lelaki yang berada berhampiran kepala kepada temannya yang berada berhampiran kakinya: “Apakah penyakit lelaki ini?”. Lalu dijawab: “Terkena sihir”. Berkata lagi: “Siapa yang menyihirnya”, lalu dijawab: “Labid bin al-A‘sam. Berkata lagi: “Dengan (bahan) apa (disihir)?”, lalu dijawab: “Pada sikat dan rambut, dan kemudian dibungkus dengan seludang tamar jantan muda”. (Lelaki itu) bertanya lagi: “Di mana letaknya benda itu”. Lalu dijawab: “Di dalam telaga Dharwan”. Maka Rasulullah SAW mendatangi telaga itu bersama dengan beberapa orang sahabat baginda. (Setelah kembali) Nabi SAW berkata: “Wahai ‘Aishah, telaga yang aku lihat itu airnya berwarna merah-kemerahan seperti inai. Rupa pohon tamar itu seperti kepala-kepala syaitan”. Aku (‘Aishah) bertanya: “Ya Rasulullah, kenapa tidak dikeluarkan sahaja benda itu?”. Baginda menjawab: “Jangan! Allah telah menyembuhkan daku. Aku tidak suka mengenakan kejahatan seperti ini ke atas orang lain”. Lalu baginda menyuruh agar ditimbus bahan-bahan sihir dalam telaga itu”.

Persoalan Berkaitan Dengan Kisah Nabi Disihir

Antara persoalan yang paling banyak diajukan berkaitan dengan kisah ini ialah, apakah benar Nabi disihir? Bukankah Baginda seorang yang maksum dan dilindungi oleh Allah dari kejahatan manusia. Dan sekiranya Nabi disihir, apakah ianya mempengaruhi wahyu dari Allah yang diturunkan kepada Baginda?

Jawapan untuk soalan pertama, apakah Nabi disihir?

Nabi Muhammad s.a.w memang seorang yang maksum. Firman Allah di dalam surah al-Maidah, ayat 67, yang bermaksud:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغۡ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ‌ۖ وَإِن لَّمۡ تَفۡعَلۡ فَمَا بَلَّغۡتَ رِسَالَتَهُ ۥ‌ۚ وَٱللَّهُ يَعۡصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ

“Wahai Rasul! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu. Jika tidak engkau melakukannya (dengan menyampaikan kesemuanya), maka beerti engkau tidaklah menyampaikan risalahnya. Allah jualah akan memelihara mu daripada (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir”

Dalam ayat di atas, perkataan maksum jelas disebut ya’simuka (yang berwarna merah) bermaksud memelihara kamu. Tafsir yang muktabar, contohnya seperti Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Qurtubi, dan sebagainya, menerangkan bahawa bahawa maksud memelihara dalam ayat di atas ialah tidak ada orang yang mampu untuk membunuh Nabi, kerana Baginda dilindungi dan dipelihara oleh Allah.

Ayat di atas juga bermaksud bahawa Rasulullah s.a.w dipelihara oleh Allah sehingga tidak berlaku suatu kemaksiatan pun ke atas Baginda dan Baginda tidak melakukan kesalahan yang sehingga mendatangkan dosa. Itu yang dimaksudkan dengan maksum dalam erti kata sebenarnya.

Tetapi, atas kapasiti/hakikat Nabi sebagai manusia biasa, Baginda juga tidak terlepas dari disakiti. Sebagai contoh Baginda pernah disakiti sehingga luka kakinya akibat dibaling batu oleh kanak-kanak upahan ketika Baginda berdakwah ke Taif.

Baginda juga mengalami luka dan juga pelbagai kesakitan, contohnya ketika Baginda bersama-sama para sahabat di dalam peperangan. Selain itu, baginda juga mengalami sakit kepala, demam dan juga sebagainya. Termasuk juga kisah nabi disihir. Kesemua di atas tidak termasuk dalam maksud maksum seperti yang dikehendaki dalam ayat di atas, kerana Nabi tetap seorang manusia biasa.

Persoalan yang kedua, apakah sihir yang berlaku pada Nabi tidak mempengaruhi wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Baginda?

Sihir yang berlaku ke atas Nabi s.a.w sebenarnya tidak memudaratkan Baginda pun, kerana tidak mengubah sesuatu pun dari wahyu Allah dan tidak dimasukkan sesuatu pun tambahan daripada syariat. Apa yang dikenakan ke atas Baginda sesuatu dalam bentuk khayalan atau waham sahaja.

Dari segi logiknya pula, wahyu yang disampaikan oleh Nabi adalah datangnya dari Allah Yang Maha Berkuasa. Apa yang berlaku ke atas Nabi (Nabi disihir) adalah kehendak Allah semata-mata, dan sudah tentulah Allah juga berkuasa untuk melindungi wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Baginda daripada terkena pengaruh sihir tersebut.

Hikmah Berlakunya Sihir Ke Atas Diri Nabi

Antara hikmah yang paling penting dari kisah nabi Muhammad s.a.w disihir ialah supaya diri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadi suri tauladan bagi kita, umatnya. Jika salah seorang dari kita terkena sihir, maka ingatlah bahawa manusia yang paling baik sekali dari semua makhluk Allah (iaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) pun juga pernah terkena sihir.

Hikmah lain yang boleh diambil ialah, walaupun baginda disihir,  baginda tidak meminta pertolongan kepada tukang sihir, atau dukun, (untuk melawan sihir yang berlaku ke atas baginda). Akan tetapi, baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam hanya meminta pertolongan kepada Allah Ta’ala.

Jika salah seorang dari kita ditimpa kefakiran, kita kena ingat bahawa manusia yang paling baik dari kita (iaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) pun pernah mengikat batu di perutnya (untuk menahan rasa lapar). Jika salah seorang dari kita ditimpa dengan ujian (dengan musibah), maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun juga pernah ditimpa ujian yang jauh lebih sukar dari kita. Jika salah seorang dari kita diganggu atau disiksa, maka pada diri baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam terdapat suri tauladan (iaitu baginda juga pernah diganggu dan disiksa).

Pengajaran

Dan akhir sekali, ada beberapa pengajaran penting yang boleh kita ambil dari kisah nabi disihir ini. Bagi saya, pengajaran yang boleh diambil adalah sangat penting.

  1. Walaupun Baginda seorang Rasul bahkan makhluk terbaik sekali yang pernah diciptakan Allah, tetapi baginda hakikatnya tetap seorang manusia biasa yang tidak mengetahui perkara ghaib. Rasulullah tidak mengetahui yang Baginda telah disihir melainkan selepas Baginda didatangi oleh dua Malaikat di dalam mimpinya, barulah Baginda tahu. Jadi, sekiranya ada dikalangan kita yang mengaku boleh tahu tentang sihir, contohnya siapa yang menghantar sihir, sebenarnya dia telah melakukan penipuan.
  2. Sihir berlaku adalah dengan bantuan dari syaitan. Sebab itulah tukang sihir akan melakukan perkara-perkara yang diharamkan, ataupun perkara yang mensyirikkan Allah. Kerana dengan cara itu, syaitan akan memberikan taat setia kepada tukang sihir.
  3. Peranan doa dalam menghadapi sesuatu musibah atau penyakit. Dalam kisah nabi disihir ini, dengan jelas menceritakan bahawa Baginda berulang-ulang kali berdoa kepada Allah agar memberikan petunjuk dan menyembuhkan Baginda. Sehinggalah diutus-Nya dua Malaikat kepada Baginda. Selain itu, kita juga tidak boleh berputus asa untuk berdoa dan sewajarnya diulang doa itu beberapa kali disertakan juga dengan usaha berikhtiar untuk mencari rawatannya, sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

Dan akhir sekali, kesimpulan yang boleh diambil ialah kita mesti menyedari bahawa sihir adalah satu amalan yang telah wujud bukan hanya di zaman kita, bahkan ianya telah wujud di zaman Rasulullah s.a.w lagi. Ianya boleh mengenai kepada sesiapa sahaja, termasuklah diri Rasulullah sendiri.

Oleh itu, sebagai persediaan, kita hendaklah sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah, kerana hanya dengan cara itu sahaja dapat melindungi diri kita dari kejahatan sihir.

Selain itu, kita juga dituntut untuk melakukan amalan-amalan pendinding untuk diri, sebagai contoh mengamalkan zikir-zikir yang ma’thur dari Nabi, contohnya mengamalkan membaca ayat Kursi, surah al-Baqarah, al-mu’awwizatain dan sebagainya.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

(Video) Bagaimana Membezakan Jenis-Jenis Sihir?

$
0
0

Dari pengalaman saya di dalam bidang perubatan Islam, ada pelbagai jenis sihir yang diamalkan, khususnya di dalam masyarakat Melayu.

Jenis-jenis sihir ini dibezakan berdasarkan kepada apa tujuan ianya dihantar kepada mangsa. Melalui pembacaan dan pengalaman saya, ada lebih kurang sembilan jenis sihir yang popular atau sering dilakukan.

Persoalannya, bagaimana caranya kita nak membezakan jenis-jenis sihir ini?

Tonton video di bawah. Di dalam video ini, anda akan ditunjukkan cara bagaimana untuk mengenalpasti jenis-jenis sihir tersebut.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Bagaimana Mengenali Tanda-Tanda Sihir Pendarahan?

$
0
0

Sihir menurut bahasa adalah ungkapan tentang perkara yang berlaku disebabkan oleh sesuatu yang samar, tidak jelas, tersembunyi dan lembut.

Manakala menurut istilah pula, sihir bolehlah kita bahagikan kepada dua bahagian. Yang pertama, sihir ini adalah buhul-buhul ataupun mentera, atau disebut juga jampi serapah yang digunakan oleh tukang-tukang sihir sebagai satu jalan untuk menyeru jin. Tujuan jin diseru adalah untuk meminta pertolongan kepada jin tersebut bagi menghantar sihir kepada mangsa.

Allah SWT telah berfirman di dalam surah Jin ayat yang keenam yang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”

Allah SWT juga telah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 102 yang bermaksud:

“….padahal mereka tidak akan dapat memberikan mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…”

Daripada dua ayat di atas, apa yang difahami ialah tukang sihir telah melakukan sesuatu yang akan menjadikan jin bertambah sombong dengan sebab mereka meminta pertolongan dari jin. Dan yang kedua tukang sihir telah melakukan satu perkara yang sia-sia kerana Allah telah menjelaskan bahawa sihir sebenarnya tidak mampu memberikan sebarang mudarat pun kepada sesiapa melainkan hanyalah dengan izin Allah.

Manakala maksud sihir yang kedua berdasarkan kepada kitab Al Qoulul Mufid karya Asy Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin juz 1, hal. 489, iaitu ubat-ubatan atau jamu-jamuan yang mampu memberikan pengaruh kepada orang yang disihir tersebut. Samada dari segi fizikal, mental, kemahuan dan kecenderungannya. Kesimpulannya, sihir itu mampu merubah seseorang dari sifat asal menjadi sebaliknya.

Apakah Sihir Pendarahan?

Sihir pendarahan adalah sihir yang ditujukan khusus kepada golongan wanita. Wanita yang terkena sihir ini akan menyebabkan berlakunya pendarahan pada faraj. Ianya nampak seolah-olah darah haid, tetapi ianya akan terus keluar tanpa henti.

Di dalam Islam, darah yang keluar dari faraj wanita ada empat jenis darah, iaitu:

  1. Darah haid
  2. Darah istihadhah
  3. Darah nifas
  4. Darah fasad

Oleh kerana di dalam artikel ini saya hanya nak fokus kepada masalah berkenaan dengan sihir pendarahan, saya tidak akan huraikan dengan panjang lebar tentang empat jenis darah di atas. Saya hanya akan menulis secara ringkas sahaja.

Darah Haid

Darah haid ialah darah yang keluar dari rahim perempuan yang berumur sembilan tahun atau lebih berdasarkan kiraan tahun hijriah, dan di dalam keadaan sihat.

Darah Istihadhah

Darah ini pula ialah darah yang keluar dari rahim wanita bukan dalam tempoh darah haid dan ianya disebabkan masalah penyakit.

Darah Nifas

Iaitu darah yang keluar dari rahim wanita selepas melahirkan anak.

Darah Fasad

Dan terakhir darah fasad ialah darah yang keluar dari rahim perempuan  ketika umurnya belum sampai 9 tahun, darah yang keluar dari rahim perempuan sebelum melahirkan anak, darah yang keluar bersama-sama anaknya, dan begitu juga darah yang keluar dari rahim perempuan di dalam masa kurang dari sehari semalam.

Jadi, timbul persoalan di sini bagaimana kita nak tahu bahawa darah yang banyak keluar melalui faraj wanita itu adalah disebabkan sihir pendarahan?

Baik inshaaAllah saya akan jelaskan kepada anda.

Pertama, anda perlu jelas bahawa sihir hanya berlaku disebabkan adanya bantuan daripada jin yang berkhidmat dengan tukang sihir. Yang kedua, apabila jin berada di dalam badan manusia untuk melakukan sihir, badan manusia tersebut akan menunjukkan signal, ataupun kita panggil sebagai gejala. Anda dah faham dengan dua perkara ini.

Jadi, apabila berlakunya sihir pendarahan kepada seseorang wanita, ianya bermaksud ada jin yang telah masuk ke dalam badan wanita tersebut bertujuan untuk melakukan sihir. Jadi, selain daripada berlakunya pendarahan yang banyak kepada mangsa, akan timbul juga gejala-gejala yang saya panggil sebagai gejala gangguan.

Apakah gejala-gejalanya?

Gejala-gejala orang yang ada gangguan ialah:

  • sukar tidur malam tanpa sebab.
  • suka terjaga ditengah malam tanpa sebab.
  • sering mimpi menakutkan.
  • sering mimpi binatang.
  • sering mimpi terjatuh dari tempat tinggi.
  • sering mimpi diancam dengan benda tajam.
  • sering mimpi mendukung atau menyusukan bayi.
  • sering mimpi berada di tempat kotor atau kawasan perkuburan.
  • selalu pening kepala tanpa sebab.
  • sering rasa berdebar-debar.
  • sering rasa gelisah dan takut tanpa sebab.
  • cepat rasa nak marah.
  • sering rasa sakit dibahagian belakang, terutamanya di sepanjang tulang belakan. Bagi wanita yang terkena sihir pendarahan, akan selalu sakit di bahagian pinggang.
  • rasa lesu, malas dan tidak bersemangat.
  • rasa berat sangat untuk melakukan ibadah sedangkan sebelum ini tidak ada masalah.

Itulah tanda-tanda orang yang ada gangguan. Ringkasnya, jika anda mengalami pendarahan yang banyak melalui faraj, dan di dalam masa yang sama anda juga mengalami simptom-simptom gangguan di atas, kemungkinan besar anda mungkin mangsa sihir pendarahan.

Jangan pandang ringan ye. Baik, apa yang perlu dilakukan sekiranya anda mengalami keadaan yang saya sebutkan di atas?

Yang pertama pastikan anda perbaiki semula amalan-amalan wajib anda, terutamanya solat. Dan bagi wanita tolong jaga aurat anda baik-baik. Kalau perlu, dalami lagi ilmu berkaitan amalan-amalan wajib ini.

Yang kedua, perbanyakkan amalan-amalan sunat. Contohnya solat sunat, berpuasa sunat, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah dan sebagainya. Dan paling saya galakkan ialah, amalkan membaca ayat-ayat ruqyah. Bagi anda yang tidak mengetahui apakah ayat-ayat ruqyah, anda bolehlah mendownload secara percuma ayat-ayat ruqyah di sini. Ia adalah senarai ayat-ayat yang saya amalkan ketika saya merawat pesakit. Amal secara konsisten, dan anda lihatlah kesannya.

Yang ketiga, dan bagi saya ia sangat penting. Anda mestilah mendapatkan rawatan dari mana-mana pusat perubatan Islam untuk merawat dan mengeluarkan jin-jin sihir yang ada di dalam badan anda.

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan, mungkin disebabkan anda tinggal jauh dari mana-mana pusat perubatan Islam, atau mungkin masa bertugas anda yang padat, saya mengesyorkan kepada anda untuk mengamalkan memakai wangian kasturi. Ini kerana dengan kaedah yang betul, rawatan dengan wangian kasturi juga mampu membantu dengan izin Allah. Klik di sini untuk mengetahui bagaimana cara merawat gangguan sihir dengan wangian kasturi.

Ingatlah bahawa sihir adalah satu amalan dengan tujuan jahat yang telah diakui kewujudannya oleh al-Quran sendiri. Bahkan ianya adalah amalan yang sudah diamalkan sebelum dari kedatangan Rasulullah lagi, iaitu sejak zaman Nabi musa AS. Oleh itu, dekatkan diri kita dengan Allah, dan selalulah memohon pertolongan dan perlindungan kepada Allah dari kejahatan tukang-tukang sihir.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Viewing all 53 articles
Browse latest View live