Quantcast
Channel: Sihir – Perawat Islam Dot Com
Viewing all 53 articles
Browse latest View live

Tip Merawat Tanda-Tanda Sihir Pemisah

$
0
0

Sejak kebelakangan ini saya kerap sangat mendapat pertanyaan tentang masalah rumahtangga yang melibatkan tanda-tanda sihir pemisah. Antara masalah yang paling kerap berlaku ialah suami atau isteri yang bermasalah itu sudah tidak pulang ke rumah. Kalau pulang ke rumah pun, sudah lagi tidak bertegur sapa, bergurau senda dan sebagainya. Tinggal sebumbung tetapi bawa haluan masing-masing.

Jadi, dalam artikel kali ini saya nak kongsikan dengan anda bagaimanakah cara yang dapat diusahakan jika anda mengalami masalah begini. Tetapi perkongsian ini sesuai sekiranya pasangan anda masih tinggal serumah dengan anda. Jika sebaliknya, memang susah untuk dirawat.

Sebelum itu, saya nak kongsikan dengan anda apakah sihir pemisah ini dan bagaimana ianya dilakukan kepada mangsa.

Apakah Sihir Pemisah?

Sihir pemisah merupakan sihir yang seringkali dilakukan untuk memisahkan suami isteri atas sebab tertentu yang biasanya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Sihir ini juga dikenali sebagai Sihir Tafriq.

Sihir ini mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci. Tetapi sihir ini lebih memfokuskan kepada pasangan suami isteri agar rumahtangga mereka menjadi bermasalah di mana akhirnya akan membawa kepada perceraian.

Bagaimana sihir ini berlaku?

Ibnu Kathir menjelaskan bahawa pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan menjadikan mereka memandang wajah pasangan mereka kelihatan hodoh, buruk dan menakutkan, samada dari segi paras rupa atau tingkahlaku.

Dengan sebab itulah perangai mereka juga akan berubah. Apa sahaja yang dilakukan dirasakan tidak kena. Semuanya salah. Sedangkan sebelum ini, perkara sama yang dilakukan oleh pasangan dianggap biasa dan tidak ada salahnya.

Jadi bagaimana cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini? Cara yang akan saya kongsikan dengan anda ini inshaaAllah berkesan dengan izin Allah. Syaratnya anda kena yakin dan keduanya mestilah dilakukan dengan konsisten sehinggalah sikap suami atau isteri yang disihir itu menjadi seperti normal semula.

Cara ini juga anda boleh lakukan sendiri di rumah. Tetapi macam yang saya sebutkan di atas bahawa kaedah ini hanya boleh dilakukan sekiranya pasangan anda masih tinggal di rumah bersama anda. Kaedahnya ialah hanya bacakan ayat-ayat ruqyah pada air dan makanan, berikan pada pasangan anda yang kena sihir tu.

Sekiranya anda tidak tahu yang mana satu ayat-ayat ruqyah, anda boleh download ebook yang saya sediakan. Di dalam ebook tersebut, saya telah senaraikan ayat-ayat ruqyah yang boleh anda amalkan membacanya setiap hari dan digunakan untuk menawarkan sihir yang ada di dalam badan, inshaaAllah.

Klik di sini untuk mendownload ebook tersebut secara percuma.

Moga sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Sekiranya anda merasakan perkongsian saya ini bermanfaat, ringankan tangan anda untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 


Teknik Meruqyah Sihir Ikatan

$
0
0

Dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan pula dengan anda bagaimana caranya untuk merawat pesakit yang terkena sihir ikatan, atau sihir rabth.

Apakah sihir ikatan?

Sihir ikatan ialah sihir yang dihantar kepada pasangan suami isteri yang mana ianya bertujuan untuk menyebabkan perceraian diantara keduanya. Jin yang dihantar untuk menyihir mangsa akan menyerang organ vital/seksual lelaki ataupun perempuan hingga mengakibatkan mangsa tidak dapat melakukan hubungan suami isteri, dan akhirnya akan mengakibatkan berlakunya perceraian.

Syeikh Abdul Wahid Salam Bali, menerangkan bahawa sihir ikatan ini ada lima jenis semuanya. Kelima jenis tersebut adalah seperti di bawah:

  1. Sihir Ikatan Halangan: Sihir ini biasanya akan ditujukan kepada golongan wanita, yakni isteri. Isteri yang terkena sihir ini akan menyebabkan isteri tidak dapat disetubuhi oleh suaminya dengan pelbagai sebab yang tidak dikehendaki oleh isteri sendiri. Bagi kes yang lebih kronik, kedua-dua paha isteri seakan terkunci ketika hendak melakukan persetubuhan dengan suaminya.
  2. Sihir Ikatan Hilang Rasa: Sihir ini juga ditujukan kepada wanita. Jin sihir akan menyerang dibahagian sistem penerima rangsangan dibahagian otak wanita. Ini akan menyebabkan mangsa tidak dapat merasai kenikmatan persetubuhan dan mengakibatkan hubungan menjadi hambar selama bertahun-tahun.
  3. Sihir Ikatan Pendarahan: Sihir ini juga akan menyerang kaum wanita di mana jin tersebut akan menuju ke bahagian rahim wanita (menarik otot di rahim) atau melompat secara tiba-tiba keluar dari aliran darah yang dilaluinya sehingga menimbulkan pendarahan yang hebat di waktu-waktu ingin berjimak. Sehingga suami isteri terpaksa menghentikan persetubuhan kerana menganggapnya sebagai darah haid.
  4. Sihir Ikatan Sumbat: Sihir ini juga terjadi kepada wanita (isteri). Sihir ini akan menyebabkan persetubuhan tidak dapat dilakukan kerana di dalam faraj isteri dirasakan seperti ada daging yang menghalangi saluran tersebut.
  5. Sihir Ikatan Pendalaman: Sihir ini juga berlaku kepada wanita (isteri), dan kepada mereka yang baru mendirikan rumahtangga (pengantin baru). Sihir ini akan menyebabkan suami merasakan isterinya bukan lagi anak dara.

Catatan: Sihir ikatan ini juga akan menyebabkan siisteri tiba-tiba mengalami pengeluaran darah haid ketika hendak melakukan persetubuhan ataupun ketika hendak diruqyah.

Cara Mengubat Sihir Ikatan

  1. Lakukan bacaan Muqaddimah Ruqyah. Bacaan untuk Muqaddimah Ruqyah ialah Surah al-Fatihah, Surah al-Baqarah ayat 1-5, Surah al-Baqarah ayat 102, Surah al-Baqarah ayat 163-164, Surah al-Baqarah ayat 255 dan Surah al-Baqarah ayat 285-286.
  2. Bacakan atau dengarkan bacaan ayat ruqyah, jika dibacakan oleh suami atau peruqyah, bacakan dekat dengan telinganya sambil tangan diletakkan ditempat yang sakit.
  3. Bacakan Surah al-Furqan ayat 23 sebanyak 100 kali atau lebih sehinggalah pesakit pengsan.
  4. Buat air ruqyah, termasuk ayat pembatal sihir. Boleh download senarai ayat-ayat ruqyah di sini.
  5. Ambil 7 lembar daun bidara segar, dan lembutkan (tumbuk) dan larutkan dengan air di dalam bekas sederhana besar. Dekatkan bibir ke air yang sudah dicampur dengan daun bidara yang ditumbuk tadi, dan bacakan Ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan surah an-Nas sebanyak tujuh kali. Gunakan untuk minum dan mandikan pesakit selama 7 hari.
  6. Bacakan Surah al-Fatihah, Ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas sebanyak 70 kali atau lebih selama 3 atau 7 hari.
  7. Ambil bekas seramik yang bersih dan tuliskan padanya Surah Yunus ayat 81-82 dan basuh dengan minyak habbatus sauda. Kemudian sapukan dengan kerap didahi dan dada pesakit selama 3 hari. Syeikh Ibn Taimiyah telah membolehkan dalam fatwanya (Majmul al Fatwa 19/64) untuk menuliskan Al Qur’an atau dzikir-dzikir kemudian melarutkannya dan meminumkannya kepada orang sakit.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Teknik Merawat Sihir Nadzif (Pendarahan)

$
0
0

Sebelum ini, saya ada menulis satu artikel bertajuk “9 Jenis Sihir & Bagaimana Mengenalinya?”. Anda boleh juga terlebih dahulu membaca artikel tersebut.

Apakah sihir nadzif (pendarahan)?

Sudah namanya pun sihir pendarahan, ianya banyak terjadi khususnya kepada golongan wanita. Ciri-cirinya ialah anda akan sering mengalami pendarahan setelah berhentinya pengeluaran darah haid.

Kadang-kadang darah yang keluar tersebut akan berlanjutan selama berbulan-bulan. Dahsyatkan. Bagaimana caranya sihir ini berlaku?

Jin yang dihantar untuk menyihir mangsa akan melakukan tindakan yang sangat jahat di mana ia akan masuk ke dalam tubuh badan mangsanya melalui saluran darah sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis baginda, kemudian jin tersebut akan terus menuju ke rahim dan meloncat-loncat di situ sehinggalah pembuluh darah pecah dan mengakibatkan pendarahan.

Banyak kes-kes sihir nadzif ini yang mengalami pendarahan yang kronik, keguguran berulang dan sakit yang berlebihan ketika haid sembuh dengan izin Allah selepas diruqyah. Ini kerana jin sihir yang menggangu mangsa akan keluar setelah diruqyah.

Perkara ini telah pun diterangkan oleh Rasulullah SAW apabila ditanya oleh Hamnah binti Jahsyin. Hadisnya adalah seperti berikut:

“”Aku pernah mengalami Istihadhah, darah yang keluar itu sangat banyak. lalu aku datang kepada Nabi SAW untuk meminta fatwa kepadanya. Maka Baginda bersabda : Sesungguhnya darah itu akibat hentakan dari syaitan. Jalanilah masa haidmu selama enam atau tujuh hari, kemudian mandilah. Jika kamu telah melihat bahwa dirimu telah suci dan bersih, maka solatlah pada Dua puluh empat atau dua puluh tiga hari berikutnya ( pada masa suci ) serta puasalah. Cara seperti itu yang boleh kamu lakukan. Di samping itu, lakukan sebagaimana yang dilakukan oleh wanita-wanita yang menjalani masa Haid setiap bulannya.” [HR. At – Tirmidzi dan beliau menshahihkannya]

Cara Merawat Sihir Nadzif

  1. Lakukanlah Muqaddimah Ruqyah.
  2. Baca atau dengarlah bacaan ruqyah seperti biasa dengan melakukan tepukan dibahagian pinggang belakang dan mohonlah kepada Allah untuk menghancurkan jin-jin disekitar rahim.
  3. Ambil minyak habbatus sauda, madu dan minyak daun bidara, bacakanlah Surah al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, Surah an-Nas dan juga ayat pembatal sihir (Surah al-A’raf ayat 117 hingga 122, Surah Yunus ayat 81 dan 82, Surah Taha ayat 69), tiupkan dan kemudian minum.
  4. Amalkan memakai wangian kasturi terutamanya sebelum tidur malam setiap hari.
  5. Selain itu, boleh juga amalkan mandi dengan mandian daun bidara setiap hari selepas Asar sebelum Maghrib.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Teknik Mengembalikan Sihir

$
0
0

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah yang bersesuaian dengan fitrah dan naluri manusia. Oleh kerana itulah, hukum-hukum yang terdapat di dalam Al-Quran adalah sesuai untuk diamalkan pada setiap zaman, tempat dan waktu.

Membalas kejahatan yang dilakukan kepada kita dengan pembalasan yang setimpal adalah suatu tuntutan naluri dan fitrah manusia.

Tanyalah pada sesiapapun, sekiranya ada dikalangan ahli keluarga kita yang dibunuh atau dilukai, sudah tentu kita juga inginkan hukuman yang sama kepada pelakunya. Inilah hukuman qisas yang ada di dalam ajaran Islam.

Sihir pula adalah satu kezaliman yang berlaku dikalangan masyarakat kita. Ianya dilakukan oleh tukang sihir dengan mendapatkan bantuan daripada jin yang menjadi penolongnya.

Sekiranya anda ingin membalas perbuatan jahat sihir tersebut, menyerang tukang sihir adalah lebih berkesan daripada menyerang jin yang menyihir kerana jin hanyalah perantaraan tukang sihir.

Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana cara untuk mengembalikan semula perbuatan jahat sihir kepada tukang sihir.

Tehnik Ruqyah:  

  • Berbincang dan ajak semua ahli keluarga yang terlibat untuk bersama-sama bersatu menyerang semula tukang sihir.
  • Setiap dari ahli keluarga yang terlibat, lakukan Muqaddimah Ruqyah. Cara melakukan Muqaddimah Ruqyah ini anda boleh baca di sini.
  • Lakukan solat secara berjemaah dengan waktu yang paling hampir untuk anda menyerang semula tukang sihir dengan tujuan untuk berdoa bersama.
  • Lakukan solat sunat mutlak sebanyak 4 rakaat, dan di sujud terakhir berdoa kepada Allah dan mintalah bersungguh-sungguh kepada Allah agar sihir-sihir dan semua penyakitnya kembali kepada penyihir atau mereka yang dengki kepada anda.
  • Awali doa dengan kata “Ya hayyu ya Qayyum birohmatika astagiz”, lalu mulai doa dalam sujud.
  • Selepas memberikan salam, bacakan surah Al Fatihah, Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas dan Ayat Kursi bersama-sama 3 atau 7 kali bersama-sama.
  • Kemudian bacakan surah An Nahl 126 satu kali dan bacakan surah al Fiil sebanyak 3, 7 atau 11 atau berapa saja secara bersama-sama dan bangun niat untuk menghancurkan mereka.
  • Berdoalah dengan yakin bahwa Allah akan mengabulkan doa orang teraniaya.

Bagaimana Nak Elakkan Sihir?

Saya rasa anda pun dah sedia maklum akibat dan kesan buruk dari sihir. Tahukah anda bahawa jalan terbaik ialah anda patut protect diri anda sebelum anda terkena sihir.

Bukannya dah kena sihir baru mencari jalan penyelesaian untuk merawat sihir tersebut.

Sekali anda sudah terkena sihir, dan jin sudah masuk ke dalam badan anda, risiko untuk anda terkena lagi sihir adalah sangat mudah.

Kalau anda nak tahu cara yang lebih mudah dan praktikal untuk elakkan sihir, saya ada satu teknik mendinding diri dari sihir dengan terapi kasturi.

Berkesankah? Kenapa saya berani rekemen?

Saya berani rekemen kerana cara ini saya galakkan kepada pesakit saya untuk amalkan dan semeangnya ada kesan positif.

Anda juga boleh membaca testimoni-testimoni pengguna yang telah gunakan wangian ini dalam website di atas.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

6 Cara Tukang Sihir Menghadirkan Jin

$
0
0

Ada banyak cara yang digunakan oleh tukang sihir untuk menghadirkan jin dengan tujuan untuk mendapatkan bantuan dari jin tersebut.

Apa yang pasti, cara-cara yang digunakan oleh tukang sihir tersebut mengandungi kesyirikan dan kekufuran yang nyata.

Kerana hanya dengan cara ini sahajalah tukang sihir dapat memanggil jin yang sanggup menghambakan diri kepada mereka dan melakukan apa sahaja suruhannya.

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda 6 cara bagaimana tukang sihir menghadirkan jin di mana cara-cara tersebut mengandungi kesyirikan dan kekufuran.

Asalnya, artikel yang saya tulis ini diambil dari kitab Ash-Shaarimul Battaar Fit Tashaddi Lis Saharatil Asyraar (Sihir & Guna-Guna Serta Tatacara Mengubatinya) di mana kitab ini telah dikarang oleh Syeikh Abdul Wahid Salam Bali.

Saya berharap dengan perkongsian artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda dan menjadi peringatan kepada kita semua agar sentiasa berhati-hati dengan pelbagai jalan kejahatan dan kesesatan.

Pertama: Cara Iqsam (Bersumpah Atas Nama Jin & Syaitan)

Menurut cara ini, tukang sihir akan memasuki ruangan yang gelap, lalu menyalakan api dan kemudian di atas api itu akan diletakkan kemenyan/setanggi sesuai dengan apa hajat yang akan diminta.

Sebagai contoh, katakanlah tukang sihir ingin melakukan pemisahan, atau menimbulkan permusuhan dan kebencian, akan diletakkan kemenyan yang berbau busuk.

Dan jika tukang sihir ingin memulihkan sihir ikatan yang menghalang suami untuk bersetubuh dengan isterinya, atau menimbulkan sihir percintaan, maka kemenyan yang akan digunakan ialah yang berbau wangi.

Setelah itu, tukang sihir akan mula membaca jampi serapah dan mentera-mentera khusus yang mengandungi ungkapan-ungkapan syirik, contohnya bacaan yang mengandungi sumpah atas nama jin atau ketua-ketua jin, memuji pembesar-pembesar jin dengan harapan untuk mendapatkan bantuan mereka.

Selain dengan bacaan yang mengandungi ungkapan syirik tersebut, tukang sihir juga mestilah berada dalam keadaan tidak suci, contohnya berada dalam keadaan berhadas besar, ataupun memakai pakaian yang bernajis, dan sebagainya.

Setelah selesai membaca jampi, akan muncullah dihadapan tukang sihir itu suatu bayangan dalam bentuk anjing, ular ataupun dalam bentuk yang lain.

Ada sesetengah keadaan pula, tidak akan muncul bayangan dihadapan tukang sihir, tetapi yang didengari hanyalah satu suara. Dan ada sesetengahnya lagi, langsung tiada suara, tetapi jin akan datang kepada tukang sihir dengan membawa barang-barang kepunyaan orang yang hendak disihir.

Contohnya seperti rambut atau pakaian yang masih mempunyai bau orang yang akan disihir. Barang-barang tersebut akan diikat. Dan kemudian tukang sihir akan menyuruh jin tersebut melakukan apa yang diingininya kepada mangsa.

Di dalam cara pertama ini, ada beberapa perkara yang boleh kita fahami iaitu:

  • Jin mengutamakan ruang yang gelap.
  • Jin akan menikmati hidangan yang disediakan tanpa menyebut nama Allah.
  • Jelas mengandungi kesyirikan yang nyata apabila mengagungkan ketua-ketua jin dan meminta pertolongan kepada mereka.
  • Jin dan syaitan mengutamakan najis.

Kedua: Cara Adz-Dzabh (Memotong Sembelihan)

Dalam cara yang kedua ini, tukang sihir akan membawa binatang seperti ayam, burung, kambing dan sebagainya berdasarkan ciri-ciri yang telah ditentukan oleh jin.

Dan biasanya haiwan tersebut akan berwarna hitam. Ini kerana jin sangat menyukai warna hitam. Setelah itu, binatang tersebut akan disembelih tanpa menyebut nama Allah.

Ada sesetengah tukang sihir akan menyapu darah haiwan sembelih itu kepada pesakit. Kemudian daging binatang sembelih itu akan dibuang di tempat yang menjadi tempat berkumpulnya jin.

Dan akhir sekali, tukang sihir akan pulang ke rumah dan membaca jampi-jampi yang mengandungi ungkapan-ungkapan syirik dengan tujuan memanggil jin. Dan kemudian akan menyuruh jin melakukan apa yang diingininya.

Dalam cara yang kedua ini, ada dua perbuatan syirik yang dilakukan oleh tukang sihir.

Yang pertama ialah melakukan sembelihan bukan kerana Allah. Jumhur ulama samada salaf mahupun khalaf sepakat mengatakan perbuatan memberikan sembelihan kepada jin adalah perbuatan haram, bahkan ianya termasuk dalam perbuatan syirik mutlak.

Ini kerana binatang yang disembelih bukan kerana Allah sama sekali tidak boleh dimakan oleh orang Islam, apatahlagi melakukan perbuatan tersebut.

Antara dalil yang melarang perbuatan tersebut ialah:

Dari ‘Ali radhiyallahu’anhu, beliau berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berpesan kepadaku dengan empat nasihat :Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah. Allah melaknat anak yang melaknat kedua orang tuanya. Allah melaknat orang yang melindungi muhdits (orang yang jahat) /muhdats (pelaku bid’ah). Allah melaknat orang yang sengaja mengubah patok batas tanah.” (HR. Muslim 1978).

Yang kedua, syirik berlaku apabila tukang sihir menggunakan ungkapan-ungkapan yang bertujuan untuk memanggil jin bagi melakukan apa yang diingini oleh tukang sihir.

Ketiga: Cara Sulfiyah (Melakukan Pembohongan)

Cara yang ketiga ini adalah yang sangat popular yang diamalkan dikalangan tukang sihir. Golongan tukang sihir yang melakukan cara ketiga ini mempunyai ramai pembantu dari kalangan syaitan.

Ini disebabkan tukang sihir tadi adalah golongan yang paling kufur dan ingkar kepada Allah. Apa yang dilakukan oleh tukang sihir tadi untuk mendapatkan bantuan dari syaitan?

Caranya ialah tukang sihir meletakkan mushaf Al-Quran dihadapan tandas. Sebelum masuk ke dalam tandas, tukang sihir akan memijak dulu mushaf Al-Quran (seperti selipar), dan kemudian membaca jampi serapah di dalam tandas.

Selesai membaca, tukang sihir keluar dan duduk disatu ruangan, kemudian akan menyuruh jin yang menjadi pembantunya melakukan apa yang diingininya.

Jin tadi akan mengikuti semua arahan tukang sihir adalah disebabkan kekufuran yang dilakukan oleh tukang sihir sehingga menjadilah dia sebagai salah seorang dari saudara syaitan.

Selain itu, disyaratkan juga kepada tukang sihir yang melakukan cara yang ketiga ini ialah dia mestilah sentiasa melakukan sebanyak mungkin dosa-dosa besar, antaranya berzina, melakukan hubungan sesama jenis, mencela agama, dan sebagainya.

Ini tidak lain tidak bukan untuk mendapatkan keredhaan syaitan. Berhadapan dengan sihir yang dihantar oleh tukang sihir begini mungkin menjadi antara yang paling sukar kerana jin yang membantunya boleh jadi jin yang sangat jahat.

Keempat: Cara Najasah ( Menulis Ayat Al-Quran Dengan Najis)

Dalam cara keempat ini, tukang sihir akan menulis salah satu ayat dari Al-Quran dengan menggunakan bahan-bahan bernajis, contohnya darah haid atau sebagainya.

Setelah jin menghadirkan dirinya, tukang sihir akan mengarahkan kepada jin tersebut untuk melakukan apa yang diingininya.

Kesyirikan dan kekufuran dengan menggunakan cara ini rasanya tidak perlulah saya jelaskan lagi. Sudah tentu anda dapat melihatnya.

Penghinaan terhadap ayat Al-Quran (menulisnya dengan menggunakan najis) adalah salah satu bentuk kekufuran yang ditunjukkan oleh tukang sihir kepada Allah Yang Maha Agung.

Kelima: Cara Tankis (Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Secara Terbalik)

Tukang sihir yang menggunakan cara kelima ini akan menulis ayat-ayat suci Al-Quran secara terpisah dan terbalik.

Maksudnya mereka akan menulis ayat yang terakhir terlebih dahulu kemudian baru diikuti oleh ayat yang awal.

Kemudian seperti biasa tukang sihir akan membacakan mentera-mentera dan jampi serapah yang mengandungi ucapan syirik untuk memanggil jin datang membantunya.

Setelah jin menampakkan diri kepada tukang sihir tersebut, dia akan menyuruh jin tersebut melakukan perkara yang diingininya.

Cara ini juga jelas mengandungi unsur syirik dan kekufuruan kepada Allah SWT.

Keenam: Cara Tanjim (Menyembah Bintang)

Cara ini juga disebut sebagai Ar-Rashd, kerana dengan cara ini tukang sihir akan memantau munculnya bintang tertentu.

Kemudian tukang sihir akan berbicara dengan bintang tersebut, dan membaca mentera-mentera sihir.

Dan kemudian tukang sihir juga akan membaca mentera-mentera lain yang mengandungi unsur-unsur syirik dan kufur kepada Allah.

Tukang sihir juga akan melakukan beberapa gerakan di mana pada anggapannya gerakan tersebut adalah untuk menurunkan semangat-semangat yang ada pada bintang tersebut.

Padahal sebenarnya gerakan itu adalah suatu bentuk penyembahan kepada bintang tersebut selain Allah SWT dan tukang sihir itu tidak menyedarinya.

Setelah itu, para syaitan akan melakukan segala arahan yang disuruh oleh tukang sihir tersebut. Sehinggakan tukang sihir tadi merasakan bahawa bintang tadilah yang membantunya.

Di dalam cara yang keenam ini dapat dilihat dengan jelas kesyirikan dan kekufuran yang dilakukan oleh tukang sihir iaitu dengan meminta pertolongan kepada selain Allah.

Disamping itu juga ada disertakan dengan bacaan mentera dan jampi serapah yang mengandungi ungkapan-ungkapan syirik dan kekufuran.

Sumber Rujukan: Bagaimana Tukang Sihir Menghadirkan Jin?

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Bagaimana Mengenali Ciri-Ciri Barang Sihir?

$
0
0

Dalam artikel yang lepas, saya pernah menulis satu artikel tentang bagaimana sihir dihantar kepada mangsa. Dalam artikel tersebut, saya kongsikan 4 cara yang digunakan oleh tukang sihir untuk menghantar sihir kepada mangsa.

Dalam artikel kali ini, saya nak fokuskan pula pada ciri-ciri barang yang akan digunakan oleh tukang sihir.

Sebelum saya membahaskan tentang perkara ini, apa yang perlu kita semua faham ialah sihir adalah satu bentuk kezaliman yang dilakukan ke atas mangsa dengan cara yang tersembunyi.

Ada dua sebab saya katakan ianya tersembunyi.

Pertama, saya katakan tersembunyi kerana ianya dilakukan secara tersembunyi oleh tukang sihir tanpa pengetahuan mangsa.

Kemudian, akibat daripada sihir itu pula berlaku secara tiba-tiba dan tidak diketahui apakah sebab musababnya dan tidak diketahui apakah puncanya.

Kedua, saya mengatakan ianya tersembunyi kerana sihir yang akan dihantar itu pula  menggunakan perantaraan makhluk ghaib, iaitu jin yang juga tersembunyi.

Maksud tersembunyi di sini ialah ianya tersembunyi (tidak dapat dilihat) dari pandangan mata kasar manusia.

Jadi, bila kita dah faham perkara asas ini, mudahlah untuk kita memahami perkara seterusnya.

Realiti Sihir

Saya sering diajukan dengan pelbagai pertanyaan. Antara pertanyaan yang agak banyak juga saya terima ialah apakah tanda jika mereka menjumpai sesuatu di rumah mereka.

Sebagai contoh, ada yang menceritakan kepada saya mereka menjumpai bangkai tikus depan rumah, jumpa serpihan kaca depan pintu rumah, dan sebagainya.

Persoalannya, adakah itu petanda ada orang yang nak menghantar sihir kepada ahli rumah tersebut.

Jawapan saya, boleh jadi ya dan boleh jadi tidak.

Tetapi, seperti yang saya katakan di atas bahawa sihir ini ialah sesuatu yang tersembunyi. Jadi, sekiranya memang benar ada orang yang berniat nak menyihir anda, adalah lebih bijak mereka ini meletakkan barang-barang sihir di tempat yang tersembunyi dan tak mudah dijumpai.

Kerana barang-barang tersebut adalah diantara syarat berhasilnya sihir yang akan dihantar kepada mangsa.

Mengapa & Apa Yang Patut Dilakukan?

Mungkin anda bertanya kepada saya, apa tujuan barang-barang seperti bangkai tikus, serpihan kaca diletakkan di rumah anda?

Dan apa yang perlu dilakukan sekiranya perkara tersebut berulang?

Untuk soalan pertama, pada pandangan saya mungkin orang yang lakukan begitu kepada anda mempunyai rasa marah atau dendam. Jadi mereka lakukan begitu dengan tujuan untuk menakutkan anda dan membuatkan anda menyangka ada yang ingin menyihir anda.

Tetapi, saya tidak nafikan juga boleh jadi apa yang dilakukan tersebut adalah sebagai ‘signal’ atau petanda bahawa rumah dan keluarga anda telah disihir.

Tetapi barang-barang yang digunakan untuk sihirkan anda telah ditanam atau disembunyikan supaya anda tidak dapat mencarinya.

Dan selagi tidak dapat dicari barang sihir tersebut, sihir yang dihantar kepada anda mungkin tidak dapat disembuhkan (hakikatnya Allah yang menyembuhkan sihir) ataupun sihir tersebut akan sentiasa berulang-ulang walaupun telah banyak kali anda melakukan rawatan.

Apa yang perlu anda lakukan jika situasi di atas berlaku kepada anda?

Saya cadangkan anda lakukan langkah-langkah di bawah:

  1. Sediakan air paip lebih kurang sebaldi bersama dengan lada hitam yang telah dikisar dan juga garam kasar.
  2. Kesemua bahan di atas hendaklah diruqyah terlebih dahulu. Samada anda boleh ruyahnya sendiri atau minta bantuan dari orang lain, sebagai contoh perawat.
  3. Setelah diruqyah bahan-bahan di atas, campur lada hitam dan garam kasar tadi ke dalam sebaldi air.
  4. Ambil air yang secukupnya dan siramkan ke atas bahan-bahan yang anda jumpa tadi sambil membaca “Bismillah Hillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syaiun…(hingga akhir ayat)”, Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan juga 3 Qul. Setelah disiram dengan air, buang bahan-bahan tersebut ke dalam sungai.
  5. Baki air di dalam baldi tadi, anda tuangkan sedikit demi sedikit disekeliling rumah anda sambil membaca Ayat Kursi tanpa putus.
  6. Untuk di dalam rumah pula, saya mencadangkan agar anda membaca bacaan ayat ruqyah sekerap yang mampu. Sekiranya anda tidak mampu membaca dengan kerap, anda boleh gunakan mp3 ataupun cd-cd bacaan ayat-ayat ruqyah sebagai alternatif.
  7. Dan akhir sekali saya sarankan anda cuba cari barang-barang sihir yang ditanam dengam menggunakan cara yang saya kongsikan dalam artikel “Tip Mencari Barang Sihir” di atas.

Semoga perkongsian artikel ini memberikan manfaat kepada anda. Jika ada soalan, boleh tuliskan soalan anda dalam ruangan komen di bawah.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Adakah Kejayaan Kepada Tukang Sihir?

$
0
0

Dizaman sekarang ini, kita lihat amalan sihir dilakukan untuk mencapai pelbagai tujuan. Ada yang gunakan sihir untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya dengan cara memusnahkan kerjaya orang lain.

Mencari kebahagiaan dalam perhubungan dengan cara menyihir pasangan lain agar mereka berpisah. Yang sudah berkahwin, suami menjadi benci kepada isterinya akibat sihir. Dan macam-macam lagi tujuan sihir.

Sehingga kita terfikir, seolah-olah sihir itu alat yang mampu menjadikan seseorang mencapai apa yang dihajatinya. Jika lemah iman dan taqwa kita, hampir-hampir kita termakan dengan godaan syaitan untuk melakukan sihir. Nauzubillah min zalik.

Realitinya, benarkah pelaku sihir itu mendapat keuntungan dari apa yang dilakukannya terhadap orang lain? Al-Quran sudah memberikan jawapan yang pasti kepada kita.

Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Taha ayat 69 yang bermaksud:

“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja dia berada”

Sihir Tidak Akan Mendapat Kejayaan

Jelas bukan. Allah menerangkan di dalam kitab-Nya bahawa sihir itu tidak akan berjaya sama sekali tidak kiralah dengan apa cara sekalipun.

Di dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda 6 faedah dan pengajaran yang dapat kita ambil dari ayat yang saya bawakan di atas, iaitu Surah Taha ayat 69.

Pertama: Tukang sihir sama sekali tidak akan mendapat kejayaan samada di dunia mahupun diakhirat. Di dalam ayat di atas, Allah menggunakan perkataan Al-Falah yang membawa maksud kejayaan. Al-Falah ini dinafikan sama sekali oleh Allah SWT kepada tukang sihir dan pelakunya.

Walaupun kita lihat secara zahirnya seperti pelaku sihir mencapai apa yang dihajatinya, tetapi hakikat yang sebenarnya mereka adalah golongan yang rugi di dunia, lebih-lebih lagi diakhirat.

Kedua: Dari ayat di atas, kita dapat mengetahui bahawa sihir itu banyak jalannya. Maksudnya ada pelbagai cara seseorang itu boleh gunakan untuk melakukan sihir. Kerana dalam ayat di atas Allah menggunakan kalimah حَيْثُ أَتَى yang ertinya “dari mana pun ia datang”.

Tetapi apa yang pasti, apa sahaja cara yang digunakan, sihir itu tetap akhirnya akan menemui hasil dan akibat yang sama, iaitu mereka tidak akan memperoleh kejayaan samada di dunia mahupun diakhirat.

Ketiga: Apabila kita membaca ayat di atas, kita boleh tanyakan kepada mereka yang mendatangi tukang sihir? Apakah manfaat dan kebaikan yang akan diperolehi dari tukang sihir?

Ini kerana, jika tukang sihir itu adalah golongan orang-orang yang sama sekali tidak akan memperolehi kejayaan, sudah tentulah mereka yang mendatanginya akan lebih-lebih lagi mendapat kerugiannya.

Keempat: Tahukah anda apa itu An-Nusyroh? Ianya adalah merawat sihir dengan sihir. Di dalam satu hadis Nabi SAW apabila ditanyaka tentang an-Nusyroh ini, Baginda dengan tegas menjawab:

“Itu adalah perbuatan syaitan”

Jadi, kita kena faham baik-baik. Jangan terpengaruh dengan pendapat yang mengatakan bahawa menggunakan sihir untuk menyembuhkan sihir kita adalah boleh kerana bukan bertujuan untuk menyakiti orang lain.

Ianya tetap sama haramnya dan termasuk dalam keumuman ayat di atas, iaitu sihir tidak akan mendapat kejayaan dari mana pun ia datang.

Kelima: Jika kita sudah pun tahu bahawa tukang sihir tidak akan memperolehi keuntungan, maka orang yang mendatanginya pun sama tidak akan mendapat keuntungan. Walaupun dengan tujuan untuk menghilangkan (merawat) sihir lain yang menimpa dirinya.

Mungkin kita nampak seperti tukang sihir menyembuhkan sihir kita secara zahirnya, tetapi dalam tidak sedar kita telah terjerumus dalam musibah yang lebih besar, iaitu bertaqarrub kepada jin. Ini kerana sihir tidak akan berlaku dengan bantuan dari jin.

Keenam: Ayat ini dapat menjadi motivasi kepada orang-orang beriman supaya sentiasa bertawakal kepada Allah SWT.  Ini kerana Allah SWT sendiri yang menjelaskan bahawa tukang sihir itu tidak akan beruntung. Siapa lagi yang benar kata-katanya selain Allah?

Selain itu Allah SWT juga telah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102 yang bermaksud:

“…Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…”

Ayat di atas menambahkan lagi keyakinan dihati orang-orang yang beriman untuk sentiasa bertawakal kepada Allah. Bahkan ayat di atas menambahkan lagi keimanan di dalam hati orang beriman, serta semakin kuat tawakalnya kepada Allah.

Sumber rujukan:

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

 

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Buhul?

$
0
0

Di dalam Al-Quran, iaitu Surah Al-Falaq ayat keempat, Allah memerintahkan kepada kita supaya memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan ahli sihir wanita yang meniup pada buhul-buhul. Ataupun disebut juga dengan simpulan-simpulan.

Maksud ayatnya seperti di bawah:

“Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)”

Apabila saya kongsikan tentang buhul ini di facebook saya, saya mendapat soalan tentang apakah yang dimaksudkan dengan buhul (simpulan-simpulan) itu?

Dan bagaimana ianya digunakan oleh ahli sihir yang menghantar sihir kepada mangsanya?

InshaaAllah dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda tentang buhul ini.

Apakah Buhul?

Di dalam Al-Quran Allah menggunakan perkataan Al-U’qad (ٱلۡعُقَدِ) yang bermaksud ikatan. Jadi buhul ini bolehlah diibaratkan seperti tali ghaib ataupun seperti antena yang menjadi penghubung diantara barang-barang sihir (boneka, patung, gambar, dan lain-lain) dengan mangsa sihir di mana kedua-duanya saling diikat diantara satu sama lain.

Bagaimana Buhul Sihir Berfungsi?

Apabila tukang sihir telah mendapatkan barang-barang yang digunakan untuk tujuan sihir (biasanya kepunyaan mangsa), barang tersebut akan disimpulkan dengan ikatan tali. Kemudian, tukang sihir akan membaca mentera-mentera sihir dengan tujuan untuk memanggil jin sihir yang menjadi pembantunya.

Kemudian jin itu akan pergi kepada mangsa, masuk ke dalam tubuh badan mangsa dan menanamkan tali ghaib tadi untuk menghubungkan barang sihir kepunyaan mangsa, dan juga mangsa. Jin akan menanamkan tali ghaib tadi mengikut perintah tukang sihir.

Jika tukang sihir hendak menyakitkan perut mangsa, maka jin akan menanam dibahagian perut. Jika tukang sihir hendak mengawal seluruh tubuh badan mangsa, maka jin akan menanam dibahagian otak mangsa. Ini kerana otak adalah pusat yang mengawal seluruh tubuh badan kita.

Maka apabila telah sempurna ikatan tersebut, tukang sihir boleh melakukan apa sahaja yang diingininya ke atas tubuh badan mangsa.

Cuba kita lihat kembali kepada peristiwa Rasulullah SAW yang telah disihir. Selepas diruqyah oleh dua Malaikat yang datang dalam mimpi Baginda, telah diutuskan sahabat Baginda iaitu Saidina Ali, Zubair dan juga Ammar ibnu Yassir pergi ke sebuah perigi yang bernama Zarwan.

Sesampainya di sana, mereka melihat air telaga itu seperti rendaman daun inai, kemerah-merahan darah warnanya, manakala pokok kurmanya kelihatan bagaikan kepala-kepala syaitan. Mereka menimba airnya dan mengangkat seketul batu besar, kemudian menemui ‘bungkusan berikat’ tersebut lalu mereka mengambil dan mengeluarkannya dari telaga itu, seterusnya bungkusan berikat itu disampaikan pada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Pada bungkusan tersebut terdapat sebelas simpulan bersama sikat rambut, gigi sikatnya dan sebelas jarum. Kemudian Rasulullah membaca ‘Surah Muawwizatain’ iaitu dua surah yang diturunkan kepada Baginda dalam mimpi semalam. Setiap kali dibaca satu ayat dari kedua-dua surah tersebut (Surah Al-Falaq & Surah An-Nas), terurailah satu ikatan, sehinggalah terurai kesemua simpulannya.

Maka dengan takdir-Nya, Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam dapat berdiri dan seakan-akan baru terungkai dan terlepas dari belenggu ikatan. Apabila dicabut pula satu persatu jarum tersebut, terasa sakit dalam tubuh Baginda yang kemudiannya beransur hilang.

Dalam peristiwa ini, saya berpandangan bahawa Yahudi yang menyihir Baginda ini telah menggunakan kaedah buhul. Kerana itu Allah swt telah menyebut dalam ayat keempat Surah Al-Falaq yang bermaksud:

Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)”

Bagaimana Cara Merawat Sihir

Kaedah yang mengikut syarak, yang boleh digunakan untuk merawat masalah sihir adalah seperti yang telah diterangkan oleh Ibnul Qayyim. Beliau telah menjelaskan bahawa cara merawat masalah sihir yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW terdapat dua cara.

Pertama: Cara yang pertama dan paling berkesan inshaaAllah ialah dengan mencari, mengeluarkan dan menghancurkan buhul-buhul sihir. Ini kerana, sebagaimana yang telah sahih dari Nabi SAW, apabila Baginda mengetahui telah disihir, Baginda telah berdoa kepada Allah agar ditunjukkan tempat letaknya buhul-buhul sihir tersebut.

Dan akhirnya Allah SWT yang Maha Mengetahui telah mengabulkan doa Baginda dan menunjukkan kepada Baginda tempat tersebut. Dan tidak sekadar mengetahui, selepas itu Baginda telah mengeluarkan buhul tersebut dan memusnahkannya.

Maka selepas itulah dengan izin Allah, telah hilangkah pengaruh sihir pada diri Nabi SAW. Seolah-olah Baginda merasakan telah dilepaskan dari tali yang telah disimpulkan ikatannya.

Kedua: Menurut Ibnu Qayyim lagi, cara kedua untuk merawat sihir ialah dengan cara menggunakan pengubatan ilahiyah iaitu dengan cara mengamalkan membaca zikir-zikir, membaca ayat-ayat al-Quran dan juga doa-doa yang disyariatkan.

Berdasarkan cara yang saya gunakan, ayat-ayat Al-Quran tadi hendaklah dibaca kepada mereka yang terkena sihir dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu berupa picitan dan juga tepukan. Selepas itu, pesakit tadi akan dimandikan dengan air penawar dan juga limau purut ataupun daun bidara yang juga telah dijampi dengan ayat-ayat Al-Quran.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

 


Cara Untuk Memutuskan Buhul Sihir

$
0
0

Dalam artikel yang lepas, saya telah menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan buhul. Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan pula dengan anda bagaimana caranya untuk memutuskan buhul sihir.

Tetapi, apabila mahu melakukan cara ini mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, tidak ragu-ragu, dan yang penting mestilah dilakukan dalam keadaan hati yang ikhlas kepada Allah.

Ikhlas kepada Allah, ikhlas kepada semua manusia, baik yang menyakiti kita ataupun yang telah kita sakiti mereka samada dalam keadaan sedar atau tidak.

Langkah-langkah untuk memutuskan buhul sihir yang ada di dalam tubuh badan anda ialah:

1) Berwuduk dengan sempurna.

2) Lakukan solat sunat hajat dua rakaat. Ketika di dalam sujud yang terakhir, mohon di dalam hati agar Allah menampakkan buhul sihir tersebut dan mohonlah agar Allah memutuskannya.

3) Duduklah dalam keadaan menghadap kiblat, dan kemudian bacalah Surah Al-Fatihah sebanyak-banyaknya. Ketika sampai pada ayat “Ihdinas Siratal Mustaqim”, tetapkan niat di dalam hati dan fokuskan pada niat tersebut dengan bersungguh-sungguh dan berdoa “Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku di mana letaknya buhul tersebut.

4) Ketika sudah nampak atau dapat merasakan buhul tersebut, maka genggamlah buhul tersebut sambil membaca bismillah dan takbir lalu bacakan “la haula walaquwata illabillah hil’aliyil adzim” lalu tarik hingga putus. Yakinlah dalam hati jika buhul itu benar-benar putus.

5) Tali yang telah putus itu, tetaplah anda genggam di dalam tangan anda. Kemudian anda berdoalah kepada Allah, “Ya Allah Ya Rabb, aku lemparkan buhul ini kepada mereka yang menghantarnya kepadaku, maka Engkau balaslah segala perbuatan jahat mereka ke atas diriku. Kemudian lemparkan buhul tersebut sambil bertakbir.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Apakah Sihir Hawatif?

$
0
0

Diantara jenis-jenis sihir yang diamalkan oleh tukang sihir dinamakan sebagai sihir hawatif. Apakah sihir hawatif ini?

Sihir hawatif, atau dikenali juga dengan sihir bisikan ialah sejenis sihir yang digunakan bertujuan untuk menjadikan mangsanya gila.

Ini kerana jin-jin yang dihantar oleh tukang sihir akan diarahkan untuk mengganggu pendengaran mangsa iaitu melalui bisikan dengan sesuatu yang menakutkan ataupun menjadikan mangsa mendengar suara-suara dari orang yang dikenalinya walaupun hakikatnya orang tersebut tidak ada.

Selain dari memperdengarkan suara-suara, jin-jin tadi juga akan disuruh oleh tukang sihir supaya muncul di dalam mimpi mangsa dan berubah rupa menjadi haiwan-haiwan buas ataupun rupa yang menakutkan.

Tetapi, apakah tujuannya tukang sihir menyihir mangsa dengan sihir tersebut?

Tujuannya adalah supaya mangsa menjadi stress dan akhirnya gila. Ini disebabkan perasaan takut dan curiga yang keterlaluan akibat dari gejala mimpi dan suara-suara aneh yang dialami oleh mangsa setiap hari.

Dalam kes begini, mungkin ada seseorang yang menaruh rasa dendam, dengki, iri hati dan sebagainya kepada mangsa. Kemudian, apabila termakan dengan hasutan dari nafsu dan syaitan, maka mereka yang menaruh perasaan dendam tadi mengupah tukang sihir supaya disihirkan mangsa sehingga mangsa menjadi gila.

Tetapi, apakah akibat dari perbuatan sihir ini benar-benar berlaku? Atau hanya sekadar khayalan?

Ada sesetengah dari kalangan masyarakat Islam sendiri yang masih tidak percaya, ataupun merasa ragu-ragu dengan kesan dari sihir ini. Untuk mnghilangkan keraguan ini, mari kita lihat maksud dari Surah Al-Baqarah ayat 102 di bawah:

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui”

Jelas, di dalam ayat di atas, Allah s.w.t telah menegaskan bahawa Bani Israel telah mempelajari ilmu sihir yang mana dengan ilmu tersebut menyebabkan seorang suami boleh berpisah dengan isterinya. Dengan dalil di atas, segala akibat yang berlaku berpunca dari sihir itu adalah benar dan bukan khayalan.

Gejala-Gejala Sihir Hawatif

Seterusnya, apakah gejala-gejala yang biasanya akan dialami oleh mangsa yang terkena sihir hawatif ini. Tujuan untuk mengetahui gejala-gejala sihir ini ialah supaya mudah untuk kita kesan samada diri kita terkena sihir ini ataupun tidak.

Diantara gejala-gejalanya ialah:

  1. Sering bermimpi sesuatu yang menakutkan.
  2. Sering bermimpi melihat seseorang yang menyeru namanya di dalam mimpi.
  3. Selalu terdengar seperti ada suara seseorang yang mengajaknya untuk bersembang dalam keadaan sedar. Tetapi apabila dicari suara tersebut, tidak ada sesiapapun yang bercakap dengannya.
  4. Banyak perasaan was-was, terutamanya ketika mengambil wuduk atau melakukan ibadah lain.
  5. Rasa curiga yang berlebihan terhadap kawan-kawan, saudara dan juga orang yang dicintainya.
  6. Sering bermimpi seolah-olah terjatuh dari tempat yang tinggi.
  7. Sering bermimpi binatang buas sehingga menimbulkan perasaan takut.

Bagaimana Sihir Ini Berlaku?

Biasanya tukang sihir akan mengarahkan jin suruhannya untuk masuk ke dalam mimpi mangsa. Kemudian berubah bentuk kepada binatang buas sehingga menakutkan mangsa.

Ataupun jin tersebut disuruh supaya memanggil-manggil nama mangsa dengan suara seseorang yang dikenali mangsa. Ataupun dengan suara-suara aneh yang menakutkan.

Cara ini akan dilakukan setiap masa oleh jin tukang sihir tersebut sehingga menjadikan mangsa berada dalam keadaan stress yang teramat sangat. Dan matlamat yang terakhir ialah supaya mangsa menjadi gila akibat stress yang tidak terkawal dan hilang ketenangan di dalam kehidupan seharian.

Kaedah Rawatan Sihir Hawatif

  1. Bacakan ayat-ayat ruqyah kepada mangsa sihir tadi.
  2. Sekiranya pesakit bereaksi ketika diruqyah, ancam jin tersebut dengan ayat-ayat pemusnah jin, dan suruhlah jin tersebut keluar ketika itu juga.
  3. Sekiranya pesakit tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika diruqyah, suruh pesakit lakukan amalan-amalan di bawah secara istiqamah.
    a) Pastikan pesakit berada dalam keadaan berwuduk setiap masa.
    b) Selalu membaca Ayat Kursi, terutamanya ketika hendak tidur.
    c) Bacalah Al-Mu’awwizatain (Al-Falaq dan An-Nas), kemudian ditiupkan ke tapak tangan dan sapu ke seluruh tubuh badan setiap kali sebelum hendak tidur.
    d) Bacalah Surah As-Saffat pada setiap pagi dan surah Ad-Dukhan setiap kali hendak tidur. Atau anda juga boleh biasakan mendengar bacaan kedua-dua surah tersebut.
    e) Bacalah surah Al-Baqarah setiap selang 3 hari, ataupun sekurang-kurangnya dengar bacaan surah tersebut.
    f) Bacalah dua ayat terakhir dari Surah Al-Baqarah setiap kali sebelum hendak tidur.
    g) Sebelum tidur, bacalah doa di bawah:

    “Bismillahh wado’tu janbi, Allahummaghfirli zanbi wa akhsi syaithoni wa fukka rihaani waj’alni finnadiyyil a’la
    h) Biasakan diri membaca atau mendengar surah-surah berikut; Surah Fussilat, Surah Al-Fath, dan Al-Jin. Baca atau dengar surah-surah ini sebanyak 3 kali dalam sehari.

Dan akhir sekali, sebaiknya amalan-amalan yang saya kongsikan di atas hendaklah diamalkan secara istiqamah. Untuk kali pertama, amalkan selama sebulan penuh dan inshaaAllah anda akan merasa perubahan yang berlaku pada diri anda.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

 

Bolehkah Saya Tahu Siapa Penghantar Sihir & Di mana Barang Sihir Tersebut?

$
0
0

Saya ada mendapat soalan dari pembaca yang ingin mengetahui apakah kita boleh tahu siapa yang menghantar sihir kepada kita dan di mana diletakkan barang sihir tersebut.

Tidak dinafikan, salah satu cara yang paling berkesan untuk menghilangkan atau mematikan sihir tersebut ialah dengan cara mencari barangan yang digunakan untuk melakukan sihir tersebut dan musnahkannya.

Biasanya barang yang digunakan untuk melakukan sihir ialah barang yang ada kaitan dengan mangsa, contohnya rambut, tulang, darah, pakaian dan sebagainya.

Malangnya, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk anda menjumpai barang tersebut. Kerana sudah pasti barang yang digunakan untuk tujuan sihir pastinya akan diletakkan di tempat yang tersembunyi.

Dalam beberapa kes yang melibatkan sihir yang pernah saya kendalikan, ada juga keadaan di mana jin sihir memberitahu kepada anda di mana barang tersebut ditanam atau diletakkan, tetapi anda tidak tahu sama ada apa yang dikatakan oleh jin itu adalah benar atau bohong semata-mata. Satu-satunya cara untuk mengesahkan kebenaran jin tersebut adalah pergi memeriksa tempat di mana yang telah diberitahu oleh jin tadi.

Anda kena selalu ingat bahawa jin sering berbohong. Mereka mungkin akan menyebut nama seseorang dan mengatakan orang itulah yang melakukan sihir kepada anda. Tujuannya hanyalah untuk menyebabkan pergaduhan dan perpecahan.

Dari pengalaman saya, ada dua keadaan sahaja di mana jin mungkin akan berkata dengan benar, itu pun anda masih perlu berhati-hati. Dua keadaan tersebut ialah:

  1. Ketika rasa sangat yang teramat sangat apabilla diruqyah.
  2. Apabila jin tersebut telah menjadi Muslim.

Satu-satunya cara untuk mencari barang sihir tersebut dan orang yang melakukannya, adalah untuk bangun ditengah malam secara istiqamah dan menunaikan solat tahajjud serta berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar ditunjukkan kepada anda hal-hal yang berkaitan dengan sihir.

Anda perlulah bersabar dalam usaha menunaikan solat tahajjud tersebut dan mengharap kepada Allah dengan sepenuh pengharapan. Ini kerana Allah s.w.t telah berfirman:

“Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat” (Surah Al-Baqarah ayat 45)

Dan nasihat saya, apabila anda mungkin mendapat petunjuk samada melalui mimpi dan sebagainya, maka janganlah terus percaya melainkan dengan melakukan siasatan terlebih dahulu.

Jika anda bermimpi ditunjukkan tempat ditanamnya barang sihir, maka pergilah ke tempat tersebut dan carilah. Dan jika anda ditunjukkan orang yang melakukannya, maka buatlah siasatan. Ini kerana, kita tidak tahu samada mimpi yang anda terima itu adalah petunjuk dari Allah ataupun mainan syaitan semata-mata.

Saya harap sedikit penjelasan ini dapat menjawab persolan anda dan tidak syak lagi Allah mengetahui yang terbaik. Saya berdoa agar Allah memberkati anda dengan kesihatan yang baik.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Bagaimana Mengenali Orang Yang Menghantar Sihir?

$
0
0

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Sihir adalah satu amalan kejahatan yang telah wujud sejak dari zaman dahulu lagi. Sehingga di dalam Al-Quran pun ada ayat-ayat yang menyentuh tentang perkara sihir ini.

Dari pengalaman saya sendiri, boleh dikatakan sihir ini dilakukan atas pelbagai tujuan. Ada sihir yang digunakan untuk membalas dendam kerana cinta tidak terbalas. Ada sihir yang digunakan oleh isteri untuk menundukkan suami. Ada sihir yang digunakan untuk melariskan jualan dalam perniagaan.

Pendek kata, amalan sihir dilakukan dengan pelbagai tujuan. Tambahan pula, diakhir zaman ini di mana kemuliaan seseorang itu dinilai dari sudut material, maka dengan sihir, manusia yang lemah imannya akan tertipu dengan janji manis jin dan syaitan yang kononnya mampu menjadikan seseorang itu kaya raya hanya dengan mengamalkan sihir.

Memandangkan saya yang boleh dikatakan telah lama menceburkan diri di dalam bidang perubatan Islam ini, kes-kes yang melibatkan sihir banyak yang datang berjumpa saya.

Diantara persoalan yang paling popular yang diajukan kepada saya oleh ramai pesakit ialah, “Siapakah manusia yang menyihir mereka?

Secara jujurnya saya mengaku bahawa saya tidak tahu siapa yang menghantar sihir. Ini kerana perbuatan sihir adalah perbuatan yang dilakukan secara tersembunyi di mana mereka yang terlibat dengan sihir ini biasanya menggunakan bantuan dari jin untuk menyihir mangsa.

Tetapi, walaupun saya tidak mengetahui siapa yang menghantar sihir kepada anda, apa yang boleh saya kongsikan dengan anda ialah bagaimana untuk mengenali ciri-ciri tukang sihir.

Tahukah anda bahawa ada kes-kes yang saya kendalikan, pesakit sebenarnya bukanlah disihir oleh orang lain yang berniat jahat kepada mereka, tetapi mereka disihir adalah kerana kesilapan mereka sendiri di mana mereka yang datang kepada tukang sihir tersebut.

Oleh kerana itu bagi saya, adalah sangat penting untuk anda mengenali ciri-ciri tukang sihir ini bagi mengelakkan anda dari bertemu dan mendapatkan rawatan dengan mereka.

Antara barang-barang yang digunakan oleh tukang sihir untuk menghantar sihir kepada mangsanya ialah melalui gambar, rambut, kuku, pakaian dalam mangsa dan sebagainya.

Sekarang saya nak kongsikan dengan anda ciri-ciri yang ada pada tukang sihir. Antara ciri-ciri yang patut anda ketahui ialah:

1) Bertanya kepada pesakit namanya dan juga nama ibunya.

2) Meminta kepada pesakit supaya disediakan haiwan untuk tujuan disembelih. Ini agak meragukan kerana di dalam amalan perubatan Islam tidak perlu pun pesakit menyediakan haiwan untuk disembelih. Alasannya ialah untuk tujuan disembelih dan disedekahkan. Tetapi sebenarnya jika hendak digunakan untuk bersedekah tidak semestinya haiwan. Benda lain pun boleh. Jadi nasihat saya jangan berubat dengan perawat yang menggunakan kaedah begini. Dikhuatiri haiwan itu sebenarnya hendak dipersembahkan sebagai korban kepada jin belaan mereka.

3) Membaca jampi serapah, kadang-kadang dalam bahasa yang tidak dapat difahami, dan kadang-kadang bacaan tersebut dibaca dengan perlahan. Tidak ada sebarang suara yang dapat didengari, hanya mulut yang terkumat-kamit. Jika apa yang dibaca itu ialah Al-Quran, bacaannya mestilah dibaca dengan kuat supaya didengari oleh jin yang berada di dalam badan pesakit.

4) Kadang-kadang perawat dapat meneka dengan tepat apa masalah atau penyakit yang dihadapi oleh anda

. Perawat yang begini juga anda perlu berhati-hati kerana kemungkinan dia menggunakan jin untuk membantunya dalam sesi rawatan.

5) Meminta kepada pesakit supaya diberikan sesuatu yang merupakan milik pesakit kononnya untuk tujuan perubatan. Contohnya perawat meminta anda menyediakan baju, atau pakaian dalam, atau sikat, atau kuku dan sebagainya. Pastikan anda tidak mengikuti apa yang disuruh oleh perawat tersebut.

6) Perawat memberikan sesuatu kepada pesakit dan meminta supaya anda menanam barang tersebut dikawasan rumah. Alasannya ialah untuk dijadikan pendinding dari jin. Hakikatnya adalah tidak benar sama-sekali.

7) Memberikan sesuatu yang dibungkus dengan kain kepada anda. Dan perawat meminta anda menyimpan dan membawanya ke mana sahaja. Ada sesetengah perawat juga akan menyuruh supaya anda berikir sambil memegang bungkusan tersebut. Ini juga perlulah anda berhati-hati.

Inilah tujuh ciri-ciri yang biasanya terdapat pada diri seorang tukang sihir dan juga bomoh. Apa yang perlu anda faham di sini ialah kaedah perubatan Islam hanyalah menggunakan bacaan Al-Quran dan juga zikir-zikir yang diajarkan Nabi s.a.w.

Di dalam perubatan Islam juga sepatutnya tidak dilakukan perbuatan-perbuatan yang boleh menimbulkan keraguan di dalam kaedah rawatannya. Jika ada, nasihat saya tinggalkanlah.

Baiklah, semoga dengan perkongsian artikel ini, dapat membantu dan memberikan manfaat kepada anda keseluruhannya.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

9 Tanda Anda Terkena Sihir Pemisah Rumahtangga

$
0
0

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Sihir pemisah adalah sihir yang dihantar kepada mangsa dengan tujuan untuk memutuskan sesuatu perhubungan. Oleh sebab itu, sihir ini bukan sahaja ditujukan kepada psangan suami isteri sahaja, boleh juga berlaku kepada pasangan yang baru bertunang, hubungan diantara ibu/ayah dengan anaknya, hubungan diantara sahabat, dan lain-lain hubungan.

Ingatlah bahawa sihir tidak hanya berlaku apabila kita ada musuh sahaja. Sihir sebenarnya berlaku adalah disebabkan adanya perasaan dengki, iri hati, dendam dan sebagainya, orang lain kepada kita. Jalan yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah sentiasa amalkan zikir-zikir pendinding dan doa-doa pelindung yang diajarkan oleh Baginda.

Dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda 9 tanda yang menunjukkan kemungkinan pasangan suami dan isteri telah terkena sihir pemisah.

Antara tanda-tandanya ialah:

1) Suami atau isteri atau kedua-duanya sudah hilang keinginan untuk melakukan persetubuhan. Jika hubungan tersebut berlaku, kemungkinan mereka tidak akan merasa nikmatnya sama sekali.

2) Suami ataupun isteri akan berasa sangat rimas, tidak tenang, dan panas apabila berada di dalam rumah tetapi apabila berada diluar rumah, perasaan tersebut akan hilang dengan serta-merta.

3) Suami atau isteri akan mula merasa tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.

4) Suami atau isteri akan melihat pasangannya dalam rupa bentuk yang hodoh, buruk atau menakutkan.

5) Suami atau isteri akan mudah marah dan melenting sehingga menimbulkan pergaduhan yang kadang-kadang boleh membawa kepada perceraian, walaupun pergaduhan itu hanya berpunca dari perkara yang kecil.

6) Suami sangat ringan mulutnya (mudah hilang sabar) untuk melafazkan cerai, manakala isteri pula sangat ringan mulutnya untuk meminta cerai kepada suami apabila berlakunya pergaduhan yang kecil.

7) Suami ataupun isteri akan sering mengalami mimpi-mimpi yang buruk dan menakutkan.

8) Suami atau isteri akan selalu melihat adanya kelibat yang melintas atau berkeliaran samada di dalam ruamh ataupun dikawasan luar rumah.

9) Suami atau isteri akan sering mengalami masalah kesihatan yang tidak diketahui punca-puncanya seperti sakit kepala yang teramat sangat, sakit di perut, tangan kaki ataupun di anggota-anggota yang lain.

Jika anda perasan adanya tanda-tanda di atas berlaku dalam rumahtangga anda, janganlah bertangguh. Lagi lama anda bertangguh, lagi cepat kesan buruknya akan berlaku. Segeralah mendapatkan rawatan dari perawat yang syar’i untuk dipastikan apakah benar anda disihir dan dikeluarkan sihir tersebut.

Semoga Allah menyelamatkan dan melindungi diri kita dan ahli keluarga kita dari kejahatan tukang-tukang sihir.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

7 Sebab Jin Sihir Tahan Bacaan Al-Quran

$
0
0

AMARAN! 90% PESAKIT GANGGUAN JIN AKAN MENGALAMI GEJALA SUSAH TIDUR MALAM? Dapatkan EBOOK PERCUMA Dari Saya Dan Belajar Bagaimana Cara Untuk Mengenalpasti & Kaedah Merawatnya! Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Antara masalah yang sering dihadapi oleh pesakit-pesakit yang mengalami gangguan jin, terutamanya yang melibatkan sihir, ialah jin tersebut mampu menahan apabila dibacakan ayat Al-Quran.

Bacaan tersebut seolah-olah tidak memberikan kesan kepada jin yang berada di dalam badan manusia yang dimasukinya. Jadi, apa sebabnya dan mengapa jin itu mampu untuk tahan dengan bacaan tersebut?

Dalam artikel kali ini, inshaaAllah saya akan kongsikan dengan anda 7 sebab yang memungkinkan jin tersebut mempunyai ketahanan terhadap bacaan ayat-ayat Al-Quran.

1) Jin tersebut sebenarnya memang sudah benar-benar masuk ke dalam Islam, benar-benar bertaubat di atas segala perbuatannya dan mahu keluar dari badan manusia yang disakitinya. Tetapi, jin tersebut tidak dapat keluar disebabkan ia masih terikat dengan buhul sihir yang digunakan oleh tukang sihir. Oleh kerana itu, bacaan Al-Quran tidak memberikan kesan kepada jin.

2) Jin tersebut pura-pura masuk Islam tetapi dia mempunyai beberapa lapisan pendinding yang melindungi dirinya sehinggakan kesan daripada bacaan Al-Quran tidak dapat menyakiti tubuhnya. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan cara mesti menghancurkan terlebih dahulu lapisan pendinding yang melindungi jin itu.

3) Jin tersebut dilindungi oleh kerajaan jin di mana kerajaan jin itu akan menyalurkan tenaga sehingga jin yang berada di dalam badan manusia tidak merasakan sebarang tindakbalas dari bacaan ayat-ayat Al-Quran.

4) Masih ada barang-barang sihir yang ditanam disekitar rumah, ataupun masih adanya barang-barang sihir atau keramat/tangkal yang disimpan di dalam rumah.

5) Jin boleh saja meniru bacaan Al-Quran bahkan jin kafir juga dapat meniru bacaan Al-Quran tetapi oleh kerana tidak ada niat dan keimanan di dalam diri, maka bacaan Al-Quran tidak memberikan sebarang bekas pada diri jin.

6) Pesakit atau perawat sendiri masih ada keraguan terhadap keberkesanan ayat-ayat Al-Quran sehingga keadaan itu memberikan kesan kepada kemujaraban ayat-ayat Al-Quran untuk mengusir jin keluar.

7) Jin tersebut masih lagi terikat oleh tali buhul yang dipasang oleh tukang sihir. Keadaan ini menjadikan jin tertahan dan tidak dapat keluar dari badan pesakit.

Sumber: Quranic-Healing.org

tanda sihir

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

 

Bagaimana Mengenali Makanan Yang Disihir?

$
0
0

AMARAN! 90% PESAKIT GANGGUAN JIN AKAN MENGALAMI GEJALA SUSAH TIDUR MALAM? Dapatkan EBOOK PERCUMA Dari Saya Dan Belajar Bagaimana Cara Untuk Mengenalpasti & Kaedah Merawatnya! Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh tukang sihir untuk menghantar sihir kepada mangsanya. Jika anda pernah membaca artikel saya sebelum ini yang bertajuk 4 Cara Sihir Dihantar Kepada Mangsa, saya ada kongsikan bahawa salah satu caranya sihir dihantar adalah melalui makanan.

Jadi, bagaimana kita nak mengetahui jika makanan atau minuman yang telah dijampikan dengan mentera-mentera sihir? Apakah gejala-gejala yang akan berlaku kepada mangsa yang memakan makanan atau minuman tersebut?

Seperti yang selalu saya jelaskan dalam artikel-artikel saya sebelum ini, apabila seseorang itu telah disihir akan ada pada dirinya gejala-gejala. Dari situlah, kita akan dapat mengenalpasti mereka yang terkena sihir.

Tanda-tanda sihir yang dimasukkan melalui makanan atau minuman ialah…

1) Jika sihir yang dimasukkan melalui makanan atau minuman yang masih baru, maka akan timbul rasa sakit dibahagian perut iaitu rasa bisa disebelah tepi perut. Selain itu mangsa juga akan mengalami muntah yang banyak pada awalnya.

2) Rasa mual dibahagian leher apabila mendengarkan ayat-ayat Al-Quran, terutamanya ayat-ayat ruqyah.

3) Perut terasa banyak angin dan akan menjadikan seseorang itu membuang angin setiap kali selesai berwudhu atau dipertengahan solat.

4) Merasakan adanya pergerakan diperut sewaktu diruqyah atau ketika mendengar bacaan Al-Quran.

5) Merasakan seperti adanya bebola dibahagian kerongkong setiap kali ingin membaca Al-Quran.

6) Merasakan adanya bahang panas dihujung-hujung jari ataupun diseluruh badan terutamanya ketika mendengar bacaan Al-Quran.

7) Munculnya bau busuk dibahagian tepi perut dan akan bertambah bau busuknya ketika diruqyah.

8) Hilang selera makan, dan tidak suka bahkan mungkin akan benci kepada susu dan madu.

9) Suami dan isteri tidak dapat melakukan persetubuhan dalam tempoh yang lama.

10) Sakit yang teramat sangat ketika datangnya haid.

11) Lemah dalam penglihatan.

12) Akan ternampak dihadapan matanya seakan-akan helaian rambut atau seutas tali yang terlilit dan akan kelihatan lebih jelas jika dipejamkan mata.

13) Mangsa akan berasa sakit dibahagian tapak sihir itu berada walaupun hanya disentuh sedikit sahaja.

14) Rasa susah untuk bernafas walaupun tidak mempunyai penyakit asma atau penyakit lainnya.

15) Wajah akan bertukar menjadi kehitaman ketika diruqyah. Apabila diruqyah dan hilang sihir tersebut, maka wajah akan kembali cerah seperti sediakala.

16) Sakit dibahagian bawah punggung, terutamanya dibahagian tulang ekor.

17) Pembengkakan pada tangan dan kaki atau akan munculnya lebam-lebam kebiruan, dan kemungkinan disitulah pusat sihir berada. Boleh diruqyah dan dibekam dikawasan tersebut.

18) Mengeluarkan hingus dan meludah ketika diruqyah.

19) Rasa berat di badan, terutamanya dibahagian tengkuk dan kedua bahu.

Jika anda mengalami 19 gejala-gejala di atas, besar kemungkinan anda telah terminum atau termakan makanan/minuman yang telah dijampi dengan jampi-jampi sihir.

Mungkin anda telah termakannya ketika menghadiri majlis  keramaian atau kenduri-kendara. Jadi untuk mengelakkan termakan makanan atau minuman yang telah disihir, anda boleh lakukan kaedah yang saya kongsikan dalam artikel saya yang bertajuk Cara Elakkan Sihir Melalui Makanan. InshaaAllah ada kebaikannya.

Jika anda telahpun terkena sihir yang dihantar melalui makanan atau minuman, boleh amalkan kaedah di bawah:

1) Menjaga solat berjemaah untuk lelaki. Jika perempuan, pastikan sentiasa solat diawal waktu di rumah (wanita lebih utama solat dirumah berbading di masjid)

2) Membaca atau mendengar bacaan Surah Al-Baqarah dan menghayati maknanya. Lakukan amalan ini setiap hari.

3) Membaca ayat-ayat pendinding/pelindung diri iaitu Al-Muawwizatain setiap hari.

4) Istiqamah mengamalkan zikir, terutamanya zikir pagi dan petang. Amalkan setiap hari.

5) Jauhkan dari mendengar muzik atau menonton filem kerana ia akan melalaikan dari mengingati Allah.

6) Pesakit perlu memahami bahawa ketaatan adalah faktor yang sangat penting yang mana ianya mempengaruhi cepat atau lambatnya kesembuhan kerana kesembuhan itu datang daripada Allah semata-mata.

7) Dan terakhir sekali, perbaiki semula akidah kita dan ikhlaskan segala amalan soleh yang dilakukan. Sentiasalah mengaku dan sedar akan dosa-dosa yang dilakukan dan selalulah memohon ampun kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.

Sekiranya anda melakukan kaedah-kaedah di atas dengan iqtiqamah, yakinlah Allah akan memberikan kesembuhan kepada anda.

tanda sihir

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.


Bagaimana Elakkan Dari Pukau?

$
0
0

AMARAN! 90% PESAKIT GANGGUAN JIN AKAN MENGALAMI GEJALA SUSAH TIDUR MALAM? Dapatkan EBOOK PERCUMA Dari Saya Dan Belajar Bagaimana Cara Untuk Mengenalpasti & Kaedah Merawatnya! Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Dalam banyak-banyak amalan sihir, ada sejenis sihir yang dikenali oleh masyarakat kita sebagai ilmu pukau. Menurut kamus dewan, ilmu pukau bermaksud jampi serapah yang digunakan oleh seseorang untuk membuatkan orang lain menjadi mabuk atau tidur dengan lelap, tidak dapat berbuat atau berkata apa-apa kerana telah menjadi sasaran jampi.

Apabila perkataan pukau tadi ditambah dengan imbuhan ‘ter’, ia menjadi terpukau dengan maksud terpedaya, terkaku, dan tertidur, disebabkan oleh perbuatan sipemukau.

Dari maksud di atas, kita dapat memahami bahawa pukau ini adalah suatu ilmu atau teknik yang digunakan oleh seseorang untuk menjadikan orang lain (mangsa pukau) tertidur, lidah menjadi kelu untuk berkata-kata, mengantuk secara tiba-tiba, menurut segala kemahuan pemukau dan akhirnya mangsa akan diperdaya.

Saya cenderung untuk mengatakan bahawa ilmu pukau ini adalah sejenis ilmu yang termasuk dalam amalan sihir. Dan apabila dikatakan perbuatan sihir, maka sudah tentulah ianya berlaku dengan adanya bantuan jin.

Anda perlu berhati-hati kerana pukau boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah melalui hembusan asap rokok, renungan mata, senyuman, minuman, telefon (percakapan atau mesej), bersalaman, angin, tepukan dibelakang, serta membuang najis, telur busuk, atau pakaian buruk dihadapan rumah mangsa.

Jadi, anda perlulah berhati-hati sekiranya menemui sesuatu yang pelik dihadapan rumah seperti telur busuk, selipar sebelah, dan najis manusia dihadapan rumah kerana itu mungkin salah satu cara yang digunakan untuk menghantar pukau ke rumah dengan tujuan jenayah, seperti mencuri, menculik dan sebagainya.

Tanda-Tanda Pukau

Diantara tanda-tanda yang menunjukkan KEMUNGKINAN anda telah terkena pukau ialah:

1) Nampak sesuatu seperti sebaliknya, contohnya nampak sesuatu yang hodoh itu sebagai cantik.

2) Jantung berdebar-debar.

3) Selalu menerima panggilan tetapi pemanggilnya senyap dan tidak berkata-kata.

4) Sakit dibahagian belakang terutamanya diantara waktu Asar ke Maghrib.

5) Sakit kepala terutamanya diwaktu Asar ke Maghrib.

6) Anda tiba-tiba menjadi tidak sedar apa yang berlaku kecuali selepas ditegur oleh orang disekeliling.

Pernah diceritakan oleh pesakit saya bahawa suatu hari dia pergi ke bank untuk mengeluarkan wang melalui mesin ATM. Kemudian tiba-tiba datang seorang yang tidak dikenalinya, menepuk belakangnya dan selepas itu beliau tidak sedar apa yang berlaku. Beliau terus sahaja pulang ke rumah dalam keadaan terpinga-pinga.

Sehinggalah ditegur oleh isterinya, barulah dia sedar diri dan kemudian menceritakan apa yang berlaku. Bila disemak semula baki akaunnya, ternyata semua duitnya telah tiada. Inilah bahaya pukau. Dan di zaman ekonomi yang sangat menekan ini, mereka yang lemah imannya tidak lagi memperdulikan bagaimana cara untuk mendapatkan wang dengan mudah, maka kaedah pukau adalah cara yang paling mudah.

Cara Melindungi Diri Dari Pukau

Oleh kerana pukau termasuk dalam perbuatan sihir, maka satu-satunya jalan ialah anda perlu sentiasa memohon perlindungan kepada Allah s.w.t. Untuk itu, amalan-amalan yang boleh anda lakukan secara istiqamah ialah:

1) Berwuduk

Cara yang paling mudah untuk diamalkan ialah pastikan anda sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk. Berwuduk maksudnya anda berada dalam keadaan suci dari hadas kecil. Apabila anda sentiasa berada dalam keadaan suci, inshaaAllah jin tidak dapat menguasai diri anda.

2) Berdoa

Setiap kali anda hendak keluar dari rumah, pastikan anda tidak lupa membaca doa pelindung. Apakah doa yang sebaiknya dibaca. Doa yang ringkas tetapi fadhilatnya besar ialah anda membaca doa di bawah:

Berdasarkan dari hadis Nabi s.a.w, baginda telah bersabda yang bermaksud; “Barangsiapa yang membaca doa di atas diwaktu pagi dan petang sebanyak tiga kali, tidak ada sesuatupun yang dapat memudharatkannya”. (Lihat Sahih Sunan At-Tirmidzi, no 2689)

3) Amalkan membaca ayat 255 dari Surah Al-Baqarah, atau yang selalu kita panggil sebagai ayat kursi.

Selain dari membacanya setiap kali hendak keluar rumah, anda juga boleh istiqamah membacanya dengan suara yang jahar (dapat didengari) setiap hari iaitu sebelum tidur malam dan juga setiap pagi dan niatkan untuk perlindungan diri.

4) Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas (Al-Muawwizatain)

Surah Al-Ikhlas ialah surah tentang penegasan keagungan dan keesaan Allah s.w.t. Manakala surah Al-Falaq dan An-Nas pula disebut sebagai Al-Muawwizatain kerana surah ini dimulai dengan memohon perlindungan kepada Allah. Kelebihan dan fadhilat mengamalkan ketiga-tiga surah ini dapat kita hayati melalui hadis Nabi s.a.w di bawah:

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’iid, telah menceritakan kepada kami Al-Mufadhdhal bin Fadhaalah, dari ‘Uqail, dari Ibnu Syihaab, dari ‘Urwah, dari ‘Aaisyah, bahwa dahulu Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam jika hendak beranjak ke pembaringannya pada setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya kemudian meniup keduanya dan beliau membaca, “Qul huwallaahu ahad, Qul a’uudzubirabbil falaq dan Qul a’uudzubirabbin naas,” kemudian beliau mengusap dengan kedua telapak tangannya apa yang dapat dijangkau dari anggota tubuh beliau, dimulai dari kepala, wajah dan pada anggota tubuh yang dapat beliau jangkau, beliau melakukannya tiga kali.
[Shahiih Al-Bukhaariy no. 5018; Sunan Abu Daawud no. 5056; Jaami’ At-Tirmidziy no. 3402]

Telah menceritakan kepada kami ‘Abd bin Humaid, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ismaa’iil bin Abu Fudaik, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abi Dzi’b, dari Abu Sa’iid Al-Barraad, dari Mu’aadz bin ‘Abdullaah bin Khubaib, dari Ayahnya -radhiyallahu ‘anhu-, ia berkata, kami keluar pada malam hari ketika hujan lebat dan gelap, kami meminta Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam untuk shalat bersama kami, ‘Abdullaah bin Khubaib berkata, maka aku mendapati beliau dan beliau pun bersabda, “Ucapkan!” Namun aku tidak mengucapkan apapun, kemudian beliau bersabda lagi, “Ucapkan!” Namun aku tidak juga mengucapkan apapun, beliau bersabda kembali, “Ucapkan!” Aku berkata, “Apa yang harus kuucapkan (wahai Rasul)?” Beliau bersabda, “Ucapkan, Qul huwallaahu ahad dan Al-Mu’awwidzatain (Al-Falaq dan An-Naas) saat sore dan pagi hari tiga kali, maka mereka akan mencukupimu dari segala sesuatu.”
[Jaami’ At-Tirmidziy no. 3575; Sunan Abu Daawud no. 5082; Sunan An-Nasaa’iy no. 5428; Musnad Ahmad no. 22156] – Hasan. Dihasankan Al-Haafizh Ibnu Hajar dalam Nataa’ijul Ifkaar 2/345 dan Syaikh Al-Albaaniy dalam Takhriij Al-Misykaah no. 2104.

Selamat beramal dengan penuh keikhlasan dan semoga Allah melindungi kita semua dari kejahatan makhluk-Nya samada dari kalangan jin mahupun manusia.

tanda sihir

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

 

Bagaimana Cara Nak Tahu Sihir Sudah Tiada?

$
0
0

AMARAN! 90% PESAKIT GANGGUAN JIN AKAN MENGALAMI GEJALA SUSAH TIDUR MALAM? Dapatkan EBOOK PERCUMA Dari Saya Dan Belajar Bagaimana Cara Untuk Mengenalpasti & Kaedah Merawatnya! Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Saya selalu ditanyakan oleh pesakit-pesakit saya bagaimana caranya untuk mengetahui samada sihir di dalam badan, masih ada atau tidak. Yelah kan, bila dah konsisten buat rawatan, dah korbankan masa dan juga wang, tentulah nak tahu juga adakah kesan positifnya.

Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda cara mudah bagaimana nak tahu samada gangguan sihir di dalam badan kita masih ada, atau sudah berkurangan, atau telah tiada.

 

Cara mudah untuk mengesannya ialah dengan melihat kepada dua jenis gejala.

  1. Gejala umum
  2. Gejala khusus

Apakah Gejala Umum?

Gejala umum ini ialah gejala yang akan berlaku kepada mereka yang diganggu oleh jin, tidak kiralah samada sihir, saka, dan sebagainya. Gejala-gejala umum ialah:

  • Susah tidur malam tanpa sebab.
  • Sering terjaga di waktu tengah malam tanpa sebab.
  • Sering mimpi menakutkan.
  • Sering bermimpi melihat binatang.
  • Sering bermimpi melihat makhluk halus.
  • Sering bermimpi terjatuh dari tempat tinggi.
  • Sering bermimpi mendukung atau menyusukan bayi.
  • Sering bermimpi di tempat kotor atau kawasan perkuburan.
  • Sering bermimpi diancam benda tajam.
  • Sering sakit kepala tanpa sebab terutamanya selepas Asar atau ketika Maghrib.
  • Sering rasa berdebar-debar, sedih, takut dan sebagainya.
  • Jantung berdenyut dengan laju tanpa sebab.
  • Rasa sakit dibahagian belakang terutamanya disepanjang tulang belakang.
  • Cepat nak marah tanpa sebab atau disebabkan perkara kecil.
  • Rasa berat dan malas untuk berzikir, membaca Al-Quran, dan beribadah.
  • Selalu rasa tidak bermaya dan lesu.
  • Cepat lupa tanpa sebab.

Jika anda mengalami gejala-gejala umum di atas, itu menunjukkan KEMUNGKINAN anda sedang diganggu oleh jin.

Apakah Gejala-Gejala Khusus?

Gejala-gejala khusus pula ialah gejala yang menunjukkan jenis-jenis sihir yang dialami. Sebagai contoh, gejala yang akan dialami oleh mereka yang disihir dengan sihir pendarahan ialah akan keluarnya darah dari kemaluan mangsa dalam jumlah yang banyak dan tanpa henti.

Tetapi apabila dilakukan pemeriksaan di klinik atau hospital, doktor mengesahkan bahawa tidak ada apa-apa masalah yang boleh menyebabkan berlakunya pendarahan tersebut.

Jadi, sekiranya anda mengalami dua jenis gejala ini, itu menandakan bahawa anda telah terkena sihir.

Bagaimana pula untuk kita nak tahu samada sihir yang dihantar kepada kita masih ada ataupun tidak?

Berbalik kepada dua jenis gejala tadi. Apabila dua jenis gejala yang saya sebutkan di atas telah tiada lagi pada diri anda, itu menunjukkan yang sihir sudah tiada lagi di dalam badan anda, inshaaAllah.

Inilah cara yang saya paraktikkan sebagai satu kaedah untuk saya mendiagnosis masalah gangguan samada sihir, saka dan sebagainya, kepada pesakit-pesakit saya.

Mudah-mudahan perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.

tanda sihir

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Tanda-Tanda Sihir Perniagaan & Kaedah Merawatnya

$
0
0

AMARAN! 90% PESAKIT GANGGUAN JIN AKAN MENGALAMI GEJALA SUSAH TIDUR MALAM? Dapatkan EBOOK PERCUMA Dari Saya Dan Belajar Bagaimana Cara Untuk Mengenalpasti & Kaedah Merawatnya! Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Ada pelbagai tujuan seseorang itu menggunakan sihir. Diantaranya ialah untuk merosakkan perniagaan pesaingnya. Perkara begini sanggup dilakukan oleh seseorang disebabkan oleh rosak imannya dan dia mudah diperdaya oleh syaitan.

Ini kerana, mereka yang menggunakan sihir ini lupa, bahawa hakikat yang memberikan rezeki itu adalah Allah s.w.t. Jadi, sebenarnya sihir itu tidaklah dapat memberikan mudharat atau manfaat melainkan dengan izin dan kehendak Allah semata-mata.

Allah s.w.t telah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102 yang bermaksud:

“…padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…”

Apakah Sihir Perniagaan?

Sihir adalah satu perbuatan yang bertujuan menyakiti atau mempengaruhi badan, akal atau hati orang yang disihir yang dilakukan diluar hukum alam.

Manakala sihir perniagaan pula adalah sihir yang dilakukan dengan tujuan bukan sahaja untuk menyakiti pemilik perniagaan, bahkan bertujuan untuk menjatuhkan dan meranapkan perniagaan seseorang bagi mencapai kepentingan diri sendiri.

Di dalam istilah kita masyarakat Melayu, sihir juga dikenali dengan ilmu hitam kerana amalan sihir berkait rapat dengan pertolongan dan juga hubungan dengan jin.

Sihir perniagaan ada yang dituju hanya kepada pemilik perniagaan sahaja. Dan ada juga sihir yang ditujukan kepada kedua-duanya sekali, iaitu pemilik perniagaan dan juga premis perniagaannya.

Tanda-Tanda Anda Terkena Sihir Perniagaan

Sebelum saya kongsikan tanda-tanda terkena sihir perniagaan, perlu anda ketahui di sini bahawa sihir ini boleh berlaku kepada salah satu, samada pemilik perniagaan atau premis perniagaan sahaja. Dan ada juga kes di mana sihir ini dihantar kepada deua-duanya sekali, iaitu pemilik dan premis perniagaan.

Tetapi, yang biasa berlaku sihir ini akan dhantar kepada kedua-dua sekali, iaitu pemilik perniagaan dan juga premis perniagaan mangsa.

Jika sihir dihantar kepada pemilik perniagaan, anda perlu tahu akan wujudnya dua jenis tanda, iaitu tanda-tanda umum dan juga tanda-tanda khusus. Untuk faham dengan lebih lanjut berkenaan dengan kedua-dua jenis tanda ini, sila klik di sini untuk membaca artikel yang pernah saya tulis tentangnya.

Tanda-tanda jika sihir dihantar kepada pemilik perniagaan ialah:

  • sering sakit kepala.
  • berasa malas untuk ke tempat perniagaan tanpa sebab.
  • kurang semangat untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan perniagaan.
  • jika sudah berkahwin, sering bergaduh dengan pasangan.
  • badan akan tiba-tiba menjadi sakit apabila hendak ke tempat perniagaan atau ketika hendak memulakan perniagaan.

Jika sihir ditujukan kepada premis perniagaan anda pula, biasanya anda akan perasan berlakunya gejala-gejala di bawah:

  • pekerja anda saling bertengkar sesama sendiri.
  • pekerja anda juga selalu berhenti kerja dan ini akan mengganggu perjalanan bisnes anda.
  • pekerja anda sering mengadu terdengar bisikan dan melihat lembaga menakutkan.
  • anda atau pekerja sering terjumpa duit syiling dimerata-rata tempat tanpa diketahui sumbernya.
  • dan yang paling ketara ialah pelanggan selalu memberitahu kepada anda bahawa kedai anda selalu nampak seakan-akan ditutup padahal kedai anda buka seperti biasa.

Kaedah Mencegah Dan Merawat Sihir Perniagaan

Di sini saya kongsikan dengan anda empat cara yang paling mudah dan asas yang saya yakin anda mampu amalkan.

1) Cegah dan ubatilah dengan solat lima waktu. Ini paling penting. Pastikan anda dan juga pekerja-pekerja anda sentiasa menjaga solat. Jika anda mengabaikan solat, maka Allah akan mengabaikan anda. Jangan anda solat mengikut musim dan ketika. Ketika anda senang dan perniagaan anda maju, anda abaikan solat, anda melewat-lewatkan solat. Tapi ketika anda susah, barulah anda mula menunaikan solat dan dijaga waktunya.

Apabila anda menjaga solat, yakinlah Allah akan membantu anda apabila anda memohon bantuan-Nya. Ini kerana Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

“Dan mintalah oleh kamu akan pertolongan (kepada Allah) melalui jalan solat dan sabar. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar”

2) Bersedekahlah. Ini kerana mereka yang rajin bersedekah inshaaAllah akan dilindungi dan dijauhkan oleh Allah dari segala kejahatan jin dan manusia.

3) Setiap kali selepas solat 5 waktu, amalkan zikir-zikir di bawah:

  • Al-fatihah 1x
  • 3 Qul 1x
  • Ayat kursi 1x
  • Ayat 2 dan 3 Surah at-Talaq (ayat seribu dinar) 1x
  • Baca zikir “La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai’in Qodir ” sebanyak 20x

4) Sentiasa memasang bacaan al-Quran terutamanya Surah al-Baqarah atau pun ayat-ayat ruqyah. Dari pengalaman saya, sentiasa memasang bacaan ruqyah samada di rumah atau tempat perniagaan, sangat memberikan kesan kepada jin sihir.

tanda sihir

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Bagaimana Kaedah Menghancurkan Buhul Sihir?

$
0
0

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Di dalam artikel saya yang sebelum-sebelum ini, saya dah pernah kongsikan dengan anda tentang buhul. Bagi anda yang baru menjumpai blog saya, artikel yang boleh anda baca berkaitan dengan buhul ialah:

  1. Cara Untuk Memutuskan Buhul Sihir
  2. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Buhul?

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan lagi dengan anda perihal buhul ini. Mudah-mudahan makin bertambah ilmu kita, dapatlah kita beramal dengan ilmu tersebut.

Kerana sihir adalah suatu bentuk kezaliman yang boleh berlaku kepada kita pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran. Jadi, mudah-mudahan dengan sedikit ilmu yang kita ada, dan kita amalkan, Allah akan pelihara kita dari sihir.

Dalam artikel kali ini saya ingin kongsikan pula dengan anda tentang bagaimana untuk menghancurkan buhul. Sebelum itu, apakah yang dikatakan dengan buhul itu?

Apakah Buhul?

Buhul adalah benang halus/ tali penghubung/ ikatan yang berbentuk ghaib (tidak dapat dilihat) dengan mata kasar. Ianya berfungsi sebagai penghubung diantara barang sihir (contohnya tangkal, azimat, patung, gambar) dan juga mangsa yang hendak disihir.

Barang-barang sihir yang saya sebutkan di atas akan dijadikan sebagai pusat yang akan digunakan untuk menyakiti mangsa. Setelah itu, tukang sihir akan membacakan mentera atau jampi pada barang sihir dan kemudian tentera jin akan menghantar jin untuk masuk ke dalam tubuh badan mangsa dan menanam buhul pada bahagian-bahagian tertentu.

Ianya bergantung kepada apa yang ingin dilakukan oleh tukang sihir ke atas diri mangsa. Jika tukang sihir mahu menyakitkan seluruh tubuh, maka jin akan menanam buhul tadi dibahagian ubun-ubun simangsa.

Apabila telah ditanam buhul tadi, bolehlah dianggap bahawa tukang sihir telah mengusai tubuh badan mangsa. Kerana tukang sihir sudah boleh melakukan apa sahaja ke atas tubuh badan mangsa.

Jadi, dari penjelasan di atas dapatlah kita faham mengapa mereka yang melakukan sihir ini sama seperti mereka yang melakukan kekufuran kepada Allah. Selain menzalimi seseorang, tukang sihir juga telah mengambil jin sebagai sahabat-sahabat untuk menjalankan sihir.

Apa yang perlu difahami di sini ialah jin tidaklah sekali-kali akan melakukan segala suruhan manusia melainkan jika manusia itu juga sanggup menunaikan permintaannya.

Di sinilah jin akan mengumpan manusia itu untuk kufur kepada Allah apabila mereka sanggup melakukan sesuatu yang mensyirikkan Allah. Anda boleh baca artikel saya bertajuk “6 Cara Tukang Sihir Menghadirkan Jin” di mana di dalam artikel tersebut saya kongsikan bagaimana tukang sihir lakukan untuk memanggil jin.

Anda akan nampak betapa syirik dan kufurnya apa yang dilakukan oleh tukang sihir.

Cara Menghancurkan Buhul

Sebelum saya kongsikan dengan anda caranya, anda perlu betul-betul faham di sini bahawa apa yang akan dikongsikan hanyalah sebagai usaha kita semata-mata. Dan ianya tidak akan memberikan kesan melainkan dengan izin Allah juga.

Jadi, apabila anda mula melakukan kaedah ini, sentiasalah dekatkan diri kepada Allah, berdoalah kepada Allah agar Dia mempermudahkan segala kerja kita dan memakbulkan permintaan kita dengan mengilhamkan kepada kita di manakah letaknya buhul-buhul sihir ini. Allah jualah Yang Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib.

Walaupun saya akan kongsikan dengan anda ayat-ayat khusus yang akan digunakan untuk tujuan menghancurkan buhul sihir, perlulah diketahui di sini bahawa anda boleh sahaja menggunakan mana-mana surah, mana-mana ayat al-Quran. Kerana seluruh Al-Quran itu sebenarnya adalah syifa, yakni penawar yang Allah turunkan kepada kita.

Perlu anda tahu bahawa ada 3 jenis buhul iaitu:

  1. Buhul jenis nyata iaitu boleh dilihat dan dipegang seperti patung atau kain dan sebagainya.
  2. Buhul jenis yang diketahui tetapi tidak boleh dipegang seperti seperti titisan minyak, tanah kubur dan sebagainya.
  3. Buhul jenis ghaib

1) Buhul jenis nyata: Untuk buhul jenis ini anda boleh membaca ayat kursi, Surah Al a’raf 117-122, Surah Yunus ayat 81-82, Surah Toha ayat 69, Surah Alhasyr ayat 21 dan juga 3 Qul (sebaiknya diulang beberapa kali) pada buhul, diludah sedikit lalu dimusnahkan.

2) Buhul jenis yang diketahui tetapi tidak boleh dipegang: Untuk buhul jenis ini pula, ruqyahkan terlebih dahulu kawasan tersebut (niat sekali meruqyah air yg dah disediakan) , lalu disimbah dengan banyak pada tempat tersebut.

3) Buhul jenis ghaib: Untuk buhul jenis ini biasanya ia dikesan dengan teknik istilham atau kesedaran pesakit sendiri. Sekiranya anda telah mengetahui di mana letaknya barang sihir, pagar dulu kawasan tersebut dengan membacakan surah Yasin ayat 9 agar barang sihir tidak dapat dialihkan. Setelah itu, lakukan cara yang sama seperti buhul jenis yang kedua.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana untuk melakukan teknik istilham? Teknik ini sebenarnya lebih kepada cara untuk kita memohon petunjuk kepada Allah supaya mengilhamkan kepada kita di mana letaknya barang sihir itu.

Inilah juga yang dilakukan oleh Nabi s.a.w apabila Baginda merasakan sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Setelah bermunajat dan berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Allah, maka Allah mengutuskan dua Malaikat untuk mengkhabarkan bahawa Nabi telah disihir, siapa yang menyihir Nabi,apa barang sihir yang digunakan dan di mana diletakkan barang sihir tersebut.

Maka, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah s.a.w. Anda boleh baca artikel saya bertajuk Tip Mencari Barang Sihir untuk mengetahui kaifiyat melakukan kaedah istilham ini.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda yang membacanya. Saya harap anda dapat amalkan ilmu ini supaya ianya dapat pula menjadi saham saya diakhirat nanti.

Dan saya juga mengharapkan agar anda juga memanjangkan lagi ilmu yang bermanfaat ini kepada rakan-rakan anda pula supaya anda juga akan mendapat saham diakhirat nanti, inshaaAllah.

tanda sihir

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

 

6 Jenis Mimpi Petanda Anda Disihir

$
0
0

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Apabila menyebut tentang mimpi, saya yakin dan percaya bahawa setiap dari kita pernah mengalami mimpi. Ada yang kadang-kadang mengalami mimpi, dan ada sesetengah orang pula, hari-hari dia mengalami mimpi.

Mimpi pula, ada yang mengalami mimpi yang baik. Ada juga selalu mengalami mimpi-mimpi yang buruk sehinggakan mimpi tersebut masih diingatinya apabila terjaga dari tidur.

Oleh kerana Islam agama yang telah sempurna dan lengkap, maka tidak ada satu perkara pun yang terlepas, melainkan semuanya ada diterangkan dan ditunjukkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Begitu jugalah dengan mimpi.

Mengalami mimpi yang baik-baik tidak ada masalahnya bagi kita, tetapi bagaimana jika bermimpi yang buruk dan menakutkan. Apatahlagi jika mimpi tersebut berlaku dengan kerap.

Nabi Muhammad s.a.w telah pun menunjukkan kepada kita adab-adab dan apa yang sepatutnya dilakukan apabila kita mengalmi mimpi buruk. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang perkara ini dalam artikel saya yang bertajuk “6 Langkah Yang Ditunjukkan Oleh Nabi Jika Bermimpi Buruk”

Selain itu, mimpi juga sebenarnya menunjukkan tanda seseorang itu mengalami gangguan jin atau sihir. Jadi di dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda 6 jenis mimpi yang jika anda alami dengan kerap, menunjukkan kemungkinan besar anda telah disihir.

Mimpi Yang Menunjukkan Sihir

1) Melihat dirinya seakan berada dikawasan perkuburan. Dari mimpi itu juga menunjukkan bahawa barang atau medium yang digunakan untuk menyihir mangsa ialah tanah kubur dan ianya diletakkan dilaluan yang selalu dilalui oleh mangsa supaya mangsa akan melangkah tanah tersebut. Apabila mangsa melangkah, ketika itulah sihir akan berlaku.

2) Melihat mayat atau tengkorak ataupun bangkai. Mimpi ini menunjukkan kemungkinan buhul (barang sihir) ditanam di dalam kubur. Cuba lakukan kaedah untuk mencari barang sihir  dan jika diizinkan Allah diilhamkan kepada anda tempatnya, maka perhatikan betul-betul di mana tempatnya.

3) Tenggelam di laut. Jika anda kerap bermimpi begini, ia bermaksud sihir dihantar dengan menggunakan perantaraan air yang telah dijampi dengan mentera sihir dan anda sudah meminumnya. Dan pusat terletaknya sihir tersebut ialah dibahagian perut anda.

4) Mimpi melihat seakan dirinya berjalan dalam keadaan tidak memakai alas kaki. Mimpi begini pula menunjukkan barang sihir yang digunakan ialah sesuatu yang telah dilangkah atau terpijak. Tetapi tidak dapat dikenalpasti apakah barang sihir yang digunakan.

5) Mimpi seakan berada di tempat yg tinggi, contohnya seperti dipuncak gunung, puncak pokok, atau bahkan mungkin anda bermimpi sedang terbang. Jika ada bermimpi begini, kemungkinan ia bermaksud barang yang digunakan untuk sihir diikatkan di atap-atap rumah, pohon, ataupun tiang yang tinggi supaya tertiup oleh angin.Untuk sihir yang begini, biasanya pusat gangguan akan berada dikawasan dada.

6) Mimpi melihat kabut atau asap. Untuk sihir jenis ini, biasanya dilakukan menggunakan metode sihir yang diamalkan oleh tukang sihir dari orang-orang kildan. Mereka adalah tukang sihir yang menyembah tujuh bintang. Mereka meyakini bahwa ketujuh bintang itulah yang mengatur dan mengendalikan alam ini. Menurut mereka, bintang-bintang itu yang membawa kebaikan dan keburukan.

Biasanya gejala untuk sihir ini akan berlaku secara berjadual. Contohnya berlaku secara harian, mingguan, bulanan ataupun tahunan. Saya banyak mengendalikan kes begini. Yang banyak ialah pesakit yang terkena sihir ini akan mengalami gejala-gejala sihir setiap tahun.

Contohnya, dalam setahun pesakit akan mengalami lemah seluruh badan dalam tempoh sebulan. Apabila dirawat, gejala sihir tersebut akan hilang, tetapi tahun depan akan berlaku lagi gejala yang sama juga, dan juga pada bulan yang sama.

Inilah dia enam jenis mimpi yang menandakan anda mungkin telah disihir. Jika anda ada mengalami mimpi-mimpi yang saya sebutkan di atas, pastikan anda mendapatkan rawatan dengan segera supaya ianya tidak berlarutan.

tanda sihir

 

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Viewing all 53 articles
Browse latest View live